Friday, February 4, 2011

Selamat berkhidmat Semula,kakakku...

Hari ni abi,umi,kakang,yudibah,ali dan zaid hantar yumayyah ke LCCT selepas seminggu yumayyah cuti raya cina.seawal pukul 5.30 pagi, meraka dah bertolak.Aku menyalami Yumayyah dalam keadaan separuh sedar.Maklumlah, baru bangun tidur.Walaupun tika itu aku dalam keadaan mamai, otak aku dapat mentafsir dengan baik segala nasihat Yumayyah.Thanks, Yumayyah for de wish..Akan aku jadikan sebagai pendorongku.
Dalam diam,aku kagumi pengorbanan Yumayyah dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik anak bangsa.Baru hari Jumaat Yumayyah dah balik ke Negeri Bawah Bayu.Walaupun aku tahu, Yumayyah pun sebenarnya tak suka dengan situasi ini.Tapi, apa nak dibuat, itulah takdir yang terbaiknya untuk yumayyah.Aku harap yumayyah tabah dan gigih dalam perjuangannya.
Yumayyah mula mengajar lebih kurang bulan 7 tahun lepas.Masih ingat tatkala Yumayyah memberitahu kepada umi tentang takdirnya yang dihantar ke Sabah untuk mendidik anak bangsa yang lebih memerlukan Yumayyah di negeri itu.Umi terus senyap dan terus amik air sembahyang.Jelas sangat yang umi pun sebenarnya berat hati melepaskan Yumayyah pergi.Mana taknye, Yumayyah merupakan anak sulung.Sifat keprihatinan dan kematangan Yumayyah amat terserlah jika nak dibandingkan dengan aku.Memang Yumayyah seorang kakak yang baik.
Semoga segala jasa dan pengorbanan Yumayyah mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T.Semoga Yumayyah menjadi lebih bertanggungjawab dalam mengembangkan ilmu islam kepada masyarakat.Adikmu ini sentiasa mendoakan kejayaanmu dan keselamatanmu di Sabah..Doakan adikmu ini dapat mengikuti jejakmu suatu hari nanti..
Yumayyah bersedia nk check in..

No comments:

Post a Comment