Saturday, February 19, 2011

Hati Kata Cinta...

Awak tahu tak
Awak lah orang pertama yang ketuk pintu hati saya
Awak kenalkan saya cinta
Awak kenalkan saya rindu
Awak kenalkan saya sayang


Awak tahu tak macamana saya boleh terpikat dengan awak?
Masa tu ada perkhemahan
Ustaz suruh awak azan subuh
Hati saya terusik bila dengar awak azan
Suara awak mendayu-dayu
Syahdu sangat


Sejak hari tu, saya pendam perasaan kat awak
Saya selalu perhatikan awak
Saya ingatkan saya hanya bertepuk sebelah tangan
Rupa-rupanya awak balas tepukan tangan saya
Tapi awak tak pernah pun terus-terang
Saya hanya tahu selepas mata kita selalu bersatu
Mula2 saya ingatkan itu hanya satu kebetulan
Sampailah suatu hari tu awak senyum kat saya
Manis sangat senyuman awak tu
Saya takkan boleh lupa sampai sekarang


Semenjak tu, bila mata kita bersatu
Mesti jantung saya berdegup kencang
Kata2 saya semakin gugup
Kenapa ni awak??
Awak,inikah cinta??

1 comment: