Sunday, December 18, 2011

Fly to Pahang...

Hari jumaat lalu, aku dan keluargaku pergi ke Pahang untuk mengiring sepupuku kawin dapat orang Pahang...memang best gile...walaupun agak bosan..

layan je gambar2 ni sbb mls nak menaip...

makan2 dulu...

tunggu bas rombongan yang tak sampai2 dengan penuh kesabaran...

raja sehari...


 
posing dulu sebelum balik berlatarbelakangkan gunung-ganang yang indah...

berposing2..

Thursday, December 15, 2011

tamatnya alam persekolahan...

Rasanya dah lama sangat aku tak menaip coretan kat blog.bukan sengaja, tapi, masa yang tak mengizinkan untuk aku menaip.kesibukan untuk membaca buku2 pelajaran yang tak pernah nak habis, memaksakan aku untuk melakukan sebuah pengorbanan demi masa depanku...
ok, abaikan intro diatas...


sekadar ingin meluahkan isi hati yang dah lama aku pendam.kenangan 2011 yang aku bina dengan seribu satu ceritera manis mahupun pahit membuatkan aku sedih untuk meninggalkan tahun ini.memang aku akui, rasanya lebih banyak kenangan pahit yang aku lalui daripada kenangan manis yang aku selalu inginkan.namun, aku yakin ini semua ketentuan Allah untuk menguji tahap keimanan hambaNya.


bermula dengan sebuah masalah, aku terpaksa menempuh berbagai ragam kawan2 yang kekadang membuatku putus asa dan kecewa.hari2 yang aku lalui, penuh dengan kehambaran dan kesunyian.tidak mudah untuk aku lalui semua ini.tapi aku tak bisa untuk menceritakan segala masalahku kepada sesiapapun.sekalipun kepada ummi, insan yang paling aku cintai.


namun, langit tak selalunya mendung.akan tiba masanya langit itu akan secerah pawana.kekadang,hatiku dipenuhi bunga2 keindahan dan taman2 kemesraan.memang indah sangat tika itu.hanya kesyukuran sahaja yang mampu aku berikan kepada Allah.


kenangan di tingkatan 5 memang seronok belajar bersama kawan2.kenangan yang tak akan aku lupakan begitu saja..kenagan di dalam kelas...kita bersama menelaah buku2 ilmiah.kita juga bersama dimarahi oleh guru disebabkan kedegilan kita.kita bersama berjuang di medan pertempuran.kita bekerjasama kearah kejayaan.kita bersama ketawa untuk menghangatkan suasana.semuanya kita bersama-sama.indah sangat,kawan...seindah ciptaan Tuhan...


memang kekadang benci itu hadir tika hati ini dilukai.namun, apabila kita sudah berpisah begeni, aku jadi rindu.aku rindu dengan semua kata2 kalian.aku rindu dengan senda gurau kalian.aku rindu saat kita bersama-sama jamuan akhir tahun.aku rindu kita masuk dewan untuk SPM bersama-sama.seiring menjejakkan kaki dengan niat kerana Allah.aku rindu,teman....


namun,sudah menjadi fitrah alam.yang bertemu pasti akan berpisah.aku redha dengan perpisahan ini...semoga kita berjumpa lagi....


teman2 5 Akaun 1...i will miss u...
-ukhwah fillah abadan abada-

Monday, October 10, 2011

TRANS-SPI 2011

Jumaat hari tu, aku dan kawan2ku dijemput oleh Dato' Seri Najib utk memeriahkan lagi majlis TRANSFORMASI SISTEM PENGURUSAN ISLAM yang diadakan julung kalinya di PWTC.hehehe...sebenarnya, Najib pun tak sedar dengan kehadiran kami yang datang jauh2 ni.~tak apa la...abaikan je~

aku sampai pukul 6 pagi kat sekolah.sembahyang subuh pun kt sekolah sebab takut tertinggal bas.bertolak ke sana, aku tak perasan pukul brapa.tapi, kami selamat sampi lebih kurang pukul 9 pagi.lebih kurang 15 minit tercongok dalam dewan, datanglah barisan tetamu kehormat.antaranya PM kita yang keenam (dah sedia maklum kt atas)..

aku sebenarnya tak tahu pun kebendenya program ni.aku tak pernah pun ambik pusing pasal politik2 negara.since, aku dah dijemput utk ke majlis ni (perasan sokmo)...so, nak tak nak ke tau jugak la serba sedikit...masa ucapan Dato' Abdullah Md zin, aku masih boleh tahan lagi mata ni drpd terpejam.tapi aku tak ingat apa yang dia cakap la...terasa diawang-awangan je masa ni.bila tiba giliran PM berucap....memang terus berada dialam lain.berat gile mata ni.tersengguk-sengguk aku...buat malu je...

lepas kami diajak masuk ke pameran ape tah..jalan2 kt situ dengan faiz.cikgu ckp "tepat pukul 12, semua mesti ada kat luar dewan ni semula"...' ok cikgu'..so, aku pusing2, jalan2, tengok2 kat satu pameran tu.faiz nak sangat kutip belon yang bersepah kt situ sampaikan yang kat atas utk ditayangkan pun dia nak ambik.aku pun layan kan saje.

sampai kat booth BSN.
 "akak, nak belon kat atas tu boleh tak.nak warne oren.". ayat lebih2 kurang macam ni la.
" boleh adik.tapi, adik dah buat akaun BSN?" kakak BSN yang setia melayan karenah pelanggan seperti kami.
"dah" faiz jawab
"belum lagi" aku pulak jawab
"boleh la daftar.perlukan RM 10 je." kakak BSN memberi cadangan
layan kan saje..... aku pun keluarkan duit, ic..lepas tu daftar..

sedar tak sedar, dah pukul 12.15...tengok henset, tengah ada org call.patut la aku tak sedar, td dlm dewan mesti silentkan.lepas tu lupe nak activate semula..rupa2nya, teacher suhada, guru pembimbing kami telefon.suruh keluar sekarang.semua orang dah tunggu..
hanya jawapan 'ok' sahaja yang mampu aku beri sebab tengah cuak..akhirnya, pukul 12.30 baru la selesai proses pendaftaran akaun BSN dibuat.keluar dewan je mmg takut giler...muka semua tegang...
SORI SEMUA....

alhamdulillah, tepat pukul 4.15 petang aku sampai semula dekat kampung halamanku, sg besar..

selepas berakhirnya ucapan dan majlis yang mengantukkan...
like this situation at the back v.much..

Saturday, September 24, 2011

Biarkan aku terasing di sini...

Hati ini milik Allah..

