Friday, February 25, 2011

Itukah Pemimpin Aku????

Hari ini seperti biasa sekolah aku yang tercinta akan mengadakan perhimpunan mingguan.Usually, this assembly was helding at school hall.But, this week, this assembly was helding at surau.Semua orang masuklah ke surau yang sederhana besar itu dengan berpusu-pusu.Aku pun tak tahu la apa yang nak dikejarkan.Mungkin mereka itu berebutkan tiang supaya senang untuk melelapkan mata (aku pun sebenarnya pun tergolong dalam golongan ini).
Perhimpunan dimulai dengan membaca surah Yassin untuk mendapatkan keberkatan Allah.Habis baca Yasin, ucapan guru-guru yang bertugas.Lastly, ucapan penutup oleh Ketua Umum Sekolah.Seorang pelajar tingkatan 5 yang amat disegani oleh para pelajar.aku tak tahu la apa sebab  yang membuatkan mereka takuti dengan K.U ini.Tapi, aku sebagai kawan sebaya dia.Aku cukup menyampah dengan perangai hipokrit giler dan bajet giler dia ini.Cuba bayangkan, waktu dia sedang kasi kata-kata terakhir, mulut dia asyik mengunyah aje.Apa yang dimakan entah.Dari mula assembly sampai akhir, tak henti2.Mungkin dia makan sireh kot..
Tolonglah!!!Kalau nak menunjuk-nunjuk tu, tak payah kat depan aku la..Dia mungkin nak tunjukkan, dia K.U, dia boleh buat sesuka hati dia.Dia fikir dia paling berkuasa kot.Dia fikir dia bagus kot.Lantak ko la…Yang penting kita sekolah ini, biarlah mendapat keberkatan daripada guru2,kawan2 dan adik2.Ko tak dapat keberkatan mereka, sia-sialah belajar ko.Sia-sialah juga sijil koko ko yang semestinya ko dapat pangkat A tu.Tak ada gunanya la…..
Kenangan bersama teman seperjuangan 4 Akaun 1 bagi tahun 2010..

P/S : mintak maaf kerana teremosi sikit pada entry kali ini.Hati ini memang cukup sakit dan bengang...
Peringatan ini juga sebenarnya untuk diri ini juga...

Saturday, February 19, 2011

Hati Kata Cinta...

Awak tahu tak
Awak lah orang pertama yang ketuk pintu hati saya
Awak kenalkan saya cinta
Awak kenalkan saya rindu
Awak kenalkan saya sayang


Awak tahu tak macamana saya boleh terpikat dengan awak?
Masa tu ada perkhemahan
Ustaz suruh awak azan subuh
Hati saya terusik bila dengar awak azan
Suara awak mendayu-dayu
Syahdu sangat


Sejak hari tu, saya pendam perasaan kat awak
Saya selalu perhatikan awak
Saya ingatkan saya hanya bertepuk sebelah tangan
Rupa-rupanya awak balas tepukan tangan saya
Tapi awak tak pernah pun terus-terang
Saya hanya tahu selepas mata kita selalu bersatu
Mula2 saya ingatkan itu hanya satu kebetulan
Sampailah suatu hari tu awak senyum kat saya
Manis sangat senyuman awak tu
Saya takkan boleh lupa sampai sekarang


Semenjak tu, bila mata kita bersatu
Mesti jantung saya berdegup kencang
Kata2 saya semakin gugup
Kenapa ni awak??
Awak,inikah cinta??

Thursday, February 17, 2011

Anggora Yang Cute Sgt2....

