Saturday, September 24, 2011

Biarkan aku terasing di sini...

Hati ini milik Allah..

Hati siapa yang mampu menahan sikap kesombongan dan belagak kawan?
hati siapa yang mampu mendengar tiap bait keangkuhan keluar dari mulut teman?
hati siapa juga yang mampu bersabar apabila dirinya disisihkan oleh insan seperjuangan?
Hati mana yang mampu bertahan apabila dianggap sebagai insan ketika susah dan apabila senang ditinggalkan begitu saja?
Hati siapa yang tahan?????
Hati siapa yang mampu menghadapi semua ini????
Hati siapa???

Hari ini aku terpaksa melalui semua ini dengan jiwa yang terluka dan hati yang cukup tersiksa.Sakit sangat apabila disisihkan dan dipulaukan oleh kawan-kawan.Memang sedih+sakit hati sangat.

Namun, pabila diingatkan, bukan aku seorang yang menghadapi semua ini.Berjuta-juta lagi yang menanggung ujian seperti ini.Sedangkan, Nabi Muhammad sendiri dipulaukan dan disisih bahkan diejek oleh orang kafir Quraisy ketika baginda ingin menyebarkan agama Islam di Mekah.Baginda tabah dan cekal.Sabar dengan karenah dan tohmahan manusia.Tetapi, kenapa aku susah sangat nak jadi macam baginda???

Kawan kadang2 menggembirakan.Tetapi, kawan juga mendukacitakan.kawan penghibur tetapi kawan juga penglibur.Kawan menyayangi tetapi kawan juga menyakiti.Kawan mambuat hidup kita seronok tetapi kawan juga yang membuat hidup kita menderita...Inilah yang dinamakan No Body Perfect....Beware dengan kawan sebab kadang2 dia juga jadi lawan...

Suatu hari ketika hati ini sedang sayu dan sunyi, aku terselak buku 101 Rekreasi Hati ditulis oleh Ustaz Zahazan dan Ustaz Nik Wafdi.Aku terjumpa sepotong hadis yang berbunyi :
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda
ISLAM BERMULA DALAM KEADAAN TERASING.IA AKAN KEMBALI ASING SEPERTI PERMULAANNYA.MAKA, BERBAHAGIALAH UNTUK ORANG YANG TERASING.
(Riwayat Muslim)

Friday, September 23, 2011

Bahasa Al-quran Itu Indah..

Hari ni trial bahasa arab...susah sangat2.pagi pukul 7.30 hingga pukul 10.15 kertas 2.masa ni agak susah la.soalan 3 dan 4 mmg botak kepala aku nk jawab.keluar dr dewan...masih cuba menunjukkan muka tenang dalam ketidakpuas hati dan kekecewaan yang maha sangat.

masuk dalam surau (tempat menunggu utk subjek seterusnya) aku tengok semua baca buku bersemangat sangat.aku pun bukak la  buat pure2 baca..kalau taknya malu je.nampak sangat kemalasan aku.

jarak antara kertas 1 dengan kertas 2 hanya 30 minit saja.dalam masa tu, aku menghabiskan masa dengan memikirkan kekecewaan kertas 1 tadi sambil tangan selak2 buku.walaupun pada hakikatnya, satu apa yang terbentang kat mata aku tu langsung aku tak faham dan tak masuk pun.

aku masuk semula dewan utk berjuang sekali lagi.yang lepas, biarkan..yang mendatang, tempohlah dengan bersungguh-sungguh.aku cuba menenangkan diri walau kawan2 di sekeliling sibuk menghafal dan memahami pelajaran.bagiku, study last minute umpama menyiram air ke daun keladi walaupun ada mutiara kata yang menyatakan " tiada istilah terlambat selagi kaki belum masuk ke dewan periksa".memnag betul....tapi, itu bukan cara hidupku...

Aku buka je soalan pertama..terus pening kepala nak cari jawapan.selak mukasurat sebelah...lagi pelik+susah..bukak mukasurat terakhir....ambik kau...langsung tak pernah dengar pun arahan tu...akhirnya, aku main aci je apa nak buat...

tengah aku buat2 tu...aku teringat pesanan abi dan umi sebelum aku pergi sekolah tadi yang sentiasa terpahat dihatiku..

Umi : Najwa, jawab bahasa arab betul2 tau.kalau dapat 100 kasi RM10.
Aku : wow!!!mimpi je la..usahkan 100, A pun tak boleh nak dapat. ( aku bermonolog)
Umi : tapi kene mintak kat abi la..
Aku : hehehehe..

tiba2 abi datang...

Abi : jawab betul2.bahasa arab bahasa syurga.siapa yang belajar bahasa arab dapat pahala...
Aku : adoyai....besar sungguh harapan abi padaku ( sekali lagi aku bermonolog )
Abi : kalau dapat 100, abi kasi RM100..
macam budak kecik kan...masih dapat duit kalau dapat 100..
Aku : InsyaAllah...

Lepas ingat nasihat tu, aku kembali bersemangat untuk jawap dengan betul2.tapi, apa nak jawapnya.baca pun tak...rasa macam nak nangis pun ada.aku dah meleburkan harapan orang tersayang...aku terus cuba dan cuba dan cuba tanpa rasa jemu.walau pada hakikatnya aku rasa macam nak keluar dari medan pertempuran ini.terlalu mencabar dan menyakitkan.