Hati siapa yang mampu menahan sikap kesombongan dan belagak kawan?
hati siapa yang mampu mendengar tiap bait keangkuhan keluar dari mulut teman?
hati siapa juga yang mampu bersabar apabila dirinya disisihkan oleh insan seperjuangan?
Hati mana yang mampu bertahan apabila dianggap sebagai insan ketika susah dan apabila senang ditinggalkan begitu saja?
Hati siapa yang tahan?????
Hati siapa yang mampu menghadapi semua ini????
Hati siapa???

Hari ini aku terpaksa melalui semua ini dengan jiwa yang terluka dan hati yang cukup tersiksa.Sakit sangat apabila disisihkan dan dipulaukan oleh kawan-kawan.Memang sedih+sakit hati sangat.



Namun, pabila diingatkan, bukan aku seorang yang menghadapi semua ini.Berjuta-juta lagi yang menanggung ujian seperti ini.Sedangkan, Nabi Muhammad sendiri dipulaukan dan disisih bahkan diejek oleh orang kafir Quraisy ketika baginda ingin menyebarkan agama Islam di Mekah.Baginda tabah dan cekal.Sabar dengan karenah dan tohmahan manusia.Tetapi, kenapa aku susah sangat nak jadi macam baginda???



Kawan kadang2 menggembirakan.Tetapi, kawan juga mendukacitakan.kawan penghibur tetapi kawan juga penglibur.Kawan menyayangi tetapi kawan juga menyakiti.Kawan mambuat hidup kita seronok tetapi kawan juga yang membuat hidup kita menderita...Inilah yang dinamakan No Body Perfect....Beware dengan kawan sebab kadang2 dia juga jadi lawan...



Suatu hari ketika hati ini sedang sayu dan sunyi, aku terselak buku 101 Rekreasi Hati ditulis oleh Ustaz Zahazan dan Ustaz Nik Wafdi.Aku terjumpa sepotong hadis yang berbunyi :
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda
ISLAM BERMULA DALAM KEADAAN TERASING.IA AKAN KEMBALI ASING SEPERTI PERMULAANNYA.MAKA, BERBAHAGIALAH UNTUK ORANG YANG TERASING.
(Riwayat Muslim)


Friday, September 23, 2011

Bahasa Al-quran Itu Indah..

Hari ni trial bahasa arab...susah sangat2.pagi pukul 7.30 hingga pukul 10.15 kertas 2.masa ni agak susah la.soalan 3 dan 4 mmg botak kepala aku nk jawab.keluar dr dewan...masih cuba menunjukkan muka tenang dalam ketidakpuas hati dan kekecewaan yang maha sangat.

masuk dalam surau (tempat menunggu utk subjek seterusnya) aku tengok semua baca buku bersemangat sangat.aku pun bukak la  buat pure2 baca..kalau taknya malu je.nampak sangat kemalasan aku.

jarak antara kertas 1 dengan kertas 2 hanya 30 minit saja.dalam masa tu, aku menghabiskan masa dengan memikirkan kekecewaan kertas 1 tadi sambil tangan selak2 buku.walaupun pada hakikatnya, satu apa yang terbentang kat mata aku tu langsung aku tak faham dan tak masuk pun.

aku masuk semula dewan utk berjuang sekali lagi.yang lepas, biarkan..yang mendatang, tempohlah dengan bersungguh-sungguh.aku cuba menenangkan diri walau kawan2 di sekeliling sibuk menghafal dan memahami pelajaran.bagiku, study last minute umpama menyiram air ke daun keladi walaupun ada mutiara kata yang menyatakan " tiada istilah terlambat selagi kaki belum masuk ke dewan periksa".memnag betul....tapi, itu bukan cara hidupku...

Aku buka je soalan pertama..terus pening kepala nak cari jawapan.selak mukasurat sebelah...lagi pelik+susah..bukak mukasurat terakhir....ambik kau...langsung tak pernah dengar pun arahan tu...akhirnya, aku main aci je apa nak buat...

tengah aku buat2 tu...aku teringat pesanan abi dan umi sebelum aku pergi sekolah tadi yang sentiasa terpahat dihatiku..

Umi : Najwa, jawab bahasa arab betul2 tau.kalau dapat 100 kasi RM10.
Aku : wow!!!mimpi je la..usahkan 100, A pun tak boleh nak dapat. ( aku bermonolog)
Umi : tapi kene mintak kat abi la..
Aku : hehehehe..

tiba2 abi datang...

Abi : jawab betul2.bahasa arab bahasa syurga.siapa yang belajar bahasa arab dapat pahala...
Aku : adoyai....besar sungguh harapan abi padaku ( sekali lagi aku bermonolog )
Abi : kalau dapat 100, abi kasi RM100..
macam budak kecik kan...masih dapat duit kalau dapat 100..
Aku : InsyaAllah...

Lepas ingat nasihat tu, aku kembali bersemangat untuk jawap dengan betul2.tapi, apa nak jawapnya.baca pun tak...rasa macam nak nangis pun ada.aku dah meleburkan harapan orang tersayang...aku terus cuba dan cuba dan cuba tanpa rasa jemu.walau pada hakikatnya aku rasa macam nak keluar dari medan pertempuran ini.terlalu mencabar dan menyakitkan.

Akhirnya, ketika kertas soalan bahasa syurga itu dikutip.aku berjaya memenuhi kesemua jawapan dengan tembak saja...maafkan aku, umi abi ustaz..

AKU BOLEH!!!! 

Aku berazam akan belajar bahasa arab dengan success dlm masa lebih kurang sebulan sebelum SPM....bahasa arab bahasa al-quran dan bahasa al-quran itu indah sekali...

Sunday, September 18, 2011

kembali sepi

Hari ni satu demi satu adik-beradikku balik ke tempat masing2 selepas cuti Hari Malaysia.So, aku akan kembali menjadi tunggal.Aku akan kembali bertemankan sepi dan buku kembali.

bersama sebahagian adik beradikku...

Takpelah, mereka pergi pun sebab menunaikan tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah.Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi jalan kehidupan mereka..

Dan aku yang setia di rumah...Setia menemani abi dan umi..aSemoga terus sukses dalam trial SPM.4 sebjek lagi...Jangan asyik main je..Kesian kat abi yang penat2 hantar aku gi sekolah setiap hari..balaslah jasa abiumi...Duduk kat rumah ni ade baik, ade buruk.Kadang2 best jugak la sebab rumah sunyi.Tapi kadang2 bosan jugak...


Aku insan sepi...

