Monday, June 27, 2011

Sekelip Mata Kau Berubah


Hari ni saja aku dah nangis hampir 5 kali.Kepala aku sakit sangat sebab lama gila aku nangis sebabkan fikirkan masalah dia.Kenapa masalah dia mesti aku susah payah sampai mengalirkan airmata???sebabnya aku sayang dia sangat2.aku rindu sangat2 dengn dia.aku cinta dia sangat2.tapi yang paling penting, aku dan dia pernah menjadi satu ketika dulu..

secara fitrahnya, aku seorang wanita yang diberikan oleh Allah dengan kekayaan airmata dan kerapuhan hati.tetapi, amat payah untuk aku gunakan kelebihan ini terutamanya dikhalayak ramai.aku amat menjaga ego daripada dijatuhkan hanya dengan titisan airmata wanita.Amat bahaya bagiku.aku sanggup mengetepikan orang lain hanya disebabkan egoku.betapa EGO nya aku.

Tapi hari ini aku tak mampu untuk menahan airmata dari terus mengalir.Aku berteleku di atas sejadah agar kau diberi kekuatan iman.Aku menangis semahuku dihadapanNya.Aku sedaya upaya menguatkan hati agar positif dengan masalah ini.tapi, aku menjadi lemah apabila aku melihat si dia yang amat aku kagumi dan hormati disebabkan ilmunya hanya memandang perkara ini dengan senyuman memerli dan sinis.Amat menyakitkan hati ini.Amat mengecewakan aku.Aku amat terkilan dengan perubahan drastic yang dia tunjukkan.

kenapa mesti dia tak kisah dengan masalah ini???sedangkan masalah ini semuanya berpunca daripada dia.YA…memang dia punca segala-galanya.disebabkan dia kehidupanku dipagut kekecewaan dan kesepian.disebabkan dia insane yang menyintainya setulus hati sentiasa berasa dalam kebimbangan.tapi kenapa dia buat bodoh je??tapi, takkanlah dia tak sedar tentang perubahan mimik muka aku dan orang lain terhadap dia??takkanlah dia tak tahu, yang mana benar dan yang mana salah???

Banyak lagi persoalan yang bermain dibenakku.Aku amat sedih dengan dia.sedih sangat2.dulu, aku dengan dia sama2 berkongsi kisah duka dan suka.tapi, hanya disebabkan kehadiran orang lain dalam hidup dia, dia agak menepikan aku dari hidupnya.betul ke??aku tak tahu..tapi, cukuplah dengan perbuatannya malam ini sudah membuat aku bersangka buruk dengan dia.memang aku akui, dia dah buat perkara baik terhadap aku terlampau banyak.dan disebabkan itu, aku semakin sayang dengan dia.dan aku amat takut jika dia meninggalkan diriku seorang diri.

Ya Allah, Kau berikanlah kesedaran kepada dia sebelum segalanya terlambat.Bukakanlah pintu hatinya agar dia dapat menerima teguran daripada orang yang mengasihinya.Kau pimpinlah dia kejalan kerahmatanMu.Kau eratkanlah hubungan kami sampai ke syurga.Dan jadikanlah masalah ini sebagai ruang untuk kami bersama dalam mengakkan syiar Islam.Kau jadikanlah hubungan ini hubungan yang mendapat kebekatan dariMu.Amin…..


Coretan : Terima kasih kepada Allah kerana sudi mendengar rintihan hambaMu yang kerdil lagi hina ini...
~Aku rindukan insan seperti dia~

No comments:

Post a Comment