Hari ni hatiku tertarik untuk bercerita perihal arnab kesayanganku yang cute sgt2.Sebenarnya arnab aku bukanlah arnab jenis Anggora yang mempunyai telinga yang besar dan panjangnya luar biasa atau mempunyai bulu yang kembang cantik.Arnab aku baka biasa saja.Arnab baka Malaysia yang mempunyai saiz badan yang kecik,telinga yang tak panjang sangat. Bulunya mengembang sebab tak pernah dimandikan dan yang penting ciri2nya ialah muka yang amat cute.Suka sangat tengok arnab masa peringkat baby dan kanak2.Bahagia sangat bila tengok arnab2 yang cute tu lari2 sesama adik-beradiknya.Tapi agak tak suka bila arnab itu dah menginjak ke tahap remaja.Tahap ini merupakan tahap bermulanya aktif yang teramat sangat.Bila nampak orang nak kasi makan , cepat2 Anggora2 yang cute itu serbu depan pintu.Nampak sangat kebulur arnab2 aku ini walaupun dah dikasi makan penuh.Memang dasar binatang kan.Tak pernah puas.Aku rasa kalau dihadapkan seguni makanan arnab dalam masa sehari, sudah boleh habis makanan tu.LAHAP!!
Lepas tu, arnab2 ni tak macam kucing yang suka sangat menunjukkan kealimannya dihadapan tuannya( alim-alim kucing) terutama bila nampak tuannya bawa whiskers.Arnab2 yang cute ni, kalau nampak tuannya yang cute ni nak kasi makanan, dia akan meluru ke pintu masuk dan akan gigit baju tuannya.Kalau yang kecik gigit, tak rasa langsung.Tapi, kalau mama dan papa Anggora yang gigit, rasa macam nak tumbuk biar sampai jadi cekodok.SAKIT!!!
Baru2 ini, mama angora 1 dan mama Anggora 2 telah melahirkan 6 dan 4 ekor anak arnab masing2.Cute sangat.Mama Anggora 1, anak2nya dah besar sikit.Dah boleh tidur luar.Dah boleh makan dan minum sendiri.Dah kurang nenen susu mamanya.Kalau mama Anggora 2, anaknya masih mentah.Baru belajar nak tumbuh bulu.Tidur pun masih dibawah bumbung yang sama dengan aku(dalam rumah la).Mama Anggora 2 amat ganas.Bila aku angkat mama untuk paksa mama kasi susu kat baby, mama akan bertindak dengan ganasnya.Tangan inilah yang selalu terima cakaran daripada kuku yang tak pernah dipotong atau gigitan daripada gigi yang tak pernah dibasuh.Lepas tu, bila mama dah rasa bosan sebab paksa dia kasi susu kat baby2nya, dia akan sedaya upaya untuk melarikan diri.Kadang2 dia akan mengeluarkan suara marahnya seakan2 harimau yang kelaparan( over je).Kak Kina yang selalu cakap macam itu sebenarnya.
Memang kadang2 tension layan arnab Anggora tiruan yang cute ni.Lebih2 lagi bila seharian kat sekolah.Balik terus kena hadap aksi terlalu ganas dan over aktif ni.Tapi, aku tak boleh marah.Sebab aku yang cari penyakit ini.Hehehe.Apapun, kadang2 gelagat Anggora tu menghiburkan hati ini apabila sedang diuji denga dugaan.Anggora juga akan setia menemani aku bila aku kesunyian.Walaupun Anggora tak akan faham hati dan perasaan ini, tapi aku tetap mengiktiraf Anggora sebagai kawan aku.Kerana Anggora juga perlukan penghargaan itu juga sebenarnya (mengikut firasat aku semata).
Ku Berbicara, Terima kasih Anggora sebab sebab sudi jadi kawan aku...(kalau Anggora boleh baca ni, mesti Anggora akan menangis keharuan)...
Ayam Mutiara nak berkawan dengan Anggora hitam

Anggora tengah makan lobak...

Friday, February 4, 2011

Selamat berkhidmat Semula,kakakku...

Hari ni abi,umi,kakang,yudibah,ali dan zaid hantar yumayyah ke LCCT selepas seminggu yumayyah cuti raya cina.seawal pukul 5.30 pagi, meraka dah bertolak.Aku menyalami Yumayyah dalam keadaan separuh sedar.Maklumlah, baru bangun tidur.Walaupun tika itu aku dalam keadaan mamai, otak aku dapat mentafsir dengan baik segala nasihat Yumayyah.Thanks, Yumayyah for de wish..Akan aku jadikan sebagai pendorongku.
Dalam diam,aku kagumi pengorbanan Yumayyah dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik anak bangsa.Baru hari Jumaat Yumayyah dah balik ke Negeri Bawah Bayu.Walaupun aku tahu, Yumayyah pun sebenarnya tak suka dengan situasi ini.Tapi, apa nak dibuat, itulah takdir yang terbaiknya untuk yumayyah.Aku harap yumayyah tabah dan gigih dalam perjuangannya.
Yumayyah mula mengajar lebih kurang bulan 7 tahun lepas.Masih ingat tatkala Yumayyah memberitahu kepada umi tentang takdirnya yang dihantar ke Sabah untuk mendidik anak bangsa yang lebih memerlukan Yumayyah di negeri itu.Umi terus senyap dan terus amik air sembahyang.Jelas sangat yang umi pun sebenarnya berat hati melepaskan Yumayyah pergi.Mana taknye, Yumayyah merupakan anak sulung.Sifat keprihatinan dan kematangan Yumayyah amat terserlah jika nak dibandingkan dengan aku.Memang Yumayyah seorang kakak yang baik.
Semoga segala jasa dan pengorbanan Yumayyah mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T.Semoga Yumayyah menjadi lebih bertanggungjawab dalam mengembangkan ilmu islam kepada masyarakat.Adikmu ini sentiasa mendoakan kejayaanmu dan keselamatanmu di Sabah..Doakan adikmu ini dapat mengikuti jejakmu suatu hari nanti..
Yumayyah bersedia nk check in..