Friday, September 9, 2011

Syawal kali Ini

Dah 6 hari kita berada di bulan Syawal.Tapi, baru  hari ini aku berpeluang untuk mencoret sesuatu di blog.Maklum la…sibuk kan..dah duduk kampong ni, sibuknye lain macam sikit.tak macam dulu2 aku duduk pekan…aku nak cerita sikit pengalaman pahit manis raya tahun ini.

satu famili kecuali yuuyoh n her husband.
(sori, gmbr tak clear...aku teredit dan tercrop over sgt...)


Raya tahun ni 2 orang kakak aku tak beraya dengan kitorang.mereka raya belah suami diorang.jadi, kami2 yang masih bujang saje la yang beraya dengan umi abi.walaupun tinggal 7 beradik je, Alhamdulillah, masih best.tapi, rasa sibuk sikit la sebab kekurangan kakitangan.bayangkan, malam raya, anak2 dara ni baru nak cari baju raya.malam tu jugak baru nak kemas rumah, nak masak ketupat, nak buat kuih dan macam2 lagi.memang penat giler…


lebih kurang pukul 12 malam tu, aku sapu ruang tamu.tiba2 aku boleh tertidur kat sofa tu dgn menyapu tak siap lagi…punye la ngantuk tahap maksimum.aku bangun2 je, aku dah ada kat bilik aku.aku tak ingat bila aku bangun.pagi2 tu, aku tengok ruang tamu still belum siap menyapu.Aku ingatkan ada orang nak sambung..rupa2nya….tak ada..Aku yang tak buat apa2 ni ngantuk gielr, bayangkan umi yang terpaksa lari sana sini nak masak.mesti umi dan kakak2ku yang lain berganda penatnya…
pagi tu, aku bangun agak awal sebb aku tidur pun awal.aku bangun2, umi dan ali terbongkang kat dapur.pity them..lepas aku mandi sunat hari raya, aku terus melantak..sebab lapar giler..lepas tu pergi solat hari raya.masa dengar khutbah, tersenggok-senggok kami termasuk umi.dah la abi yang baca khutbah.tapi, anak2 daranya dan isteri tertidur pulak.Ali dah la main mercun kat luar surau.lepas tu tak solat raya…buat malu je…
Habis je solat sunat,kami pun bermaaf-maafan.masa ni, yuunah ada sekali sebab kampong suami unah pun dekat je.lepas tu kitorang pergi ke rumah pakde Onjen.mase ni  berkumpul bersama saudara-mara sambil bace tahlil..best giler..
dengan abi..tibe2 pulak abi sporting nk bergambar dengan ktorang...


aku sama zaid..2 orang yg tak boleh beraya sakan sebab kene studi...


lepas tu bergerak pulak ke rumah nenek belah umi kat sg besar je.kat situ, saudara mara tak ada sangat sebab semuanye raye tempat lain.masa ni pun best sebab sepupu kitorng taka de.kitorang tak rapat ngn sepupu belah umi.jarang jumpe….



bergambar dengan mbah (baju kelabu)

Lepas bermaafan kat situ, kitorang pun balik sebab katil dah panggil2 kitorg.tu pun kat rumah mbah,anak2 laki semua dah tertidur-tidur..buat malu jerk…nasib baik mbah tak kesah…
Memang aku akui, syawal kali ini kurang persiapan.rasa kalut je.dah la tinggal orang pemalas je kat rumah.memang langsung budak tu tak buat keje la…apapun, aku masih bersyukur sebab berpeluang beraya dengan keluarge tercinta sekali lagi..
2 org gadis bunga yang sentiasa ceria...hahaha...

Sunday, September 4, 2011

Syawal Kali Ini...

Dah 6 hari kita berada di bulan Syawal.Tapi, baru  hari ini aku berpeluang untuk mencoret sesuatu di blog.Maklum la…sibuk kan..dah duduk kampong ni, sibuknye lain macam sikit.tak macam dulu2 aku duduk pekan…aku nak cerita sikit pengalaman pahit manis raya tahun ini.
Raya tahun ni 2 orang kakak aku tak beraya dengan kitorang.mereka raya belah suami diorang.jadi, kami2 yang masih bujang saje la yang beraya dengan umi abi.walaupun tinggal 7 beradik je, Alhamdulillah, masih best.tapi, rasa sibuk sikit la sebab kekurangan kakitangan.bayangkan, malam raya, anak2 dara ni baru nak cari baju raya.malam tu jugak baru nak kemas rumah, nak masak ketupat, nak buat kuih dan macam2 lagi.memang penat giler…
lebih kurang pukul 12 malam tu, aku sapu ruang tamu.tiba2 aku boleh tertidur kat sofa tu dgn menyapu tak siap lagi…punye la ngantuk tahap maksimum.aku bangun2 je, aku dah ada kat bilik aku.aku tak ingat bila aku bangun.pagi2 tu, aku tengok ruang tamu still belum siap menyapu.Aku ingatkan ada orang nak sambung..rupa2nya….tak ada..Aku yang tak buat apa2 ni ngantuk gielr, bayangkan umi yang terpaksa lari sana sini nak masak.mesti umi dan kakak2ku yang lain berganda penatnya…

pagi tu, aku bangun agak awal sebb aku tidur pun awal.aku bangun2, umi dan ali terbongkang kat dapur.pity them..lepas aku mandi sunat hari raya, aku terus melantak..sebab lapar giler..lepas tu pergi solat hari raya.masa dengar khutbah, tersenggok-senggok kami termasuk umi.dah la abi yang baca khutbah.tapi, anak2 daranya dan isteri tertidur pulak.Ali dah la main mercun kat luar surau.lepas tu tak solat raya…buat malu je…
Habis je solat sunat,kami pun bermaaf-maafan.masa ni, yuunah ada sekali sebab kampong suami unah pun dekat je.lepas tu kitorang pergi ke rumah pakde Onjen.mase ni  berkumpul bersama saudara-mara sambil bace tahlil..best giler..
lepas tu bergerak pulak ke rumah nenek belah umi kat sg besar je.kat situ, saudara mara tak ada sangat sebab semuanye raye tempat lain.masa ni pun best sebab sepupu kitorng taka de.kitorang tak rapat ngn sepupu belah umi.jarang jumpe….
Lepas bermaafan kat situ, kitorang pun balik sebab katil dah panggil2 kitorg.tu pun kat rumah mbah,anak2 laki semua dah tertidur-tidur..buat malu jerk…nasib baik mbah tak kesah…
Memang aku akui, syawal kali ini kurang persiapan.rasa kalut je.dah la tinggal orang pemalas je kat rumah.memang langsung budak tu tak buat keje la…apapun, aku masih bersyukur sebab berpeluang beraya dengan keluarge tercinta sekali lagi..

Wednesday, August 24, 2011

5 days to go....

