Monday, June 27, 2011

Sekelip Mata Kau Berubah


Hari ni saja aku dah nangis hampir 5 kali.Kepala aku sakit sangat sebab lama gila aku nangis sebabkan fikirkan masalah dia.Kenapa masalah dia mesti aku susah payah sampai mengalirkan airmata???sebabnya aku sayang dia sangat2.aku rindu sangat2 dengn dia.aku cinta dia sangat2.tapi yang paling penting, aku dan dia pernah menjadi satu ketika dulu..

secara fitrahnya, aku seorang wanita yang diberikan oleh Allah dengan kekayaan airmata dan kerapuhan hati.tetapi, amat payah untuk aku gunakan kelebihan ini terutamanya dikhalayak ramai.aku amat menjaga ego daripada dijatuhkan hanya dengan titisan airmata wanita.Amat bahaya bagiku.aku sanggup mengetepikan orang lain hanya disebabkan egoku.betapa EGO nya aku.

Tapi hari ini aku tak mampu untuk menahan airmata dari terus mengalir.Aku berteleku di atas sejadah agar kau diberi kekuatan iman.Aku menangis semahuku dihadapanNya.Aku sedaya upaya menguatkan hati agar positif dengan masalah ini.tapi, aku menjadi lemah apabila aku melihat si dia yang amat aku kagumi dan hormati disebabkan ilmunya hanya memandang perkara ini dengan senyuman memerli dan sinis.Amat menyakitkan hati ini.Amat mengecewakan aku.Aku amat terkilan dengan perubahan drastic yang dia tunjukkan.

kenapa mesti dia tak kisah dengan masalah ini???sedangkan masalah ini semuanya berpunca daripada dia.YA…memang dia punca segala-galanya.disebabkan dia kehidupanku dipagut kekecewaan dan kesepian.disebabkan dia insane yang menyintainya setulus hati sentiasa berasa dalam kebimbangan.tapi kenapa dia buat bodoh je??tapi, takkanlah dia tak sedar tentang perubahan mimik muka aku dan orang lain terhadap dia??takkanlah dia tak tahu, yang mana benar dan yang mana salah???

Banyak lagi persoalan yang bermain dibenakku.Aku amat sedih dengan dia.sedih sangat2.dulu, aku dengan dia sama2 berkongsi kisah duka dan suka.tapi, hanya disebabkan kehadiran orang lain dalam hidup dia, dia agak menepikan aku dari hidupnya.betul ke??aku tak tahu..tapi, cukuplah dengan perbuatannya malam ini sudah membuat aku bersangka buruk dengan dia.memang aku akui, dia dah buat perkara baik terhadap aku terlampau banyak.dan disebabkan itu, aku semakin sayang dengan dia.dan aku amat takut jika dia meninggalkan diriku seorang diri.

Ya Allah, Kau berikanlah kesedaran kepada dia sebelum segalanya terlambat.Bukakanlah pintu hatinya agar dia dapat menerima teguran daripada orang yang mengasihinya.Kau pimpinlah dia kejalan kerahmatanMu.Kau eratkanlah hubungan kami sampai ke syurga.Dan jadikanlah masalah ini sebagai ruang untuk kami bersama dalam mengakkan syiar Islam.Kau jadikanlah hubungan ini hubungan yang mendapat kebekatan dariMu.Amin…..


Coretan : Terima kasih kepada Allah kerana sudi mendengar rintihan hambaMu yang kerdil lagi hina ini...
~Aku rindukan insan seperti dia~

Tuesday, June 14, 2011

wedding pics...

Hari tu aku hanya buat entry saja pasal perkahwinan kakak kembarku tanpa menyelitkan foto walau sekeping.Kali ni aku upload sikit gambar2 sepanjang majlis mereka.Minta maaf sekiranya gambarnya tak cantik.Maklumlah fotografernya tak berpengalaman lagi.hehehe...

 hahaha...ni la dia photographer yg belum lagi pro...

Sesudah akad nikah..Unah dan kamarol sama abi dan umi....

Unah dan Uyoh bersama kawannya..


Ni acara pada sebelah malam.Nampaknya mata yudibah dan yumayyah dah kuyu???masa ni dah penat giler..rasa macam nak tidur je..

Ni majlis bertandang belah Uyoh di Kedah...

Kakakku paling sporting..yudibah bersama sebahagian hadiah..

Acara pada sebelah malam jugak...penyampaian hadiah kepada kejubus2 oleh pengantin..uyoh dan faizul

Kami berposing dulu kat masjid sebelum pergi mengiring Uyoh di Kedah

Pengantin2 memotong kek..

