Wednesday, October 24, 2012

habis suda


Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat jugak aku menghabiskan tingkatan 6 STAM sehingga ke akhirnya. Sangat tak sangka akhirnya aku amik jugak STAM walaupun sejuta halangan sering bertandang menguji tahap keimananku. Memang banyak sangat ujian yang selalu membuatkan aku rasa nak fedup dengan STAM. Bermula dari pendaftaran sampailah last paper Quran Tajwid saat yang berlalu sangat indah dan manis dengan dugaan2 dariMu. Sejujurnya, masa first time aku kat stam aku rasa kekok dan memang nak cabut on that time jugak. Rasa macam tak mampu nak teruskan stam. Kena hafal banyak giler dalam bahasa arab pulak tu. Dengan syllabus semua baru yang tak pernah aku dengar pun. Dengan suasana pembelajaran yang baru. Dengan kawan2 dan ustaz ustazah yang baru. Memang benar2 memerlukan penyesuaian diri yang lama. Amat menyulitkan!

Alhamdulillah, Allah lebih tau tahap kemampuan aku. Walaupun aku tak berminat dan rasa macam tak mampu je nak stay stam, tapi Allah tau tahap kemapuanku dan berikan jalan yang terbaik buatku. Memang bersyukur sangat. Aku cuba untuk mengikhlaskan hati dan redha dengan segala-galanya. Memang senang je aku nak adapt dengan suasana dan rasa hatinya tenang je bila stay stam. Mungkin inilah jawapan istikharahku. Teruskan stam sampai ke exam!

Lepas serahkan kertas Quran, aku dapat rasakan hati aku ni lapang dan merdeka. Memang gembira sangat. Padahal aku jawap tak la berapa bagus. Balik rumah terus singgah pasar, makan besar. Terus online facebook. Rasa macam dunia ini ana yang punya. Tiba2 aku terbaca coretan dari ustaz aku yang bunyinya ala ala “jangan terlalu seronok lepas habis periksa. Tetapi jadikanlah ia sebagai medan tawakal serahkan pada Allah”

Terus terhenti seminit kemerdekaan aku. Seminit je la lepas tu sambung balik J betul apa yang ustaz aku cakap. Jangan gembira sangat la. Sepatutnya jangan lupakan ilmu2 yang aku dah belajar. Lagi2 aku belajar pasal agama. Ilmu yang sangat bernilai dan berguna. Memang rugi la kalau aku  lupakan ilmu2 tu. 

Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang menggunakan segala ilmu yang telah ku pelajari. Jangan biarkan aku jahil dalam ilmuMu. Jangan biarkan aku terleka dengan duniaMu yang sementara ini. Jadikanlah hatiku ini ikhlas menyerahkan segalanya keranaMu. Ingatkanlah aku bila aku dibuai dengan cinta fana’ ini. Aku tak sanggup menjadi hambaMu yang rugi di akhirat nanti. Amiiin……


Wednesday, September 12, 2012

bukan senang nak senang

"Bukan senang nak senang". cuba fahamkan maksud yang tersirat dalam tersurat. ayat ni aku first time dengar daripada abi. masa tu aku nak UPSR. memang masa di alam kanak-kanak, susah dan payah nak tengok aku bukak buku walaupun esok nak pekse. aku memang pemalas. cumanya masa nak naik sekolah menengah, dah matured dan dah tahu malu kalau dapat result teruk. so, kene usaha lebih sikit supaya tak kene gelakkan dengan classmate..hahaha...

sekarang, aku bakal menghadapi peperiksaan besar sekali lagi iaitu STAM. insyaAllah 16 okt ni bermulalah perjuangan aku bersama jundi-jundi Allah. lebih kurang sebulan je lagi. tapi, semua buku aku belum baca apatah lagi hafal. kadang2 bila teringat rase jugak cuak tu. tapi tak de inisiatif nak bertindak. kalau dah jumpa kawan, gelak je.. kalau dah jumpe family, sembang je... kalau dah jumpa buku, tidur je........ itulah aku... ingatlah, bukan senang nak senang. bukan senang nak jayyid jidan apatah lagi mumtaz dan mumtaz sofi.

mampukah aku mencapainya???? biiznillah... tapi usaha mesti ada.. doakan aku sentiasa....

