Friday, March 25, 2011

Keruntuhan Akhlak Remaja Salah Siapa????

Alhamdulillah, aku masih diberi nikmat untuk berfikir dan membezakan antara yang hak dan batil.Aku amat tertarik untuk mengulas topik berkaitan dengan remaja.Sebabnya aku juga remaja yang punyai citarasa seperti  remaja lain yang normal.Tetapi, Allah memberi kita kelebihan iaitu akal fikiran untuk berfikir mana yang betul dan salah.Remaja kini semakin teruk dan hilang akhlak yang baik yang telah diterapkan ke dalam dirinya sejak kecil lagi.Siapa yang mesti disalahkan dalam masalah ini??Patutkah salahkah mereka ini???
1.       Ibubapa
Adakah salah ibubapa jika seseorang anak itu menjadi seorang yang buas sedangkan ibubapanya sudah menghantar anaknya itu ke sekolah agama yang bagus?Ibubapa selalu juga mengajar ilmu agama seperti mendidik anak2nya pergi ke surau atau masjid untuk mendengar tazkirah dan sebagainya.Tetapi, adakah itu sahaja usaha yang mesti si ibu dan si bapa lakukan kepada permata hatinya untuk menerapkan nilai murni?
2.       Adik-beradik
Adik-beradik merupakan insan yang paling dekat dengan kita selepas ibubapa.Adik-beradik kemungkinan mempunyai perasaan, citarasa, keinginan dan fizikal yang sama dengan kita.Mana tidaknya, mereka juga hasil sperm dan ovum yang sama dengan kita.Jadi, adik-beradik juga sebenarnya mesti memainkan tanggungjawabnya dengan betul untuk membimbing adik-beradiknya di landasan yang betul.Tetapi, mungkin keegoan seorang abang dan kakak yang tidak mahu mendengar nasihat adiknya kerana adiknya mempunyai usia yang lebih muda darinya.Jadi disebabkan itu, abang dan kakak yang keras kepala ini sanggup memekakkan telinga daripada mendengar nasihat adiknya itu hanya semata-mata usianya semakin muda.Ini merupakan tanggapan yang kolot dan merugikan.
3.       Kawan2
Kawan amat penting kepada individu terutamanya bagi pelajar sekolah.Tanpa kawan, hidup kita tak akan dipenuhi dengan gelak tawa yang comel dan tangisan yang syahdu.Tetapi, kita mestilah bijak untuk memilih kawan samada yang menjadi pembimbing kearah kebaikan atau kejahatan.Bila aku fikirkan sekali lagi, jika seseorang itu menyalahkan kawannya yang menjadi punca keruntuhan akhlaknya, kawannya itu berubah disebabkan apa?Tidakkah kawannya itu berubah disebabkan kawan juga?Atau mempunyai factor lain yang lebih spesifik?

4.       Guru2
Patutkah kita salahkan guru2 yang mengajar kita dengan bersungguh-sungguh itu?Mungkin ya guru juga menjadi punca.Sebabnya,  jika seorang guru itu menyuruh anak muridnya untuk menutup aurat, sedangkan guru itu pun pakai tudung hanya paras dada sahaja dan baju kurungnya pun jarang.Itukah nilai murni yang guru itu tunjukkan?Remaja amat peka terhadap perbuatan dan percakapan guru2nya terutama dalam perkara2 yang mazmumah.Pelajar akan pertikaikan di belakang gurunya itu.

5.       Masyarakat
Bagi remaja yang tinggal di Bandar metropolitan seperti KL, masyarakat di sana amat tidak senonoh dan tidak sesuai untuk mendidik anak2 yang masih suci di sana.Latar masyarakat yang tidak ubah seperti di Barat itu dengan pergaulan bebasnya, pakaian yang tidak menutup auratnya dan perkhidmatan awam yang teruknya memang amat mudah untuk si remaja terpengaruh dengan budaya seperti ini.Jadi buat ibubapa yang menyayangi anaknya, anda mestilah selalu memerhatikan setiap tingkahlaku anaknya.

 Duhai remaja,Kembalilah kepada Allah kerana Allah itu Maha Pengampun dosa2 yang lalu..

Angkara Cuti

Seperti biasa, pelajar sekolah amat peka dengan tarikh dan waktu cuti persekolahan terutamanya bagi pelajar yang malas sepertiku.Pada awal cuti, beria-ia aku merancang pelbagai aktiviti yang berfaedah yang boleh aku lakukan sepanjang cuti agar cutiku lebih bermakna.
Aku tak pernah pun merancang untuk memasukkan aktiviti jalan2 bersama keluarga di dalam perancangan masa cutiku.Kerana aku sudah masak dengan perangai anggota keluargaku ayng sentiasasibuk dengan tugas dan tanggungjawabnya.Sejak aku berada di bangku sekolah rendah lagi, aku amat jarang dibawa melancong ke merata tempat.Memang aku akui, kebosanan sering kali menerjah ke dalam diri ini.Dan setiap kali kebosanan itu hadir, pasti aku seakan ingin memberontak untuk menunjukkan keadaan diri ini agar umi abi tahu keinginan anaknya yang pelik ini.
Tetapi, kadang-kadang aku pujuk hati ini agar reda dengan takdir ini.Bila buka sekolah semula, aku akan menjadi pendengar yang setia untuk kawan2ku yang akan menceritakan pengalamannya sepanjang cuti persekolahan.Ada yang pergi balik kampung, pergi melancong dan sebagainya.Aku cemburu dengan mereka.Aku tak boleh nak balik kampung sebab kampung kedua-dua umi abi kat sekitar Sabak Bernam jugak.Itulah keburukan kahwin dengan orang dekat2 ni.Memang boleh untuk aku duduk di kampong dalam tempoh beberapa hari, tetapi hubungan aku dengan saudara-maraku dan nendaku yang amat dingin sekali menyebabkan aku berat hati untuk pergi ke kampong.
Bila umur sudah semakin banyak dan perangai juga semakin matang, aku semakin berfikiran terbuka dengan situasi ini.Lagipun, alah bisa tegal biasa.Semenjak kakak2ku semakin besar panjang, aku semakin kerap pula untuk bercuti walaupun sekadar pergi ke KL.Tetapi bagiku itu sudah cukup beruntung dan dapat juga menghilangkan bosan.
Oklah, bila segala planner aku sudah buat pada permulaan cuti, pada pengakhiran cutinya aku ingin melihat hasilnya.Tetapi, hampeh yang aku dapat.Kerja rumah satu pun aku tak buat.Nak ulangkaji pelajaran jauh panggang dari api.Walaupun aku tak pergi melancong yang menelan hari yang agak banyak, tetapi aku tetap tak Berjaya untuk membuat kerja rumah.Aku pun tak tahu kenapa..
Angkara cuti kerjaku tidak menjadi.Angkara cuti, aku menjadi sangat malas nak buat apa2.Aku jadi tak ada mood.Aku tak belajar. Aku semakin suka berkhayal.
Astaghfirullah…..Kalau tak di bagi cuti sibuk marah2.Bila dah di bagi cuti, sibuk membebel pulak.Slahkan cuti macam2.
Cuti memang tak salah, tapi kita yang salah dalam mengendalikan cuti.Di amana ada kemahuan disitu ada jalan….  Wallahua'lam..   

Inilah keje aku sepanjang cuti..Dok sibuk melayan kerenah aranab yg pelik2...Apapun, aku tetap sayang arnab yg comel....

Tuesday, March 8, 2011

Kata-kata semangat

Minggu ni aku sedang menduduki UP1..biase la..kalau time ujian ni, mesti kita akan berasa tension kan??Kita rasa semuanya serba tak boleh.Nak main internet, tak boleh.Nak tengok tv, lagi la tak boleh.So, kita akan akan rasa tertekan dan terbeban.