Majlis belah lelaki Unah di Dewan Sri Bernam

Umi, pengantin (uyoh) dan aku..

Ni lah majlis kat rumah aku..pasangan unah dan kamarol (baju kuning ) ~ pasangan Uyoh dan faizul (baju hijau)

p/s : mintak maaf sangat2 sebab gambar tak tersusun...tak tau macamana nak adjust...lagipun dah ngantuk giler ni..ok lah.


Sunday, June 5, 2011

Majlis Perkahwinan Kakak Kembarku...

Kalau cuti sekolah bermula je, mesti Abi dan Umi dapat kad jemputan kenduri banyak sangat.Kalau tahun2 lepas, aku hanya ikut saje umi dan abi pergi kenduri kat mana2.Tapi, tahun ni aku pulak yang kenduri.Masa majlis tengah berlangsung, boleh pulak terfikir macam mimpi je rasanya jadi tuan rumah untuk majlis yang besar macam ni.ececeh...Kalau majlis perkahwinan mestilah banyak acaranya.Antaranya,...

1)Majlis Akad Nikah

Tanggal 3 Jun 2011 kakak kembar tercintaku telah mengakhiri zaman bujangnya dengan jayanya.Majlis akad nikah dijalankan dengan penuh meriah dan sederhana.Masa ni aku hanya tengok secara intai2 je sebab waktu tu kat surau ramai sangat orang.Tapi dapat la jugak tengok majlis tu walaupun sekejap sangat sebab masa tu Hayati Rahim tengah datang.Tetamu tetap kena disambut walaupun dalam keadaan sibuk yang teramat sangat.hehehe.

2)Majlis Perkahwinan Belah Perempuan

Majlis perkahwinan belah perempuan ni makudnya kat rumah aku la.Ini merupakan majlis pertama untuk keluarga kami, so jumlah tetamu yang hadir agak diluar jangkaan sikit la.Ingat kan yang datang macam biasa je, rupa-rupanya sampai tak menang tangan umi melayan.Aku ditugaskan oleh umi untuk memberi berkat kepada tetamu2.So, memang tak tipu penat gilerrrrrrrr.Kaki aku ni sampai nak tercabut kot.Walaupun aku telah diberi tugas yangsibuk macam tu, tapi aku tetap menyempatkan diri untuk jadi photographer percuma wakil tunggal untuk keluarga aku.hehehe...Ceritanya amat panjang kat acara ni, tapi kalau nak diceritakan semua memang tak mampu la aku nak menaip.Nanti kalau ada rezeki, aku cerita kat entry yang akan datang ye..

3)Majlis makan2...

Majlis ni bukanlah majlis yang formal.Saja je makcik2 belah abi nak buat acara ni supaya dapat berkenalan la kononnya.Pengantin2 memotong kek dan kami ada bakar2 sikit.Ala2 BBQ la sebenarnya.Tapi, semua kerangnya yang dibakar hangus sampai isi dalamnya dah tinggal sekeping je.Nasib baik, pencicah sos yang diorang buat enak.Ada jugak yang sponsor ais krim untuk dimakan tapi bila macam2 sangat makanan, aiskrimnya tak disentuh pun.Cadang, lepas makan2 tu nak bukak hadiah, tapi semuanya dah syahid di medan katil.Maka tak jadi la bukak hadiah.Sampai sekarang hadiahnya tak terbukak.

4)Majlis Bertandang Yuunah

Since, Yuunah dapat dengan orang satu kampung je, maka majlis untuk yuunah dibuat pada keesokan harinya iaitu pada 5 Jun 2011.Majlis ni dibuat di Dewan Sri Bernam.Memang hangat sangat majlis ni.Tak nak komen banyak2 sangat la.

Sedih sangat sebenarnya bila kakak kita dah kahwin.Dulu masa kakak2ku semua masih bujang, nak sangat supaya kakak2ku cepat kawin.Rupa2nya tak best pun sebanarnya.Baru aku rasa sekarang ni.Apapun, tahniah untuk Yuunah dan Yuuyoh.Semoga berbahgia sampai ke syurga dan dirahmati Allha selalu.Semoga menjadi isteri yang mentaati suami dan anak yang solehah.Buatlah apa jua kerana Allah semata-mata.Kepada Yuunah, sabarlah diatas ujian hidup ini.Wa tau Yuunah mesti keliru kan????Semoga Yuunah diberi kekuatan iman dan semangat.InsyaAllah, Allah bersama dengan orang yang sabar.Kepada Yuuyoh, Semoga diberi kekuatan iman dalam meneruskan dugaan hidup.