Sedar tak sedar, dah 24 hari kita berpuasa.Alhamdulillah, kita diberi peluang sekali lagi untuk terus berjumpa dengan bulan Ramadhan tahun ini dan menjalani ibadah puasa dengan kesihatan yang baik.InsyaAllah, tinggal 5 hari je kite akan meninggalkan bulan keberkatan ini.Sedih sangat.....InsyaAllah juga kita akan berjumpa pula dengan bulan kenikmatan iaitu bulan Syawaal.

Bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua insan .bulan yang memberi kita peluang untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dengan keluarga.bulan untuk kita bermaaf-maafan sesama manusia.bulan yang penuh kebahgiaan dan kerahmatan di dalamnya.tetapi, ada satu peristiwa yang mendebarkan jantung calon2 SPM.peristiwa yang menentukan masa depan pelajar2 tingkatan 5 iaitu trial SPM...

memang rasa terkongkong sebab terpaksa baca buku memanjang.kadang2 rasa tak best sebab boleh raya sehari je.terpakse la tinggal kat rumah kalau family nnti beraya sakan.tak apelah....inilah pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi kebahgiaan masa depan.percayalah...pengobanan memberi sinar kejayaan kita..positive thinking......sebenarnya batin aku terseksa dan menjerit...sabar!!!!!Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar....

Saturday, August 6, 2011

Ramadhan 2011

keadaan surau selepas dirobohkan sebahagiannya.ade rupe setinggan x???

Kali ni aku nk bercerite pasal surau kat depan rumah aku.sekali pandang mmg mcm dh nk roboh.mcm dh tak yakin nk solat kat situ.kalau sesiapa yg pijak lantai kayu surau tu, nnti dgr la bunyi kayu mcm nk patah.kalau bersandar dkt dinding kayu tu, nnt rase mcm nk jatuh je dinding tu.mmg kesian giler.


tapi, bukan disebabkan keuzuran surau tu menyebabkan penduduk Kg Panchang Bedena tak pergi surau dan solat berjemaah sama2.org kmpung sini still jugak pergi surau yg dh usang tu.mane taknye, surau tu dah sebaya umur nenek aku.nenek aku pun dah meninggal mase aku masih kecik kot.memang logik la kalau surau tu dah uzur kan.harta dunia, tak akan kekal punye lah.even, masjid kristal kat terengganu tu pun akn usang jgk suatu hari nnti.


since, surau tu mmg dh usang+uzur+lama giler, sebulat suara orang2 kmpung sini bersetuju utk merobohkan surau tu dan gantikan dengan surau yg lebih cantik dan batu.so, proses pun dilakukan.mule2 projek ni dikendalikan oleh pakcik aku.dia bawak pekerja2 Indon yg ade berlambak dkt Klang tu ke sini.mcm2 problem org2 Indon ni.ade yg kene tahan dkt Ijok la sebab jadi pendtg asing tanpa izin.ade yg ade pasport tapi palsu punye.ade yg dh selamat smpi dkt sini tanpa halangan ape2.tapi tak sampai sebulan dia hilang.tak tahu la kat mane.


so, bile mcm tu, penyelia projek ni pun suruh la penduduk tempatan je yg kerje.orang Malaysia ni kalau kerja bersungguh.tak macam org Indon.tak bersyukur langsung.dah kasi kerje pun nk lari2 lagi.kire untung la sebenarnya kan sebb dpt kerje kt sini.kalau diorg kat sana tak confirm lagi dpt mkn atau tak.mmg dasar tak reti bersyukur betul kn.
proses mengangkat surau...first time kot nmpk kren beroperasi.biasanye, nmpk die tgh bergerak atau tgh berhenti..

proses membuat surau pun berjalan dari sehari ke sehari.ingatkan nk terawikh kt surau baru.tapi, tak ade rezeki lagi sbb tak siap.so, penduduk2 pun sewa la khemah untuk solat terawikh.hebat kan.begitu semangat sekali penduduk2 kat sini.tetap jgk nk sembahyang terawikh berjemaah kt suarau tu.kalau muslimat pulak, mereka2 akn sembahyang dkt serambi rumah aku coz rumah aku la yg paling dekat dgn surau..walaupun terpakse bersempit sbb serambi kat rumah aku tu kecik dan berpanas sbb takde kipas, tapi still jgk bersemangat nk dtg.mmg aku kagum..itulah ramadhan 2011 yang aku tak akn lupakan semangat juang penduduk Kg Panchang Bedena.

keadaan di dlm surau sebelum dirobohkan.

semoge ibadah yang kalian kerjakan akan  mendapat rahmat dan barokah daripada Allah.semoge kalian diberi kekuatan iman dalam menegakkan syariat Allah.semoge kalian termasuk dalam golongn org2 yang beruntung di bulan ramadhan...amiin..


lakaran surau yg akan dibina baru...hehehe..

Saturday, July 30, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...


Segala pujian ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana memberi peluang untuk aku berjumpa dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak..Jutaan kesyukuran juga kerana pada tahun ini aku masih dapat berpuasa dengan keluarga tercinta..Bulan ramadhan mempunyai 1001 barakah dan rahsia di dalamnya.bulan ramadhan merupakan bulan mustajab doa.bulan turunnya al-Quran.bulan rahmat dan marfirah..Jadi, marilah sama-sama kita meningkatkan iman dan amalan kita di bulan yang mulia ini.Semoga bulan Ramadhan tahun ini lebih baik dari bulan ramadhan sebelum ini.
Kiranya ini ramadhan terakhirku,
Ku harap ianya kan membelaku,
Di Akhirat nanti….
-brothers-