~ jadikan kegagalan sebagai jalan kejayaan bukan penghapus kejayaan...~

seorang jundi Allah yang berjuang bersama-sama kamu telah kembali ke rahmatullah pada minggu lepas. dia telah pergi mendahului kami...semoga rohnya di kalangan para solihin...

Monday, August 27, 2012

BantuanMu aku perlukan....


Mood raya + cuti masih ada lagi tapi disebabkan kewajipan terhadap agama, aku gagahkan jugak untuk datang sekolah. Pagi before rehat, ramai muallim tak masuk kelas. After rest, semua muallim masuk pulak. Dan semua muallim tu kasi paper trial. Memang aku tak pernah target mumtaz untuk trial ni. Tapi, jauh di sudut hati aku sebenarnya nak kan mumtaz walaupun hafal hanya dua tiga ayat. Memang mimpi sampai ke bintang la…

Tipu kalau aku cakap aku tak sedih dengan natijah aku. Sangatttt sedih dan kecewa. Terus terbayang wajah harapan abiumi tercinta padaku. Tiba2 muka harapan mereka bertukar menjadi kecewa. Memang sedih tak dapat nak gembirakan hati umiabi. Tapi, aku berazam dan berjanji untuk dapatkan mumtaz masa STAM yang sebenar walau beribu malah berjuta halangan akanku lalui dihadapan. Itu harapan seorang anak buat ibubapa tercinta. Ya Allah, perkenankanlah walau aku tahu sangat tidak layak…

Muallim selalu bezakan natijah aku masa SPM dengan sekarang. Memang aku masih mampu tersenyum di hadapan mereka… hati menjerit tiada siapa tahu. Tension! Perasaan aku bila ada orang mengaitkan zaman kegemilangan dulu dengan zaman kejatuhan sekarang. Haha. Serius, aku tak suka ada orang ungkit tentang tu. Boleh tak lupakan seketika. Dulu aku nak menyesuaikan diri untuk struggle pun masa last2 minute. Memakan masa yang lama dan terpaksa membuat satu pengorbanan yang besar. Itu dulu…

Kenapa susah sangat nak buat macam  tu sekarang? Sedaya upaya untuk mengikhlaskan hati ini terima takdirNya. Bukan mudah belajar apa yang kita tak minat. Perlu ikhlaskan hati dulu. Nak ikhlaskan hati memakan masa. Aku takut sampai STAm sebenar nanti aku masih belum ikhlas. Susah nak hafal bila kita tidak minat. Susah nak faham bila kita tidak suka. Susah nak jawab bila kita tidak ikhlas. Susah nak cemerlang bila kita tidak redha.

Aku percayakan kata orang : ikut kata ibubapa jika nak cemerlang. Tetapi masalahku kini, aku dah ikut kata umiabi. Harapan umiabi untuk aku stay STAM. Aku sanggup buat walaupun terpaksa melupakan yang lain. Tetapi, aku masih belum boleh terimanya……. SUSAH!!!! Susah untuk aku terimanya….

Tapi aku nak gembirakan hati abiumi. Aku nak tunaikan harapan abiumi. Aku nak cemerlang walau apapun yang aku pilih sekarang…. Ya Allah, bantuanMu amat ku perlukan…..

 
 
Tidakku pinta untuk dikurangkan beban ini. Hanya kekutan untuk ku harungi bebanan ini.
 

Saturday, August 25, 2012

Selamat Hari Raya

Di kesempatan ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. Maaf segala salah dan silap yang sengaja ataupun tidak.


gambar raya tahun ni. tema baju ialah hitam putih tapi terselit jugak warna2 lain..

kali ni, aku update gambar dan cerita sikit je dulu. nanti bila mood nak menaip ni muncul, aku cerita setiap saat dan detik yang berlaku sepanjang syawal tahun ni.

Sunday, July 22, 2012

Allahumma Balighna Ramadhan

Alhamdulillah...syukur yang tak terhingga kerana Allah masih beri aku peluang untuk berada dibulan berkat, maghfirah dan rahmat ini. Alhamdulillah jugak kerana masih diberi kesempatan untuk puasa di rumah bersama umiabi dan adik beradik tercinta.

Banyak nikmat diberikan oleh Allah yang selalu membuatkan aku lupa tentang erti syukur. Jika tahun lepas, kitorang terpaksa solat terawikh kat bawah khemah. tahun ni, surau tu dah siap dengan peralatan yang serba lengkap. Alhamdulillah.....

Tapi ramadhan tahun ni, aku dan rakan seperjuangan terpaksa, nak tak nak kena lalui trial STAM. memang amat mencabar. semoga Allah mempermudahkan segalanya...

semoga ramadhan tahun ini lebih bermakna daripada tahun-tahun lalu. Ya Allah, sampaikanlah aku ke ahkir ramadhan dengan kesihatan yang baik....amiiin...

P/S : marilah bersama-sama membuat kebaikan di bulan ramadhan ini....

Friday, June 8, 2012

i got new BIL

Alhamdulillah….thanks to Allah for give my family an extra power and energy to carry on a medium wedding for my oldest sis…thanks also to all my cousin, nephew, aunt, uncle, neighbor and the villagers for a rewang… I’m very appreciate them…
1 jun 2012, yumayyah selamat diijabkabulkan dengan berwalikan abiku sendiri. Alhamdulillah. Bertambahlah bilangan keluargaku. dapatlah aku seorang lagi abang ipar.sangat teruja....Kalau tahun lepas, kakak kembarku telah selamat diijabkabulkan. Tahun ni kakak sulungku pulak. Setiap tahun keluargaku ade yang kawin. Alhamdulillah. Jodoh dan rezeki di tangan Tuhan tiada siapa dapat menghalang.





Majlis perkahwinan kali ni agak lagi rileks berbanding tahun lepas. Tetamu pun yang datang tak seramai tahun lepas. Tapi  tetap ramai jugak. Persiapan kenduri kitorang buat cuma 2 minggu sebelum tu. Tapi,  berkatnya sampai hari jumaat tu kitorang masih buat sebab ade yang tak complete lagi. Punya la saudara mara yang berhempas pulas nak masukkn bookmark kt dalam berkat. Agak memenatkan L
kenduri pada hari sabtu memang sangat sibuk dan memenatkan. Memandangkan hari tu banyak kenduri, so memang orang ramai yang datang sehari sebelum tu. That’s means sehari sebelum tu aku dah tak cukup tangan ( bajet je).so, lepas manghrib tu aku amik keputusan nak baring2 kejap la.last2 aku tertido pulak sampai la azan isyak. Bangun je tido, badan rase seram sejuk giler. Kepala berat giler. Memang rase macam nak demam je. Tapi gagahkan jugak diri ni nak tengok para tetamu.huhuhu…
esoknya badan aku masih belum kebah dan pening aku pun masih belum surut. Memang ikut hati nak tido je dalam bilik. Tapi macam tak sopan pulak…. Rupa2nya aku jadi macam ni sebab aku tak makan.hihihi. kenduri bukan main banyak makanan, tapi masuk angin jugak. Sebenarnya bukan tak sempat atau tak nak makan, tapi takde selera. Maklum la teruja sangat dapat abang ipar baru J 






Pada sebelah malam acara wajib bagi famili kitorang ialah makan2 sambil BBQ. walaupun mase ni semue orang matenye nak tak nak je nak bukak, tapi tetap jugak kene datang. mase tu pengantin baru akan dikenalkan dengan makcik pakcik dan sanak saudara yang lain.




abang ipar aku orang ijok, kuala Selangor je. So tak berape jauh la. Dalam lingkungan 1 jam dah sampai. Majlis bertandang di belah lelaki dibuat hari Ahadnya. Ramai gler yang ikut mengiring. Aku rase ade lebih 15 kete yang ikut iring.tapi mase balik tu tinggal sikit je sebab ramai yang terus balik ke kotaraya. Memang sangat meriah la masa tu. Semua saudara mara berkumpul. Sembang2, makan2, gelak tawa same2…  so happy J






                                                                      hashim's big family..
dan kepenatan daripada kenduri tu terpakse my family tanggung berhari-hari. Kemas barang, kemas rumah, susun pekakas, bersihkan halaman rumah dan sebagainya semue kitorang kene buat. So tired. Badan pun asyik lesu je. Mata pun asyik ngantuk je…. Apapun, memang best kenduri kali ni… thanks to Allah…

Tuesday, May 29, 2012

Pilihan Terbaikku...

Tanggal 25hb Mei 2012, aku memutuskan untuk meneruskan stam walau hati ini berat merelakan. Namun, takdir Allah siapa bisa menghalangnya. Walaupun stam pilihan yang aku pilih kini, tetapi tak bermaksud stam yang aku minat. Apapun, aku akan cuba untuk mengikhlaskan hati ini ^-^...

Mase aku membuat keputusan untuk stay stam........
Mase aku tengah konfius yang teramat hebat untuk buat keputusan..............
Mase aku tengah semangat untuk pergi ke matrik............
Mase umi memberitahu harapannya pada aku............
Mase aku belajar stam main2 dan gelak ketawe je..............

Semua tu aku ingat dan tak akan mudah untuk aku lupakan. Aku membuat satu pengorbanan kecil demi umiabi tercinta. Memang tipu kalau aku cakap aku langsung tak sedih meningglkan matrik. Tapi, walaupun aku nak sangat pegi matrik, hati aku sebenarnya tak pernah tenang bila aku nak uruskan tentang matrik. Lepas tu boleh pulak mase aku semangat nak uruskan matrik tu internet slow. Susah giler nak download borang. Nak tau pasal pendaftaran. Memang sangat payah dan menguji kesabaranku. Umi pun cakap : " Ntah2..ini jawapan istikharah wa..."

Mungkin betul!!! So, aku mempositifkan akal fikiran dan jiwa raga ini untuk meneruskan stam dan membuang matrik. Mase tu yang taau pasal perasaan ni hanya Allah je... 
THINK POSITIVE NAJWA... U CAN DO IT WELL....

Mase dah dapat tiupan semangat istikharahku ini...Kakang Muaz telefon rumah.dan kebetulan umi yang angkat..
" Najwa dah uruskan matrik ke belum?"
" Internet slow. Lepas tu banyak file yang error. mungkin ini jawapan istikharahnya kot " umi menjelaskan dengan muke yang amat gembira...
" nanti kakang cuba buat kat sini. lepas tu kakang send ke email "

Try and error...akhirnya kakang berjaya hantarkan file matrik tu ke email aku. Punya la semangat yupapa uruskan pasal aku. semue file diprint berwarna lagi.

Last2.... aku mengumpulkan semangat jiwa ragu untuk meneruskan stam dengan hati yang amat tenang.



Moge ini keputusan yang terbaik buatku. Semoge aku boleh menggembirankan hati umi abi. Semoge aku mampu untuk merealisasikan harapan abiumi..Moge hati ini ikhlas untuk belajar ilmu agama..amiiiiin.....

Ikhlaskanlah hati ini Ya allah....
MUMTAZ!!!!

Tuesday, May 8, 2012

Pros and Cons...

Kalau tajuk tu salah, maafkan saya... Aku sebenarnya tak mahir bahasa penjajah ni. Bukan setakat xmahir, malah kadang2 tu benci pulak. Hahaha. Sebab tu la BI dpt C+. Padan muka...


Ok.. Tajuk tu bukan untuk dibahaskan. Masalah yang aku nak ulas ialah pro dan kontra untuk memilih masa depan.Semua yang korang pilih tu ialah yg terbaik sebenarnye.Ye la kan..Dah Allah yg tentukan.Mestila the best choice kn...


