Tuesday, May 31, 2011

Maafkan diriku tak sempurna

Aku dah tak sanggup nak dengar keluhan daripada dia.Aku dah tak mampu nak mengahdap muka dia yang sentiasa tegang.Aku tak suka nak mengalami keadaan yang serabut macam ni lagi.Aku tak nak bermusuhan dengan sesiapa.Aku dah tak betah nak layan perasaan dia.AKU DAH BOSAN dengan semua ini....

Sebagai manusia biasa,semestinya semua orang takkan terlepas dari palitan dosa yang tidak kita ketahui.Dan semestinya kita pasti akan ada orang yang benci kita dan kita benci orang.Semestinya kita akan selalu terleka dengan tugas kita sebagai khalifah di bumi ini.Pasti kita akan melalui semuanya itu.Sebab itu lumrah alam.Kena la pandai2 jaga maruah sendiri kan.

Tapi, kenapa aku amat2 tak puas hati dengan dia?Kenapa mesti dia menggangu hidup aku?Kenapa dia tak pernah risau perihal perasaanku?Kenapa dia tak pernah menunjukkan sikap yang baik dihadapanku?Kenapa dia selalu buat aku marah?Kenapa dia tergamak malukan aku depan oraang ramai??Kenapa???Adakah dia merasa seperti yang aku rasa????

Aku pernah terfikir, mungkin ini merupakan kifarah Allah kepada aku.KAdang2 aku dah tak sanggup nak bersosial dengan masyarakat sebab aku takut terpaksa berjumpa dengan sikap macam tu lagi.Aku tak tahu macamana nak tegur dia.Aku belum ada kekuatan nak tegur dia dengan cara yang berhemah.Mudah-mudahan Allah bukakan hati dia untuk muhasabah diri dan memperbaiki diri sendiri.Walaupun aku terlalu geram dengan dia, tapi dia tetap saudara seislamku.Aku tetap memerlukan dia dalam hidup...

Kepada si dia.Maafkan aku tak sempurna seperti yang kau harapkan.Aku tak mampu nak menggembirakan hidupmu.Tetapi, dengan kehadiranmu dalam hidupku, kau dah terlalu menggembirakan hidup.Aku amat menghargaimu.Terima kasih kerana sanggup menjadi pendamping stiaku.Maafkan aku jika tak jadi seperti yang kau inginkan.Carilah insan lain yang lebih sempurna seandainya itu yang kau mahu...Semoga kau kan ketemu insan yang mampu membahagiakanmu suatu hari nanti...Luv U!!!!

Monday, May 23, 2011

Dia saudaraku..

rada rindu sangat nak tulis blog hari2 macam dulu2.Tapi, skrang ni tengah musim study+kenduri.busy sangat2 aku rasa.padahal bukannya aku pun yang kenduri.Aku hanya menyibukkan diri je bila Umi pun mula sibuk dengan persiapan kenduri.


bila dah nak mula sekolah ni, banyak sangat jemputan kenduri yang Abi dapat.Sepupu-sepapat aku pun ramai pulak yang kawen tahun ni,Tahun ni aje Mbah akan dapat menantu sampai 5 orang.Nak buat macamane, jodoh dah sampai.kalau tak kawen, nanti dicakap lagi macam2 kan..Aku tak tau la kenapa kan, tahun ni aku rajin pulak nak ikut Umi dan Abi pergi kenduri kat mane2 jee.


Ada suatu hari tu, sepupu aku kawen.Aku pun pergi la bersama keluarga.Sampai je kat rumah makcik aku tu, aku jumpa ramai sangat orang2 asing yang tak pernah hidup dalma keluarga aku.Tapi, aku tengok Umi dan sepupu2ku yang lain rancak bersembang dengan mereka2 yang asing tu.Bila aku tanya Umi, rupa-rupanya mereka2 tu saudara2ku yang dekat hubungan kekeluargaannya sebenarnya.tapi, disebabkan mungkin kitorang duduk jauh, sebab tu la kitorang tak kenal pun dengan mereka walaupun mereka itu hanya sepupuku.