Friday, July 15, 2011

Emosiku kian parah…


Sejak kebelakangan ni aku tak tahu kenapa aku asyik nk marah je.Kadang2 aku rase macam ade jin dalam bdn aku yg memanaskn suhu kesabaran aku smpi 100C.Bukan aku tak cube nk sabar, tapi aku tak mampu..mintak maaf kpd org yg pernah kene tempias kemarahan aku…
Aku percaya dgn prinsip hidup “hidup mesti ade suka dan duka”.Dengan adenye gelak tawa dan sendulah yang membuatkn hidup kita sentiase bahagia.ye ke???betul ke kalau ade tangis kita akan bahagia???kalau tangis kegembiraan dan kejayaan mungkin akan bahagia.Tapi macamana pula kalau tangis tu berbaur kehampaan,kedukaan,kekecewaan,kegagalan???adakah hati ini still bahagia???mesti tak kan???Tapi, cuba bayangkan kalau hidup tanpa airmata???mesti kita tak mengenal erti kegembiraan..sebbnya asyik ketawa je.tak rase ape2  istimewa la dgn ketawa tu..betul x?
Sekarang ni memang aku sdg diuji sgt2.kadang2 aku rasa fedup dgn ujian.kadang2 aku rase rendah diri sgt disbbkan ujian ni???tapi, kadang2 aku bangge sbb Allah uji aku.means, Allah nk tingkatkan iman aku.tapi tak lame sangka baik mcm tu dtg.sekejap je.lepas tu bile airmata ni mengalir, kehinaan dan kekecewaan akan menghantui fikiran aku.apsal dgn aku??kenapa parah sangat iman aku.kenapa tak seimbang sgt emosi aku???kenapa????
Jawapannya sbb aku dah lama tak bangun malam.memang ade org kejutkan.tapi, kadang2 aku tak dgr bunyi henset.maklumlah, tidur lmbt kan.kononnya stay up la.padahal mengahadap comp je smpi kul 3 pg.terukkan???
Secara fitrahnya, manusia ni tak akan tenang tanpa bimbingan rohani.disebabkan itu, aku nk kearah tu.aku nk tenang sentiasa.aku nk merase halawatul iman..tapi, sembahyang sunat x nak buat.qiam x nk buat.puase sunat x nak buat.macam ni la, jgn hrp la nk kearah tu.jgn hrp nk fhm ape yg dipelajari.mmg mimpi….disebabkan aku jarang mendekatkan diri kpd Allah, emosiku kian parah…
YA Allah, kau bukakanlah pintu hati hambamu ini untuk menerima ilmu dan hidayahMu.kau jadikanlah hambamu ini antara hambaMu yg bangun bermunajat di sepertiga malammu.kau pimpimlah hambamu ini melalui jln ketaqwaan dan keimanan.sesungguhnya, hambamu ini daif dan alpa dalam meningatiMu.pimpinlah hambamu ini….

pesan memesan : Ahad ini,17/7/2011 merupakan nisfu syaaban.yang mana hari itu merupakan antara hari disunatkan berpuasa.oleh itu, marilah kawan2 kita puasa kerana ALLAH...

Monday, June 27, 2011

Sekelip Mata Kau Berubah


Hari ni saja aku dah nangis hampir 5 kali.Kepala aku sakit sangat sebab lama gila aku nangis sebabkan fikirkan masalah dia.Kenapa masalah dia mesti aku susah payah sampai mengalirkan airmata???sebabnya aku sayang dia sangat2.aku rindu sangat2 dengn dia.aku cinta dia sangat2.tapi yang paling penting, aku dan dia pernah menjadi satu ketika dulu..

secara fitrahnya, aku seorang wanita yang diberikan oleh Allah dengan kekayaan airmata dan kerapuhan hati.tetapi, amat payah untuk aku gunakan kelebihan ini terutamanya dikhalayak ramai.aku amat menjaga ego daripada dijatuhkan hanya dengan titisan airmata wanita.Amat bahaya bagiku.aku sanggup mengetepikan orang lain hanya disebabkan egoku.betapa EGO nya aku.

Tapi hari ini aku tak mampu untuk menahan airmata dari terus mengalir.Aku berteleku di atas sejadah agar kau diberi kekuatan iman.Aku menangis semahuku dihadapanNya.Aku sedaya upaya menguatkan hati agar positif dengan masalah ini.tapi, aku menjadi lemah apabila aku melihat si dia yang amat aku kagumi dan hormati disebabkan ilmunya hanya memandang perkara ini dengan senyuman memerli dan sinis.Amat menyakitkan hati ini.Amat mengecewakan aku.Aku amat terkilan dengan perubahan drastic yang dia tunjukkan.

kenapa mesti dia tak kisah dengan masalah ini???sedangkan masalah ini semuanya berpunca daripada dia.YA…memang dia punca segala-galanya.disebabkan dia kehidupanku dipagut kekecewaan dan kesepian.disebabkan dia insane yang menyintainya setulus hati sentiasa berasa dalam kebimbangan.tapi kenapa dia buat bodoh je??tapi, takkanlah dia tak sedar tentang perubahan mimik muka aku dan orang lain terhadap dia??takkanlah dia tak tahu, yang mana benar dan yang mana salah???

Banyak lagi persoalan yang bermain dibenakku.Aku amat sedih dengan dia.sedih sangat2.dulu, aku dengan dia sama2 berkongsi kisah duka dan suka.tapi, hanya disebabkan kehadiran orang lain dalam hidup dia, dia agak menepikan aku dari hidupnya.betul ke??aku tak tahu..tapi, cukuplah dengan perbuatannya malam ini sudah membuat aku bersangka buruk dengan dia.memang aku akui, dia dah buat perkara baik terhadap aku terlampau banyak.dan disebabkan itu, aku semakin sayang dengan dia.dan aku amat takut jika dia meninggalkan diriku seorang diri.

Ya Allah, Kau berikanlah kesedaran kepada dia sebelum segalanya terlambat.Bukakanlah pintu hatinya agar dia dapat menerima teguran daripada orang yang mengasihinya.Kau pimpinlah dia kejalan kerahmatanMu.Kau eratkanlah hubungan kami sampai ke syurga.Dan jadikanlah masalah ini sebagai ruang untuk kami bersama dalam mengakkan syiar Islam.Kau jadikanlah hubungan ini hubungan yang mendapat kebekatan dariMu.Amin…..


Coretan : Terima kasih kepada Allah kerana sudi mendengar rintihan hambaMu yang kerdil lagi hina ini...
~Aku rindukan insan seperti dia~

Tuesday, June 14, 2011

wedding pics...

Hari tu aku hanya buat entry saja pasal perkahwinan kakak kembarku tanpa menyelitkan foto walau sekeping.Kali ni aku upload sikit gambar2 sepanjang majlis mereka.Minta maaf sekiranya gambarnya tak cantik.Maklumlah fotografernya tak berpengalaman lagi.hehehe...

 hahaha...ni la dia photographer yg belum lagi pro...

Sesudah akad nikah..Unah dan kamarol sama abi dan umi....

Unah dan Uyoh bersama kawannya..


Ni acara pada sebelah malam.Nampaknya mata yudibah dan yumayyah dah kuyu???masa ni dah penat giler..rasa macam nak tidur je..

Ni majlis bertandang belah Uyoh di Kedah...

Kakakku paling sporting..yudibah bersama sebahagian hadiah..

Acara pada sebelah malam jugak...penyampaian hadiah kepada kejubus2 oleh pengantin..uyoh dan faizul

Kami berposing dulu kat masjid sebelum pergi mengiring Uyoh di Kedah

Pengantin2 memotong kek..