Masalahnya ialah aku. Aku yg membutakan mata untuk merenung tentang kebaikan dan keburukan itu. Matrik daftar 28 Mei. Makin lame makin dekat. Sekarang aku tengah belajar STAM dan dah mule yg syok kat sini. Tapi apalah ertinya syok tu padahal kalau dulu aku hanya sambil lewa je amik STAM.Jawapan matrik mesti diberi secepat mungkin.Dan sebenarnye aku dah tekan bukan 'terima' pun...Aku tak kenapa mase tu aku sangat ghairah untuk terima.


Hari untuk daftar matrik makin dekat. Dan, aku masih dalam dilema. Bukan aku tak buat istikharah. Tapi, gerak hati aku masih belum yakin. Nak kata mimpi pun xde la pulak.So, sekarang aku masih kebingungan.


Lebih kurang macam ni la gaya aku kalau aku confius..hodoh x???


Untuk mengelakkan kebingungan dan kekliruan ini terus menghantui hidupku, aku abaikan saje. Buat2 macam aku ni stay stam. Klau ada org tye samada nak pergi mane. Mulut dengan lancarnya menyebut " Saya tak pergi mana2.InsyaAllah sty stam." Memang mulut tak bertulang. Mudah menuturkan apa saja. Geram dengan mulut ni. Seandainya mereka2 yang bertanya ini tahu membaca isi hatiku, semestinya mereka cakap aku tipu. Sebab di hati lain, di mulut lagi lain...


Apa gunanya kalau aku stay stam semata-mata kawan. Atau hanya disebabkan xnak dok jauh dari umiabi and family. Memang menempah maut...Tapi, aku SAYANG sangat dengan kawan2 stam yang ceria, comel, baik, sporting dan suka layan aku bercakap. Dan yang paling aku sayang kat mereka ialah mereka sanggup tumpukan perhatian pada aku daripada cikgu kt depan mase aku bercerita..hahahaha...ini kawan yang memesongkan....


Bagi aku, ada baiknya kalau aku amik matrik. Sebab melatih aku berdikari susuk jauh dari mak bapak. Aku pernah mimpi, mak aku marah gler mase aku nak daftar matrik. Lepas daripada mimpi ngeri tu, hati aku langsung xtenang kalau cakap pasal matrik. Apakah petanda ini???? Adakah ini hidayah daripada Allah? Mungkin ya!!!


Dan diploma tu.....aku malas nak komen sebab memang aku dah reject. Tapi kadang2 sayang pulak. ARGHH... Memang hati dah lame menjerit bila fikirkan benda ni...


Serahkan jiwa dan ragamu ketika menghadapNya..


Pokoknya, aku pasrah dalam istikharah..Semoga aku diberi hidayah oleh Allah walau di mana jua aku berada...Pimpinlah hambaMu yang hina ini di jalan yang engkau redhai...Amiiin..


Yakinlah dengan petunjuk daripada isstikharah itu...Allah lebih tahu..


p/s: kat fb sekarang, semue kawan2 tgh bingung...hahaha...kite serupe la...apapun, semoge kawan2 aku memilih kos yang terbaik la. yang pentingnya ialah, bersungguh-sungguh walau kat mane pun....

Wednesday, April 25, 2012

Anak Buah Sulungku...


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana di usiaku kini yang sedang menginjak ke 18 tahun, aku sudah pun memegang gelaran makcik.sebenarnye, dah lame anak buah aku ni lahir, cume mase yang agk terhad (poyo je) menyebabkan aku terpaksa meminimakan mase dihadapan lappy.

Ahmad Furqan...

Anak buah aku dilahirkan di Hosital Sabak Bernam pada 3 Mac 2012 pukul 7 pagi kot.Masa ni aku tak tahu pun yuuyoh dah beranak.Tau2 je, balik sekolah tu abi bawak aku ke hospital.Pertama sekali tgok muka dia, aku xberapa ade perasaan sangat.Mungkin factor penat balik sekolah kot.Dalam kepala otak aku ni ade katil dan bantal yang empuk je.hehehe…

Dan sekarang, tengok muka dia sangat seronok.Sangat comel dengan pipinya yang semakin gebu.Amat menenangkan hati.Cukup membuatkan aku ingin belajar menjadi anak yang berguna buat umi abi….

