Friday, June 8, 2012

i got new BIL

Alhamdulillah….thanks to Allah for give my family an extra power and energy to carry on a medium wedding for my oldest sis…thanks also to all my cousin, nephew, aunt, uncle, neighbor and the villagers for a rewang… I’m very appreciate them…
1 jun 2012, yumayyah selamat diijabkabulkan dengan berwalikan abiku sendiri. Alhamdulillah. Bertambahlah bilangan keluargaku. dapatlah aku seorang lagi abang ipar.sangat teruja....Kalau tahun lepas, kakak kembarku telah selamat diijabkabulkan. Tahun ni kakak sulungku pulak. Setiap tahun keluargaku ade yang kawin. Alhamdulillah. Jodoh dan rezeki di tangan Tuhan tiada siapa dapat menghalang.





Majlis perkahwinan kali ni agak lagi rileks berbanding tahun lepas. Tetamu pun yang datang tak seramai tahun lepas. Tapi  tetap ramai jugak. Persiapan kenduri kitorang buat cuma 2 minggu sebelum tu. Tapi,  berkatnya sampai hari jumaat tu kitorang masih buat sebab ade yang tak complete lagi. Punya la saudara mara yang berhempas pulas nak masukkn bookmark kt dalam berkat. Agak memenatkan L
kenduri pada hari sabtu memang sangat sibuk dan memenatkan. Memandangkan hari tu banyak kenduri, so memang orang ramai yang datang sehari sebelum tu. That’s means sehari sebelum tu aku dah tak cukup tangan ( bajet je).so, lepas manghrib tu aku amik keputusan nak baring2 kejap la.last2 aku tertido pulak sampai la azan isyak. Bangun je tido, badan rase seram sejuk giler. Kepala berat giler. Memang rase macam nak demam je. Tapi gagahkan jugak diri ni nak tengok para tetamu.huhuhu…
esoknya badan aku masih belum kebah dan pening aku pun masih belum surut. Memang ikut hati nak tido je dalam bilik. Tapi macam tak sopan pulak…. Rupa2nya aku jadi macam ni sebab aku tak makan.hihihi. kenduri bukan main banyak makanan, tapi masuk angin jugak. Sebenarnya bukan tak sempat atau tak nak makan, tapi takde selera. Maklum la teruja sangat dapat abang ipar baru J 






Pada sebelah malam acara wajib bagi famili kitorang ialah makan2 sambil BBQ. walaupun mase ni semue orang matenye nak tak nak je nak bukak, tapi tetap jugak kene datang. mase tu pengantin baru akan dikenalkan dengan makcik pakcik dan sanak saudara yang lain.




abang ipar aku orang ijok, kuala Selangor je. So tak berape jauh la. Dalam lingkungan 1 jam dah sampai. Majlis bertandang di belah lelaki dibuat hari Ahadnya. Ramai gler yang ikut mengiring. Aku rase ade lebih 15 kete yang ikut iring.tapi mase balik tu tinggal sikit je sebab ramai yang terus balik ke kotaraya. Memang sangat meriah la masa tu. Semua saudara mara berkumpul. Sembang2, makan2, gelak tawa same2…  so happy J






                                                                      hashim's big family..
dan kepenatan daripada kenduri tu terpakse my family tanggung berhari-hari. Kemas barang, kemas rumah, susun pekakas, bersihkan halaman rumah dan sebagainya semue kitorang kene buat. So tired. Badan pun asyik lesu je. Mata pun asyik ngantuk je…. Apapun, memang best kenduri kali ni… thanks to Allah…