Majlis belah lelaki Unah di Dewan Sri Bernam

Umi, pengantin (uyoh) dan aku..

Ni lah majlis kat rumah aku..pasangan unah dan kamarol (baju kuning ) ~ pasangan Uyoh dan faizul (baju hijau)

p/s : mintak maaf sangat2 sebab gambar tak tersusun...tak tau macamana nak adjust...lagipun dah ngantuk giler ni..ok lah.


Sunday, June 5, 2011

Majlis Perkahwinan Kakak Kembarku...

Kalau cuti sekolah bermula je, mesti Abi dan Umi dapat kad jemputan kenduri banyak sangat.Kalau tahun2 lepas, aku hanya ikut saje umi dan abi pergi kenduri kat mana2.Tapi, tahun ni aku pulak yang kenduri.Masa majlis tengah berlangsung, boleh pulak terfikir macam mimpi je rasanya jadi tuan rumah untuk majlis yang besar macam ni.ececeh...Kalau majlis perkahwinan mestilah banyak acaranya.Antaranya,...

1)Majlis Akad Nikah

Tanggal 3 Jun 2011 kakak kembar tercintaku telah mengakhiri zaman bujangnya dengan jayanya.Majlis akad nikah dijalankan dengan penuh meriah dan sederhana.Masa ni aku hanya tengok secara intai2 je sebab waktu tu kat surau ramai sangat orang.Tapi dapat la jugak tengok majlis tu walaupun sekejap sangat sebab masa tu Hayati Rahim tengah datang.Tetamu tetap kena disambut walaupun dalam keadaan sibuk yang teramat sangat.hehehe.

2)Majlis Perkahwinan Belah Perempuan

Majlis perkahwinan belah perempuan ni makudnya kat rumah aku la.Ini merupakan majlis pertama untuk keluarga kami, so jumlah tetamu yang hadir agak diluar jangkaan sikit la.Ingat kan yang datang macam biasa je, rupa-rupanya sampai tak menang tangan umi melayan.Aku ditugaskan oleh umi untuk memberi berkat kepada tetamu2.So, memang tak tipu penat gilerrrrrrrr.Kaki aku ni sampai nak tercabut kot.Walaupun aku telah diberi tugas yangsibuk macam tu, tapi aku tetap menyempatkan diri untuk jadi photographer percuma wakil tunggal untuk keluarga aku.hehehe...Ceritanya amat panjang kat acara ni, tapi kalau nak diceritakan semua memang tak mampu la aku nak menaip.Nanti kalau ada rezeki, aku cerita kat entry yang akan datang ye..

3)Majlis makan2...

Majlis ni bukanlah majlis yang formal.Saja je makcik2 belah abi nak buat acara ni supaya dapat berkenalan la kononnya.Pengantin2 memotong kek dan kami ada bakar2 sikit.Ala2 BBQ la sebenarnya.Tapi, semua kerangnya yang dibakar hangus sampai isi dalamnya dah tinggal sekeping je.Nasib baik, pencicah sos yang diorang buat enak.Ada jugak yang sponsor ais krim untuk dimakan tapi bila macam2 sangat makanan, aiskrimnya tak disentuh pun.Cadang, lepas makan2 tu nak bukak hadiah, tapi semuanya dah syahid di medan katil.Maka tak jadi la bukak hadiah.Sampai sekarang hadiahnya tak terbukak.

4)Majlis Bertandang Yuunah

Since, Yuunah dapat dengan orang satu kampung je, maka majlis untuk yuunah dibuat pada keesokan harinya iaitu pada 5 Jun 2011.Majlis ni dibuat di Dewan Sri Bernam.Memang hangat sangat majlis ni.Tak nak komen banyak2 sangat la.

Sedih sangat sebenarnya bila kakak kita dah kahwin.Dulu masa kakak2ku semua masih bujang, nak sangat supaya kakak2ku cepat kawin.Rupa2nya tak best pun sebanarnya.Baru aku rasa sekarang ni.Apapun, tahniah untuk Yuunah dan Yuuyoh.Semoga berbahgia sampai ke syurga dan dirahmati Allha selalu.Semoga menjadi isteri yang mentaati suami dan anak yang solehah.Buatlah apa jua kerana Allah semata-mata.Kepada Yuunah, sabarlah diatas ujian hidup ini.Wa tau Yuunah mesti keliru kan????Semoga Yuunah diberi kekuatan iman dan semangat.InsyaAllah, Allah bersama dengan orang yang sabar.Kepada Yuuyoh, Semoga diberi kekuatan iman dalam meneruskan dugaan hidup.

Tuesday, May 31, 2011

Maafkan diriku tak sempurna

Aku dah tak sanggup nak dengar keluhan daripada dia.Aku dah tak mampu nak mengahdap muka dia yang sentiasa tegang.Aku tak suka nak mengalami keadaan yang serabut macam ni lagi.Aku tak nak bermusuhan dengan sesiapa.Aku dah tak betah nak layan perasaan dia.AKU DAH BOSAN dengan semua ini....

Sebagai manusia biasa,semestinya semua orang takkan terlepas dari palitan dosa yang tidak kita ketahui.Dan semestinya kita pasti akan ada orang yang benci kita dan kita benci orang.Semestinya kita akan selalu terleka dengan tugas kita sebagai khalifah di bumi ini.Pasti kita akan melalui semuanya itu.Sebab itu lumrah alam.Kena la pandai2 jaga maruah sendiri kan.

Tapi, kenapa aku amat2 tak puas hati dengan dia?Kenapa mesti dia menggangu hidup aku?Kenapa dia tak pernah risau perihal perasaanku?Kenapa dia tak pernah menunjukkan sikap yang baik dihadapanku?Kenapa dia selalu buat aku marah?Kenapa dia tergamak malukan aku depan oraang ramai??Kenapa???Adakah dia merasa seperti yang aku rasa????

Aku pernah terfikir, mungkin ini merupakan kifarah Allah kepada aku.KAdang2 aku dah tak sanggup nak bersosial dengan masyarakat sebab aku takut terpaksa berjumpa dengan sikap macam tu lagi.Aku tak tahu macamana nak tegur dia.Aku belum ada kekuatan nak tegur dia dengan cara yang berhemah.Mudah-mudahan Allah bukakan hati dia untuk muhasabah diri dan memperbaiki diri sendiri.Walaupun aku terlalu geram dengan dia, tapi dia tetap saudara seislamku.Aku tetap memerlukan dia dalam hidup...