Wednesday, January 25, 2012

Ya ALLAH, ikhlaskanlah hatiku...

Dah lama sangat nak tulis enrty pasal STAM.tapi asyik tergendala je.bile nak tulis je, idea tak datang.tapi bile tengah solat, mencurah-curah idea datang….aiseh………
Memegang status sebagai seorang pelajar ting 6 kini,memang sesuatu yang agak berat.orang cakap, STAM setaraf dengan diploma atau matrik.sebab same2 dah masuk pra-universiti.cikgu2 pun ade cakap, sape masuk stam maksudnya sebelah kakinye dah ade kat dalam university.ustazah aku pun ade cakap, sape ambik stam, sebelah kakinye pun dah ade kat airport.mase aku tengah cakap macam tu dengan umi, abi terdengar.ketawa besar dibuatnya.abi cakap “ biase hantar yumayyah tu, bukan due2 kaki dah kat airport ke??? ”.hahahaha…kelakar la abi ni.
Kadang2 aku masih dibayangi dengan rutin harian tahun lepas.asyik gelak2, sembang2 kosong dan macam lagi la yang melaghokan.aku lupe pulak yang aku ni dah pra-u.hehehe…
membicarakan tentang mase depan, cukup membuatkan aku tak selese dan bingung.mane taknya, sekarang badan kat stam.tapi fikiran hanya 40% je kat dalam kelas.mintak maaf, ustaz ustazah sekalian.memang saya tak faham pun apa yang ustaz ustazah jaar sebab saya belum bersedia sepenuhnya untuk ambik stam.bile nak sedia?????wallahua’lam.
Aku pernah dengar harapan abi yang teringin sangat anaknye ambik stam.hari tu, ade ura2 yupapa nak ambik stam.mase khabar angin ni sampai  kat telinga abi, abi nampak teruja.dari situ, aku dapat bace perasaan seorang ayah. tapi tak jadi pulak .
bile abi nak hantar aku daftar ke stam, umi cakap kat abi “ fisrt time hantar anak ke stam.agak excited”.tingginya harapan umi, abi.tapi, najwa mintak maaf, hati najwa belum sepenuhnya kat stam.najwa masih belum mengikhlaskan hati ini untuk ambik stam.najwa masih belum bersedia untuk belajar stam apatah lagi bahasa arab.maafkan najwa, abi umi seandainya tak mampu menggembirakan kalian.tapi, najwa akan berusaha.najwa janji umi, abi.
Memang masa lepas spm tamat.akulah insan yang paling semangat sekali nak ambik stam.sebabnye aku tak sanggup mati kutu kat rumah.aku tak de kawan kat rumah.ade cume abi dan umi je.so, bile aku tanye member2, semue cakap nak ambik. Makin berkobar-kobar semangat aku.tapi, bile dah belajar sekarang……..beginilah yang terpakse aku tempoh.adekah sampai bulan 10??????bertemankan buku bahasa arab yang tebal2.bertemankan tulisan2 ala2 buku kuning yang dolu2 punye.aku tak sanggup.aku rase macam tak mampu…
Tetapi, apa yang boleh aku buat?aku tak nak datang sekolah dalam keadaan keterpaksaan.rugi dan buang mase aje.baik duduk kat rumah bertemankan kesunyian daripada datang sekolah tak ikhlas kan?tapi, umi tak kasi bile aku cakap, “najwa tak nak sekolah”.
oleh itu YA ALLAH, tuhanku, tetapkanlah hatiku ini untuk aku belajar stam buat kesekian kalinya.permudahkanlah untuk aku memahami segala ilmu2 ini.ikhlaskanlah aku untuk menelaah segala khazanah ilmu-MU.sesungguhnya, segala ilmu yang akan dan telah aku pelajari ini amat mudah sekali disisiMu.berikanlah aku ketenangan jiwa dan kesucian hati untuk mengharungi ujian hidup ini.Amin Ya Rabbal Alamin…..