Saturday, December 21, 2013

menyesal?



Pernah tak dengar lagu menyesal yang penyanyinya Indonesian? Best kan lagu tu… 

Bukan itu yang aku nak ulas. Bukan jugak penyanyinya. Apatah lagi Negaranya.

Petang tadi, ada seorang kawan aku datang bilik. kami ralit sembang sampai lah masuk chapter lecturer ekonomi dia. Lecturer tu suruh pelajar2 ni “ cari perasaan menyesal hari ini jugak. Kalau taknya kamu akan menyesal sampai bila2.”

Pelikkan kata suruhan pensyarah tu? 

Tapi, rupa2nya memang betul sangat apa yang dia suruh tu. 

Meh aku huraikan….
 “kita dah nak final exam. Tapi, bila kamu buat soalan, kamu jawab soalan tu seolah-olah tak pernah belajar. Kamu tak rasa menyesal ke?”

Serentak mereka dalam kelas tutorial tu bersepakat gelengkan kepala.

“ saya mintak tolong kat kamu supaya cari lah perasaan menyesal tu sebelum exam. Kalau taknya kamu yang akan menyesal seumur hidup. Kerana bila timbulnya menyesal, baru kamu akan cuba untuk memahamkan lagi tajuk tu. Kamu akan buat banyak lagi latihan sampai kamu betul2 faham…… bla…bla…..”

Cuba perhatikan dan renungkan. Kita mampu mengubahnya. Kita mampu untuk mewujudkan perasaan ini. Tapi jangan wujudkan saja, usahanya takde. Sama2 berubah! Good luck!


new : baru2 ni result PMR keluar. tahniah kepada Ali, adik+anak bongsu dalam famili. nanti yu wa balik,  

Wednesday, February 6, 2013

Duhai Anak


Anak sangat la payah untuk menjaga seorang ibu atau bapa. Tetapi, mengapa ibu bapa sangat la menjaga anak2nya dengan penuh kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh. Besarnya kasih ibu bapa. Subhanallah!

Kenapa susuh sangat nak mengorbankan masa, tenaga, duit, kesihatan, kelapangan, keseronokan hanya untuk ibubapa yang sangat la banyaknya jasanya pada kita. Hingga tak mampu untuk diungkapkan dengan kata2. Tak nak cakap diri orang lain, cukuplah menilai diri sendiri bagaimana kita melayan ibubapa kita.

“ kamu kerja tak?” seorang ustazah memulakan bicaranya ketika aku berjumpa dengannya di sekolah.

“ tak kerja” hatiku seakan mengetahui apa yang cuba disampaikan.

“ kamu nak kerja tak?” aku memandang tepat ke arah matanya untuk mencari kepastian dan kebenaran. Ustazah seakan tahu maksud pandanganku.

“ ustazah serius ni. Sebelum kamu nak terbang ke mesir, kerja la dulu. Cari pahala. Cari duit.” Benar kata2 ustazah tu. Tapi ayat ‘ sebelum terbang ke mesir ’ membuatkan aku jadi ketawa sendiri.

“ teacher ---- dia nak cari maid untuk jaga mak ayah dia sakit. Senang je kerja kamu. Hanya kasi makan ubat je kat mak ayah dia.” Senang????? Memang la senang. Tapi sebabnya kena jaga mak ayah yang dah uzur amat la menuntut kesabaran yang maha tinggi. Kalau macam aku, yang hanya kesabarannya sebesar biji sawi ni? Layakkah untuk menjaga? Sabarkah aku? Sempat aku berfikir sebelum menjawab.

“ tak tahu lagi la, ustazah. Saya kena bagitahu mak ayah saya dulu.” Sepantas kilat aku melarikan diri untuk tidak mahu ditanya lagi berkaitan ini. Sesungguhnya, tawaran kerja ini amat la merimaskan aku!

Firman Allah Taala : dan sembahlah Allah dn jgnlah kamu mmpersekutuknNya dgn sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua org tua, karib kerabat, anak2 yatim, org2 miskin, tetangga dekat dan jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya yg kamu miliki. Sungguh allah tidak suka org yang sombong dan membanggakan diri. ( surah an-nisa’ : 36)

Allah telah menjelaskan bahwa setiap anak hendaklah berbuat baik sesama org tuanya dahulu. Kemudian barulah org2 lain di sekeliling kita. Kenapa Allah memerintahkan untuk kita mentaati ibubapa selepas allah menyuruh kita menyembahNya? Ini menunjukkan tahap ketaatan kepada ibubapa di tangga kedua selepas Allah. subhanaAllah! Maha suci Allah! Agungnya ibubapa itu.