Kepada si dia.Maafkan aku tak sempurna seperti yang kau harapkan.Aku tak mampu nak menggembirakan hidupmu.Tetapi, dengan kehadiranmu dalam hidupku, kau dah terlalu menggembirakan hidup.Aku amat menghargaimu.Terima kasih kerana sanggup menjadi pendamping stiaku.Maafkan aku jika tak jadi seperti yang kau inginkan.Carilah insan lain yang lebih sempurna seandainya itu yang kau mahu...Semoga kau kan ketemu insan yang mampu membahagiakanmu suatu hari nanti...Luv U!!!!

Monday, May 23, 2011

Dia saudaraku..

rada rindu sangat nak tulis blog hari2 macam dulu2.Tapi, skrang ni tengah musim study+kenduri.busy sangat2 aku rasa.padahal bukannya aku pun yang kenduri.Aku hanya menyibukkan diri je bila Umi pun mula sibuk dengan persiapan kenduri.


bila dah nak mula sekolah ni, banyak sangat jemputan kenduri yang Abi dapat.Sepupu-sepapat aku pun ramai pulak yang kawen tahun ni,Tahun ni aje Mbah akan dapat menantu sampai 5 orang.Nak buat macamane, jodoh dah sampai.kalau tak kawen, nanti dicakap lagi macam2 kan..Aku tak tau la kenapa kan, tahun ni aku rajin pulak nak ikut Umi dan Abi pergi kenduri kat mane2 jee.


Ada suatu hari tu, sepupu aku kawen.Aku pun pergi la bersama keluarga.Sampai je kat rumah makcik aku tu, aku jumpa ramai sangat orang2 asing yang tak pernah hidup dalma keluarga aku.Tapi, aku tengok Umi dan sepupu2ku yang lain rancak bersembang dengan mereka2 yang asing tu.Bila aku tanya Umi, rupa-rupanya mereka2 tu saudara2ku yang dekat hubungan kekeluargaannya sebenarnya.tapi, disebabkan mungkin kitorang duduk jauh, sebab tu la kitorang tak kenal pun dengan mereka walaupun mereka itu hanya sepupuku.


Aku seorang yang amat pasif apabila berdepan dengan sepupu2ku baik belah Abi apatah lagi Umi.aku tak tahu kenapa, aku macam susah sangat nak sesuaikan diri aku dengan mereka.Bukannya sebab mereka teruk ataupun jahat.Tapi, secara automatik, bila berdepan dengan mereka aku akan diam seribu bahasa.Kadang2 aku teringin jugak nak rapat dengan sepupu2 sepertimana kawan2 lain.Aku sedih jugak bila aku tak pernah pun tahu pasal perkembangan sepupu2ku.tapi, tak ape la mungkin bukan kat dunia ni kot masa yang sesuai untuk aku rapat2 dengan sepupu2ku.mungkin kat akhirat...amiiin..


p/s : jemput datang ke kenduri kakak kembarku pada 4hb jun ini..
aku bersama bakal2 pengantin..

Friday, May 6, 2011

Old Story...

Cerita ni dah lama sangat berlaku.Hampir 2 minggu lebih dah.Tapi, aku tetap ingin cerita kat sini...

Hari tu ada perlawanan catur Daerah Sabak Bernam.Aku mewakili pelajar2 SAMM Pekan Sabak telah pergi la bertanding kat SMK Sungai Besar.Wakil2 SAMMPS ni terlebih semangat sebabnya kitaorang datang sehari sebelum pertandingan.Cikgu pengiring bukan main mengamuk lagi bila skuad2 catur ni dah bersemangat nak lawan, tiba2 hakim2 tu cakap, hari ni sekolah rendah sahaja.Malu sangat masa tu.
Lepas tu skuad2 catur ni balik la sekolah semula.Nak masuk kelas malu sebab terlebih semangat pakai baju t-shirt koko.So, cikgu pun suruh la kitaorang latih kat dewan.Dari pukul 9.00 pagi sampai la pukul 2.30 petang, kitorang kat dalam dewan tu dengan pelbagai karenah masing2.Bosan giler sebabnya sepanjang latihan tu asyik kalah je lawan dengan skuad2 catur yang lain.
Keesokannya pada 27 April 2011, skuad2 catur ni dihantar semula ke SMK Sg Besar.Nasib baik hari tu betul2 untuk kategori sekolah menengah.Masuk je pintu pagar utama sekolah tu masih rileks lagi.Tapi, skuad2 lain semuanya dah gabra.Ada yang sampai sakit perut sebab cuak giler.Aku ni bajet hebat la.Langsung tak cuak.Padahal pusingan pertama aku dah terkantoi.Dah la check mate dalam masa 1 minit je kot.Malu sangat masa tu.Keluar2 je semua orang pelik.Termasuk teacher Suraya yang terkejut beruk giler bila aku dah dikalahkan.
Tapi, aku tetap teruskan perlawanan walaupun masih berbaki lagi rasa malu tu.Aku lawan pusingan kedua still dengan sekolah yang sama macam pusingan pertama iaitu skuad daripada SMKA Simpang Lima.Aku kalah lagi masa ni.Pusingan ketiga aku bertarung dengan budak STARP.Budak ni kerek giler.Menyampah aku..Dah la selalu giler duat touch move.Tapi, bila aku buat cepat2 je tegur.Bila dia tegur je,aku akan pandang slack giler dengan dia..
Pusingan keeempat aku teruskan dengan hati yang bengang disebabkan sikap budak STARP yang kurang ajar giler tu.Alhamdulillah, untuk pusingan keempat ni aku menang.Tapi, lama giler nak kalahkan dia.Sampai la semua dewan dah ditutup untuk berehat seketika.Pusingan kelima, aku hanya mampu seri jee dengan pihak lawan.Pusingan keenam aku kalah lagi.So,jumlah keseluruhannya ialah 1 ½ sahaja markah aku.
Rasa tak puas hati pun ada.Tapi, perkara dah terjadi kan.Terima saja dengan rela hati.Tak ape, lain kali kalau ada peluang, aku akan main dengan semangat sekali.hehehe…kadang2 rasa serik dengan catur pun ada.Sebabnya dah selalu sangat kalah..

Saturday, April 30, 2011

Hari Kecemerlangan Pelajar dan Majlis Graduasi(HKP dan MG)

Pada 24 April 2011, sekolahku telah berjaya melaksanakan hari bersejarah iaitu HKP dan MG.Tahun ni ada yang special sikit sbbnye ada pelajar2 STAM yang dah habis sekolah.Pelajar STAM kan macam Pra-universiti.So, Majlis Graduasi tu macam Majlis Konvokesyen kecil-kecilan la.Semua protocol nak buat macam konvo.kesian cikgu2nya la yang penat kena buat persiapan yang amat rapi untuk HKP dan MG ni.
Memang aku tak tipu, rumit sangat cara2nya.Daripada kena tunduk atas pentas sampailah turun lepas tu duduk semula kat kerusi.Semua tu bagiku sesuatu yang menyusahkan.Bukan saja bagi firasat ku tapi barangkali bagi firasat kawan2 dan guru2.Sekali lagi aku kesian sangat dengan warga pendidik SAMM Pekan Sabak ni sbb terpakse terjerit terlolong untuk memanggil anak2 muridnya yang degil ni.
Pelajar2 STAM yang diraikan sedang diarak masuk...

