Tuesday, May 29, 2012

Pilihan Terbaikku...

Tanggal 25hb Mei 2012, aku memutuskan untuk meneruskan stam walau hati ini berat merelakan. Namun, takdir Allah siapa bisa menghalangnya. Walaupun stam pilihan yang aku pilih kini, tetapi tak bermaksud stam yang aku minat. Apapun, aku akan cuba untuk mengikhlaskan hati ini ^-^...

Mase aku membuat keputusan untuk stay stam........
Mase aku tengah konfius yang teramat hebat untuk buat keputusan..............
Mase aku tengah semangat untuk pergi ke matrik............
Mase umi memberitahu harapannya pada aku............
Mase aku belajar stam main2 dan gelak ketawe je..............

Semua tu aku ingat dan tak akan mudah untuk aku lupakan. Aku membuat satu pengorbanan kecil demi umiabi tercinta. Memang tipu kalau aku cakap aku langsung tak sedih meningglkan matrik. Tapi, walaupun aku nak sangat pegi matrik, hati aku sebenarnya tak pernah tenang bila aku nak uruskan tentang matrik. Lepas tu boleh pulak mase aku semangat nak uruskan matrik tu internet slow. Susah giler nak download borang. Nak tau pasal pendaftaran. Memang sangat payah dan menguji kesabaranku. Umi pun cakap : " Ntah2..ini jawapan istikharah wa..."

Mungkin betul!!! So, aku mempositifkan akal fikiran dan jiwa raga ini untuk meneruskan stam dan membuang matrik. Mase tu yang taau pasal perasaan ni hanya Allah je... 
THINK POSITIVE NAJWA... U CAN DO IT WELL....

Mase dah dapat tiupan semangat istikharahku ini...Kakang Muaz telefon rumah.dan kebetulan umi yang angkat..
" Najwa dah uruskan matrik ke belum?"
" Internet slow. Lepas tu banyak file yang error. mungkin ini jawapan istikharahnya kot " umi menjelaskan dengan muke yang amat gembira...
" nanti kakang cuba buat kat sini. lepas tu kakang send ke email "

Try and error...akhirnya kakang berjaya hantarkan file matrik tu ke email aku. Punya la semangat yupapa uruskan pasal aku. semue file diprint berwarna lagi.

Last2.... aku mengumpulkan semangat jiwa ragu untuk meneruskan stam dengan hati yang amat tenang.



Moge ini keputusan yang terbaik buatku. Semoge aku boleh menggembirankan hati umi abi. Semoge aku mampu untuk merealisasikan harapan abiumi..Moge hati ini ikhlas untuk belajar ilmu agama..amiiiiin.....

Ikhlaskanlah hati ini Ya allah....
MUMTAZ!!!!

Tuesday, May 8, 2012

Pros and Cons...

Kalau tajuk tu salah, maafkan saya... Aku sebenarnya tak mahir bahasa penjajah ni. Bukan setakat xmahir, malah kadang2 tu benci pulak. Hahaha. Sebab tu la BI dpt C+. Padan muka...


Ok.. Tajuk tu bukan untuk dibahaskan. Masalah yang aku nak ulas ialah pro dan kontra untuk memilih masa depan.Semua yang korang pilih tu ialah yg terbaik sebenarnye.Ye la kan..Dah Allah yg tentukan.Mestila the best choice kn...


Masalahnya ialah aku. Aku yg membutakan mata untuk merenung tentang kebaikan dan keburukan itu. Matrik daftar 28 Mei. Makin lame makin dekat. Sekarang aku tengah belajar STAM dan dah mule yg syok kat sini. Tapi apalah ertinya syok tu padahal kalau dulu aku hanya sambil lewa je amik STAM.Jawapan matrik mesti diberi secepat mungkin.Dan sebenarnye aku dah tekan bukan 'terima' pun...Aku tak kenapa mase tu aku sangat ghairah untuk terima.


Hari untuk daftar matrik makin dekat. Dan, aku masih dalam dilema. Bukan aku tak buat istikharah. Tapi, gerak hati aku masih belum yakin. Nak kata mimpi pun xde la pulak.So, sekarang aku masih kebingungan.


Lebih kurang macam ni la gaya aku kalau aku confius..hodoh x???


Untuk mengelakkan kebingungan dan kekliruan ini terus menghantui hidupku, aku abaikan saje. Buat2 macam aku ni stay stam. Klau ada org tye samada nak pergi mane. Mulut dengan lancarnya menyebut " Saya tak pergi mana2.InsyaAllah sty stam." Memang mulut tak bertulang. Mudah menuturkan apa saja. Geram dengan mulut ni. Seandainya mereka2 yang bertanya ini tahu membaca isi hatiku, semestinya mereka cakap aku tipu. Sebab di hati lain, di mulut lagi lain...


Apa gunanya kalau aku stay stam semata-mata kawan. Atau hanya disebabkan xnak dok jauh dari umiabi and family. Memang menempah maut...Tapi, aku SAYANG sangat dengan kawan2 stam yang ceria, comel, baik, sporting dan suka layan aku bercakap. Dan yang paling aku sayang kat mereka ialah mereka sanggup tumpukan perhatian pada aku daripada cikgu kt depan mase aku bercerita..hahahaha...ini kawan yang memesongkan....


Bagi aku, ada baiknya kalau aku amik matrik. Sebab melatih aku berdikari susuk jauh dari mak bapak. Aku pernah mimpi, mak aku marah gler mase aku nak daftar matrik. Lepas daripada mimpi ngeri tu, hati aku langsung xtenang kalau cakap pasal matrik. Apakah petanda ini???? Adakah ini hidayah daripada Allah? Mungkin ya!!!


Dan diploma tu.....aku malas nak komen sebab memang aku dah reject. Tapi kadang2 sayang pulak. ARGHH... Memang hati dah lame menjerit bila fikirkan benda ni...


Serahkan jiwa dan ragamu ketika menghadapNya..


Pokoknya, aku pasrah dalam istikharah..Semoga aku diberi hidayah oleh Allah walau di mana jua aku berada...Pimpinlah hambaMu yang hina ini di jalan yang engkau redhai...Amiiin..


Yakinlah dengan petunjuk daripada isstikharah itu...Allah lebih tahu..


p/s: kat fb sekarang, semue kawan2 tgh bingung...hahaha...kite serupe la...apapun, semoge kawan2 aku memilih kos yang terbaik la. yang pentingnya ialah, bersungguh-sungguh walau kat mane pun....