Friday, May 6, 2011

Old Story...

Cerita ni dah lama sangat berlaku.Hampir 2 minggu lebih dah.Tapi, aku tetap ingin cerita kat sini...

Hari tu ada perlawanan catur Daerah Sabak Bernam.Aku mewakili pelajar2 SAMM Pekan Sabak telah pergi la bertanding kat SMK Sungai Besar.Wakil2 SAMMPS ni terlebih semangat sebabnya kitaorang datang sehari sebelum pertandingan.Cikgu pengiring bukan main mengamuk lagi bila skuad2 catur ni dah bersemangat nak lawan, tiba2 hakim2 tu cakap, hari ni sekolah rendah sahaja.Malu sangat masa tu.
Lepas tu skuad2 catur ni balik la sekolah semula.Nak masuk kelas malu sebab terlebih semangat pakai baju t-shirt koko.So, cikgu pun suruh la kitaorang latih kat dewan.Dari pukul 9.00 pagi sampai la pukul 2.30 petang, kitorang kat dalam dewan tu dengan pelbagai karenah masing2.Bosan giler sebabnya sepanjang latihan tu asyik kalah je lawan dengan skuad2 catur yang lain.
Keesokannya pada 27 April 2011, skuad2 catur ni dihantar semula ke SMK Sg Besar.Nasib baik hari tu betul2 untuk kategori sekolah menengah.Masuk je pintu pagar utama sekolah tu masih rileks lagi.Tapi, skuad2 lain semuanya dah gabra.Ada yang sampai sakit perut sebab cuak giler.Aku ni bajet hebat la.Langsung tak cuak.Padahal pusingan pertama aku dah terkantoi.Dah la check mate dalam masa 1 minit je kot.Malu sangat masa tu.Keluar2 je semua orang pelik.Termasuk teacher Suraya yang terkejut beruk giler bila aku dah dikalahkan.
Tapi, aku tetap teruskan perlawanan walaupun masih berbaki lagi rasa malu tu.Aku lawan pusingan kedua still dengan sekolah yang sama macam pusingan pertama iaitu skuad daripada SMKA Simpang Lima.Aku kalah lagi masa ni.Pusingan ketiga aku bertarung dengan budak STARP.Budak ni kerek giler.Menyampah aku..Dah la selalu giler duat touch move.Tapi, bila aku buat cepat2 je tegur.Bila dia tegur je,aku akan pandang slack giler dengan dia..
Pusingan keeempat aku teruskan dengan hati yang bengang disebabkan sikap budak STARP yang kurang ajar giler tu.Alhamdulillah, untuk pusingan keempat ni aku menang.Tapi, lama giler nak kalahkan dia.Sampai la semua dewan dah ditutup untuk berehat seketika.Pusingan kelima, aku hanya mampu seri jee dengan pihak lawan.Pusingan keenam aku kalah lagi.So,jumlah keseluruhannya ialah 1 ½ sahaja markah aku.
Rasa tak puas hati pun ada.Tapi, perkara dah terjadi kan.Terima saja dengan rela hati.Tak ape, lain kali kalau ada peluang, aku akan main dengan semangat sekali.hehehe…kadang2 rasa serik dengan catur pun ada.Sebabnya dah selalu sangat kalah..

No comments:

Post a Comment