Before bertolak ke sekolah, aku agak moody  sebabnye masa tu Ali adikku ingin dilawat oleh umiabi.Alasannya, pening la, tension la and macam2 lagi alasannya.Aku pun sedih la sebab umi tak boleh nak tengok aku ambik hadiah.Aku bukannya nak  perhatian yang rapi daripada umiabi tetapi aku akan lebih bersemangat sekiranya abiumi kasi aku perhatian.Maklum la, abiumi kan merupakan  tonggak bagi kejayaan aku.hehe..Aku pun mengalah la demi adik tercinta.Tapi, abang aku nampak pula kraut wajah kecewa aku dan dia amat memahami kekecewaan aku.
“Umi pergi la Samm1, biar Najwa semangat sikit nanti”.Yes…Aku telah disokong oleh abangku.Gembira sangat masa tu…Rasa dihargai pulak..
“Umi tak kesah la pergi mana2 pun”..Alhamdulillah, Allah telah mengemabalikan mood ceria aku dengan jawapan positif umi..
 So, seperti yang telah Umi janji.Umi pun datang la bersama Yudibah lagi nak tengaok anaknya amik hadiah walaupun dapat anugerah yang cikai2 je.Tahnks Umi dan Yudibah coz sudi datang..Im very appreciated with u...Tapi, aku pulangkan kesyukuran aku ini kepada Allah semula..Aku rasa seronok pulak HKP tahun ni kalau nak dibandingkan dengan tahun2 sebelumnya.. Sebabnya aku pun tahu kenapa..


Inilah hadiah yang aku dapat...

Monday, April 25, 2011

Kenangan Semalam...

Hari ini aku terlebih rajin.Tiba2 aku terrajin nak selongkar buku2 yang dah berhapuk kat rak buku rumah tu.Mula2 aku cadang nak belajar Prinsip form 4.Tiba2 tangan ni tergerak nak ambik buku2 rampaian yang ada kat rak buku tu.Tiba2 aku terambik buku SMA tahun lepas.
Terus memori aku menyinggah pada kenangan semalam.Tahun lepas,pada tahun 2010  aku berada di tingkatan 4.Tahun lepas telah mengajar aku erti kedukaan dan kehampaan.Tahun lepas jugak aku mengenal erti perpisahan yang amat menyakitkan.Aku mengenal nilai redha dan sekaligus mengajar aku untuk menjadi seorang yang pasrah.Masa tu aku agak hilang tujuan dan kawalan.Sebab aku rasa dunia ini penuh dengan dugaan yang melemaskan aku.Aku hampir fedup masa tu.
Aiman,Ain,Me...

Tapi, Alhamdulillah.Allah temukan jalan yang lurus kepada aku untuk kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat.Sokongan dan dorongan umi abi, adik-beradik ,kawan2, dan guru2 telah menyedarkan semula aku untuk meneruskan hidup demi kehidupan yang akan datang.Disebabkan masalah ini jugak, aku semakin pendiam dan terus menyepi.Mula2 aku berdiam diri sebab nak fikirkan masalah yang menghantui jiwa raga ini.Tapi, lama2 aku makin selesa dengan keadaan ini.
Aku ingat lagi, awal tahun 2010, masa tu semua orang tengah sibuk bercakap pasal pindah sokmo.Masa tu aku memang memasang niat untuk tak nak pindah.Tapi, lama2 bila tengok sorang2 kawan aku mengangkat kaki daripada SAM 1, aku punya hati dah bereblah bahagi.Ditambah pulak gesaan dan pertanyaan kawan2 yang lebih memeningkan kepala aku ini.Jadi, aku ambik kesimpulan untuk pindah.Tetapi, takdir Allah itu lebih tahu dari segala-galanya.Aku tidak punya rezeki untuk meninggalkan sekolah ini.Mungkin sekolah ini masih memerlukan tenaga aku barangkali….hehehe..Betul la kata buku motivasi yang aku baca hari tu, hidup ini ibarat catalog, kita akan dapat apa yang kita pesan.Aku memang dah pesan nak stay kat sekolahku syurgaku ini.So, memang itulah yang aku dapat.
Mula2 nak terima hakikat ini susah sangat.Hanya Allah sahaja yang tahu.Masa ni aku tak ada kawan.Kawan2 yang aku rapat semua dah pindah.Yang tinggal semuanya yang dah tak best.Yang tinggal semuanya yang biasa2 je.Aku tak suka sangat2.Tapi, aku positifkan diri.Aku tak ada semangat nak datang sekolah.Aku tak suka SMA.Dah mula menyampah dengan Prinsip Akaun.Aku main2 je belajar SMA.Hinggalah sampai pertengahan tahun, aku temui semangat baru daripada seseorang untuk belajar bersungguh-sungguh pada SMA.Kata2nya selalu berlegar-legar dekat ingatan  bila aku rasa malas nak menghafal.Sampailah satu ketika, aku menghafal sebab janji aku dengan si dia semata.
Aku ingat lagi bagaimana aku belajar SMA dalam keadaan separuh semangatku tiada.Masa aku bukak buku2 tulis BAA1,BAA2,T/F, T/H, tiba2 aku rindu sangat2 dengan pembelajarn SMA.Walaupun agak susah nak kene hafal semua tajuk, tapi rasa gembira sebab subjek ni dalam bahasa syurga.Aku ingat lagi macamana tertekannya apabila nak masuk dewan periksa, tapi, banyak lagi belum hafal.Masa ni memang redha dan tawakkal sahaja la yang mampu.Sekalrang ni, bila dah 4 bulan aku meninggalkan dunia SMA ni, aku rindu sangat2 dengan memori suka duka SMA.Rasa nak hafal betul2 dan buat betul2 sampai dapat mumtaz.Tapi, tinggal kenangan…Sekarang ni aku kene struggle utk SPM pulak.
Kenangan bersama kawan2 pd tahun 2010....

Cahaya Bisikan Rahsia Berbisik : Baru2 ni aku dapat semangat untuk buat SPM betul2 lepas tengok result si dia yang berderet-deret A+ dia.Subhanallah.Rezeki sahaja tu..Semua tu milik Allah.