Akhirnya, ketika kertas soalan bahasa syurga itu dikutip.aku berjaya memenuhi kesemua jawapan dengan tembak saja...maafkan aku, umi abi ustaz..

AKU BOLEH!!!! 

Aku berazam akan belajar bahasa arab dengan success dlm masa lebih kurang sebulan sebelum SPM....bahasa arab bahasa al-quran dan bahasa al-quran itu indah sekali...

Sunday, September 18, 2011

kembali sepi

Hari ni satu demi satu adik-beradikku balik ke tempat masing2 selepas cuti Hari Malaysia.So, aku akan kembali menjadi tunggal.Aku akan kembali bertemankan sepi dan buku kembali.

bersama sebahagian adik beradikku...

Takpelah, mereka pergi pun sebab menunaikan tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah.Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi jalan kehidupan mereka..

Dan aku yang setia di rumah...Setia menemani abi dan umi..aSemoga terus sukses dalam trial SPM.4 sebjek lagi...Jangan asyik main je..Kesian kat abi yang penat2 hantar aku gi sekolah setiap hari..balaslah jasa abiumi...Duduk kat rumah ni ade baik, ade buruk.Kadang2 best jugak la sebab rumah sunyi.Tapi kadang2 bosan jugak...

Aku insan sepi...

Friday, September 9, 2011

Syawal kali Ini

Dah 6 hari kita berada di bulan Syawal.Tapi, baru  hari ini aku berpeluang untuk mencoret sesuatu di blog.Maklum la…sibuk kan..dah duduk kampong ni, sibuknye lain macam sikit.tak macam dulu2 aku duduk pekan…aku nak cerita sikit pengalaman pahit manis raya tahun ini.

satu famili kecuali yuuyoh n her husband.
(sori, gmbr tak clear...aku teredit dan tercrop over sgt...)

Raya tahun ni 2 orang kakak aku tak beraya dengan kitorang.mereka raya belah suami diorang.jadi, kami2 yang masih bujang saje la yang beraya dengan umi abi.walaupun tinggal 7 beradik je, Alhamdulillah, masih best.tapi, rasa sibuk sikit la sebab kekurangan kakitangan.bayangkan, malam raya, anak2 dara ni baru nak cari baju raya.malam tu jugak baru nak kemas rumah, nak masak ketupat, nak buat kuih dan macam2 lagi.memang penat giler…

lebih kurang pukul 12 malam tu, aku sapu ruang tamu.tiba2 aku boleh tertidur kat sofa tu dgn menyapu tak siap lagi…punye la ngantuk tahap maksimum.aku bangun2 je, aku dah ada kat bilik aku.aku tak ingat bila aku bangun.pagi2 tu, aku tengok ruang tamu still belum siap menyapu.Aku ingatkan ada orang nak sambung..rupa2nya….tak ada..Aku yang tak buat apa2 ni ngantuk gielr, bayangkan umi yang terpaksa lari sana sini nak masak.mesti umi dan kakak2ku yang lain berganda penatnya…
pagi tu, aku bangun agak awal sebb aku tidur pun awal.aku bangun2, umi dan ali terbongkang kat dapur.pity them..lepas aku mandi sunat hari raya, aku terus melantak..sebab lapar giler..lepas tu pergi solat hari raya.masa dengar khutbah, tersenggok-senggok kami termasuk umi.dah la abi yang baca khutbah.tapi, anak2 daranya dan isteri tertidur pulak.Ali dah la main mercun kat luar surau.lepas tu tak solat raya…buat malu je…
Habis je solat sunat,kami pun bermaaf-maafan.masa ni, yuunah ada sekali sebab kampong suami unah pun dekat je.lepas tu kitorang pergi ke rumah pakde Onjen.mase ni  berkumpul bersama saudara-mara sambil bace tahlil..best giler..
dengan abi..tibe2 pulak abi sporting nk bergambar dengan ktorang...

aku sama zaid..2 orang yg tak boleh beraya sakan sebab kene studi...

lepas tu bergerak pulak ke rumah nenek belah umi kat sg besar je.kat situ, saudara mara tak ada sangat sebab semuanye raye tempat lain.masa ni pun best sebab sepupu kitorng taka de.kitorang tak rapat ngn sepupu belah umi.jarang jumpe….

bergambar dengan mbah (baju kelabu)

Lepas bermaafan kat situ, kitorang pun balik sebab katil dah panggil2 kitorg.tu pun kat rumah mbah,anak2 laki semua dah tertidur-tidur..buat malu jerk…nasib baik mbah tak kesah…
Memang aku akui, syawal kali ini kurang persiapan.rasa kalut je.dah la tinggal orang pemalas je kat rumah.memang langsung budak tu tak buat keje la…apapun, aku masih bersyukur sebab berpeluang beraya dengan keluarge tercinta sekali lagi..
2 org gadis bunga yang sentiasa ceria...hahaha...

Sunday, September 4, 2011

Syawal Kali Ini...