Tuesday, May 31, 2011

Maafkan diriku tak sempurna

Aku dah tak sanggup nak dengar keluhan daripada dia.Aku dah tak mampu nak mengahdap muka dia yang sentiasa tegang.Aku tak suka nak mengalami keadaan yang serabut macam ni lagi.Aku tak nak bermusuhan dengan sesiapa.Aku dah tak betah nak layan perasaan dia.AKU DAH BOSAN dengan semua ini....

Sebagai manusia biasa,semestinya semua orang takkan terlepas dari palitan dosa yang tidak kita ketahui.Dan semestinya kita pasti akan ada orang yang benci kita dan kita benci orang.Semestinya kita akan selalu terleka dengan tugas kita sebagai khalifah di bumi ini.Pasti kita akan melalui semuanya itu.Sebab itu lumrah alam.Kena la pandai2 jaga maruah sendiri kan.

Tapi, kenapa aku amat2 tak puas hati dengan dia?Kenapa mesti dia menggangu hidup aku?Kenapa dia tak pernah risau perihal perasaanku?Kenapa dia tak pernah menunjukkan sikap yang baik dihadapanku?Kenapa dia selalu buat aku marah?Kenapa dia tergamak malukan aku depan oraang ramai??Kenapa???Adakah dia merasa seperti yang aku rasa????

Aku pernah terfikir, mungkin ini merupakan kifarah Allah kepada aku.KAdang2 aku dah tak sanggup nak bersosial dengan masyarakat sebab aku takut terpaksa berjumpa dengan sikap macam tu lagi.Aku tak tahu macamana nak tegur dia.Aku belum ada kekuatan nak tegur dia dengan cara yang berhemah.Mudah-mudahan Allah bukakan hati dia untuk muhasabah diri dan memperbaiki diri sendiri.Walaupun aku terlalu geram dengan dia, tapi dia tetap saudara seislamku.Aku tetap memerlukan dia dalam hidup...

Kepada si dia.Maafkan aku tak sempurna seperti yang kau harapkan.Aku tak mampu nak menggembirakan hidupmu.Tetapi, dengan kehadiranmu dalam hidupku, kau dah terlalu menggembirakan hidup.Aku amat menghargaimu.Terima kasih kerana sanggup menjadi pendamping stiaku.Maafkan aku jika tak jadi seperti yang kau inginkan.Carilah insan lain yang lebih sempurna seandainya itu yang kau mahu...Semoga kau kan ketemu insan yang mampu membahagiakanmu suatu hari nanti...Luv U!!!!

No comments:

Post a Comment