Bukan tak nak berbakti untuk orang tua. Tapi, aku pun ada mak ayah. Aku pun bertanggungjawab menjaga ibubapaku sendiri. Walaupun mereka masih sihat walafiat, tetapi mereka juga perlukan perhatian seorang anak. Untuk saat ini, akulah satu2nya anak yang setia di rumah. Yang lain semua ada tanggungjawab lain. Biarlah….

Hati seorang ibubapa makin tua makin sensitive. Mereka sedih sebenarnya bila terpaksa berjauhan dengan anak2 tercinta. Tapi, nak buat macamana. Takdir tertulis sebegitu. aku selalu dengar, sapa2 yang jaga mak ayahnya mesti ada aja rungutannya. Bagi mereka yang tak mengerti, senang saja mengecop orang itu macam2.

Aku tahu macamana menjaga hati ibu yang semakin tua. Dengan anak2 dan cucu yang jauh. Seringkali membuat perbezaan. dia rajin. Dia pandai. Dia peramah. Dia kuat. Dia kreatif. Dia suka kucing. Dia suka kasi makan rabbit. Dia suka gardening. Dia bla bla bla dan bla. Ye la tu! Aku tahu, umi  rindukan anak2nya, sebab tu segala kebaikannya disebut. Selalu umi cerita tentang nasib anak2nya. Ada yang baik dan ada yang kontra. Bila umi cerita yang kontra, hanya Allah saja yang tahu hati ini. Memang la rasa nak nangis. Sedih sangat bila si ibu menceritakan isi hatinya yang sukar dimengerti oleh si anak. Duhai insan bergelar anak, fahamilah dan selamilah hati ibubapamu!

Memang rumit untuk menjaga sekeping hati ibu. Tapi, ketahuilah ianya nikmat bagi yang menghargai. Selalu sangat hati ni tak puas hati dengan cadangan, pilihan, keinginan, citarasa, perasaan umi. Hanya mampu bersabar. Dan terus bersabar. Semoga Allah memberikan kesabaran buatku. Tapi, pernah jua aku memberontak. Lepas dah puas memberontak, menyesal sungguh! Rasa macam akulah tanggang. Nau’zubillah.

Oleh tu, hargailah orang tuamu selagi mereka masih hidup. Ini nikmat buat kalian. Bagi siapa yang sudah tidak punyai ibubapa, doakanlah buat mereka. Sesungguhnya, doa anak yang soleh dan solehah akan diterima oleh Allah.  

 
Nota BR : aku banyak fokuskan kepada umi sebab biasanya umi lebih sensitive daripada abi. Apapun, umi abi WAJIB kita jagai, hormati, patuhi, sayangi, tolongi, cintai dan macam2 ‘i’ lagi…..

Thursday, January 31, 2013

Aku dan STAM

buat mereka yang tak tahu, ni la sijil STAM...gambar hiasan
 
Detik kelmarin menjadi saat yang ditunggu2 walau ianya satu debaran ( ayat giler skema ) tapi, aku tak rasa sedebar masa ambik result PMR, SMA dan SPM. Alhamdulillah, STAM ni merupakan peperiksaan besar yang keempat aku tempuhi.

Bila sebut je pasal STAM, aku akan teringat macamana perasaan, harapan dan keinginan aku first2 aku masuk. Sampai la bila dah kuar result SPM, aku rasa nak cabut. Rasa sangat la tak mampu menampung almost 20 madah yang mantop2 semuanya. Dengan kawan2 seorang2 dah angkat kaki dari STAM, memang la sangat mencabar kesabaran aku. Ikutkan hati, saat dan minit tu jugak aku nak cabut. Tapi, demi harapan umi abi tersayang aku gagahkan, tabahkan, kuatkan, sabarkan diri ini untuk bertahan dan terus bertahan hinggalah ke akhirnya. Alhamdulillah, kekuatanMu dan pertolonganMu sentiasa kunikamati di setiap perjunganku.