Sebenarnya, kalau seseorang itu sedang menduduki peperiksaan, kita tak boleh push dia suruh belajar sokmo.Sampai nak dengar lagu pun tak boleh.Kasi la mereka peluang untuk rehat kan..Selama ini mereka dah berhempas pulas dengan buku.Bila peperiksaan dah tiba, mereka boleh la goyang kaki je.Sebab semua persediaan mereka dah lakukan.tengok macam aku, masa UP sempat lagi update blog.hehehe

Tapi, untuk mereka yang baru terhegeh-hegeh nak buka buku masa nak peperiksaan.Jangan harapla boleh buat macam ni.Alamatnya, semua rekad peperiksaan, kene guna pen merah..

Aku suka sangat kalau orang kasi semangat kat aku.Aku rasa mcam aku dihargai.Hehehe..
Selalu sangat aku dapat kata2 semangat yang boleh melonjakkan usaha dan prestasi aku.Antaranya ialah :
" Usahalah selagi terdaya"
" Semakin kita rasa lelah dalam perjuangan, semakin dekat ALLAH dengan kita"
" Ikhlaskan hati.InsyaAllah, Allah akan permudahkan urusan menuntut ilmu kita"
" Rajinlah berdoa dan solat tahajjud supaya dipermudahkan segala urusan "
" never give up, Najwa"

Itulah antara kata2 semangat daripada sumber inspirasiku.Umi pernah kasi aku nasihat yang berbunyi " Kejayaan itu milik Allah.Dan kejayaan seseorang itu ialah rezeki yang Allah berikan untuk hambaNya".Itulah nasihat yang bisa melonjakkan hormon adrenalin ini untuk lari selaju-laju agar mendapat rezeki Allah.Tapi, kadang2 aku terfikir daripada nasihat yang umi kasi tu.Kejayaan itu memang milik Allah.Jadi, buat apa kita nak usaha sangat.Kalau Allah izinkan kita dapat.Kita dapat juga walaupun tak payah ulangkaji.Haiyaaa..Pening pulak bila fikirkan...

Sebenarnya, memang benar kejayaan itu milik mutlak Allah.Tapi, Allah berkuasa kasi kat saper2 jr yang Dia inginkan.Tapi semestinya bukan calang2 orang kan.Mesti la Allah nak kasi kepada orang yang rajin berusaha.Orang yang mendapat keberkatan guru2nya dan kedua ibubapanya.

inspirasiku...my family..

Thursday, March 3, 2011

Berusahalah selagi terdaya..

Minggu depan aku akan menduduki ujian prestasi untuk julung kalinya bagi tahun 2011.Tahun ini aku akan menduduki peperiksaan yang menentukan hidup dan matinya masa depan seseorang.Dan, semestinya aku inginkan masa depan aku hidup subur dihiasi impian yang mekar dengan indahnya.

Sebagai langkah permulaan, aku mestilah dapat keputusan yang mantap.Semestinya itu harapan aku.Tapi, Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.Aku inginkan keputusan yang hebat dengan dihiasi gred A, tetapi usaha aku hanyalah melayakkan aku untuk mendapat lulus semata.Sanggupkah aku melihat raut wajah inspirasi hatiku berduka dengan keputusan sebegini?Beginikah langkah permulaan yang aku orak untuk SPM tahun ini?Masa ingatkah aku tatkala aku menurunkan tandatangan dengan pihak tertentu agar aku mendapat keputusan cemerlang didalam setiap ujian yang dianjurkan oleh pihak sekolah?

Ayuh, Najwa!!!Jawablah!!!Aku memerlukan jawapan dari hati yang tulus darimu.Ingatlah Najwa!Hidup ini bukan sekadar untuk bersuka ria semata.Allah sentiasa melihat kita dan akan memberi balasan yang setimpal dengan perlakuan kita. Ikhlaskan hatimu kerana Allah.InsyaAllah, Allah akan mempermudahkan urusan kau..Oleh itu, berusahalah selagi terdaya..

By: Ku Berbicara Dalam Diam!!!