Aku seorang yang amat pasif apabila berdepan dengan sepupu2ku baik belah Abi apatah lagi Umi.aku tak tahu kenapa, aku macam susah sangat nak sesuaikan diri aku dengan mereka.Bukannya sebab mereka teruk ataupun jahat.Tapi, secara automatik, bila berdepan dengan mereka aku akan diam seribu bahasa.Kadang2 aku teringin jugak nak rapat dengan sepupu2 sepertimana kawan2 lain.Aku sedih jugak bila aku tak pernah pun tahu pasal perkembangan sepupu2ku.tapi, tak ape la mungkin bukan kat dunia ni kot masa yang sesuai untuk aku rapat2 dengan sepupu2ku.mungkin kat akhirat...amiiin..


p/s : jemput datang ke kenduri kakak kembarku pada 4hb jun ini..
aku bersama bakal2 pengantin..

Friday, May 6, 2011

Old Story...

Cerita ni dah lama sangat berlaku.Hampir 2 minggu lebih dah.Tapi, aku tetap ingin cerita kat sini...

Hari tu ada perlawanan catur Daerah Sabak Bernam.Aku mewakili pelajar2 SAMM Pekan Sabak telah pergi la bertanding kat SMK Sungai Besar.Wakil2 SAMMPS ni terlebih semangat sebabnya kitaorang datang sehari sebelum pertandingan.Cikgu pengiring bukan main mengamuk lagi bila skuad2 catur ni dah bersemangat nak lawan, tiba2 hakim2 tu cakap, hari ni sekolah rendah sahaja.Malu sangat masa tu.
Lepas tu skuad2 catur ni balik la sekolah semula.Nak masuk kelas malu sebab terlebih semangat pakai baju t-shirt koko.So, cikgu pun suruh la kitaorang latih kat dewan.Dari pukul 9.00 pagi sampai la pukul 2.30 petang, kitorang kat dalam dewan tu dengan pelbagai karenah masing2.Bosan giler sebabnya sepanjang latihan tu asyik kalah je lawan dengan skuad2 catur yang lain.
Keesokannya pada 27 April 2011, skuad2 catur ni dihantar semula ke SMK Sg Besar.Nasib baik hari tu betul2 untuk kategori sekolah menengah.Masuk je pintu pagar utama sekolah tu masih rileks lagi.Tapi, skuad2 lain semuanya dah gabra.Ada yang sampai sakit perut sebab cuak giler.Aku ni bajet hebat la.Langsung tak cuak.Padahal pusingan pertama aku dah terkantoi.Dah la check mate dalam masa 1 minit je kot.Malu sangat masa tu.Keluar2 je semua orang pelik.Termasuk teacher Suraya yang terkejut beruk giler bila aku dah dikalahkan.
Tapi, aku tetap teruskan perlawanan walaupun masih berbaki lagi rasa malu tu.Aku lawan pusingan kedua still dengan sekolah yang sama macam pusingan pertama iaitu skuad daripada SMKA Simpang Lima.Aku kalah lagi masa ni.Pusingan ketiga aku bertarung dengan budak STARP.Budak ni kerek giler.Menyampah aku..Dah la selalu giler duat touch move.Tapi, bila aku buat cepat2 je tegur.Bila dia tegur je,aku akan pandang slack giler dengan dia..
Pusingan keeempat aku teruskan dengan hati yang bengang disebabkan sikap budak STARP yang kurang ajar giler tu.Alhamdulillah, untuk pusingan keempat ni aku menang.Tapi, lama giler nak kalahkan dia.Sampai la semua dewan dah ditutup untuk berehat seketika.Pusingan kelima, aku hanya mampu seri jee dengan pihak lawan.Pusingan keenam aku kalah lagi.So,jumlah keseluruhannya ialah 1 ½ sahaja markah aku.
Rasa tak puas hati pun ada.Tapi, perkara dah terjadi kan.Terima saja dengan rela hati.Tak ape, lain kali kalau ada peluang, aku akan main dengan semangat sekali.hehehe…kadang2 rasa serik dengan catur pun ada.Sebabnya dah selalu sangat kalah..