Meneruskan pelajaran dengan hati yang agak terpaksa memberi aku impak dan tamparan yang sangat besar pada  natijah2 imtihan aku. Dari ujian hinggalah PAT, ada aje madah yang aku dapat rasib. Memang malu! Kesian kat umi abi. Masa trial, memang aku cuba untuk meluluskan kesemua madah. Terasa macam itu satu bebanan yang menyesakkan saluran pernafasanku dan menghentam kepalaku. Memang sangat la susah, bila dah last minit baru nak pulun semua buku. FUHHHH!

Firman Allah S.W.T : maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan…. ( surah al-insyirah :5,6 )

Benar, janji Allah itu pasti. Dia akan membantu hamba2Nya yang kerdil ini dengan pertolongan Yang Maha Hebat yang turun tanpa disangka. Subhanallah! Allahuakbar!

Tapi, ujian Allah sentiasa ada untuk meningkatkan tahap kesabaran dan keimanan hambaNya. Masa trial, aku seakan-akan menghampiri rasib sekali lagi. Tu pun ada extra markah. Dapat la jugak aku rasa jayyid. Ustazah2 semua dah risau dengan aku. Macam2 yang ustazah cakap. Pekakkan telinga dan keraskan hati.

Masa tu aku tekadkan hati untuk mulakan pecutan terakhir. Lari selaju-lajunya. Struggle and  more struggle and most struggle. Namun, apalah dayaku untuk buat itu semua dalam masa less than 2 month. Untuk mengcover 20 madah. Untuk menjawab ratusan kertas soalan tahun2 lepas. Untuk membaca  ribuan muka surat. Untuk   menghafal jutaan malah mungkin billion ayat2 dan perkataan2 bahasa arab. Sangat la tak mampu! Pulak tu, kawan2 aku semuanya hard belajar. Masa aku baru nak bukak buku, mereka dah hafal puluhan mukasurat. Masa aku baru terkial-kial jawab soalan, mereka dah jawab berhelai2 kertas. Sangat la menduga. Tapi, sebenarnya mereka inspirasiku. Mereka memaksa aku untuk bersaing. Mereka membantu aku untuk terus melangkah dan bangkit. Syukran kathiran a’la kullihal, ya sodiqi. Jasamu dikenang. Sayang u allllll!

Sangat la sakit berjuang di saat akhir. Lepas ni tak nak buat lagi! Alhamdulillah, walaupun usahaku hanyalah sedikit dan di saat akhir, Allah tetap berikan aku keputusan yang agak baik. Justeru, sangat la berbesar hati untuk aku merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada mereka2 yang membantu secara langsung dan tisak langsung ( sori, ayat skema sekali lagi )

·         The most important, my parents yang memberikan aku kepercayaan untuk ambik STAM. Yang sabar layan karenah aku. Pergi berhantar, balik berjemput. Thanks very much, abi umi. Akan anakmu ini balas jasa baikmu itu.

·         Sejuta terima kasih kepada adik beradik tercinta yang selalu memberi kata2 semangat untuk terus bangkit dari terjatuh. Memberiku tunjuk ajar yang sangat banyak.

·         Kepada ustaz ustazah yang istiqamah mendidik anak2 murid sepertiku. Yang sangat la malas untuk hafal dan baca buku. Yang selalu mendoakan yang terbaik buat anak2 didikmu. Halalkan ilmu yangdi berikan.

·         Kawan2, sahabat2, teman2 seperjuangan yang bergandingan bahu menuju mumtaz sofi. Walaupun gagal memeperolehinya, tetapi syukurlah dengan natijah itu. Sesungguhnya, itulah yang selayaknya untuk kita. Terima yang tak terhingga di atas tunjuk ajar kalian. Di dalam kelas yang sama, sekolah yang sama, rehlah sama2 dan tekad yang sama iaitu belajar kerana Allah. Kenangan itu sangat la indah dan tak akan aku lupakan saat itu. Mabruk a’la natijah antum, antunna sekalian. Luv u all!

Sekarang, aku dah mula nak isi2 borang upu. Tapi, konon2nya nak ke timur tengah. Ntah la…..Ya Allah, berilah aku petunjuk dalam kehidupanku ini..