Thursday, February 17, 2011

Anggora Yang Cute Sgt2....

Hari ni hatiku tertarik untuk bercerita perihal arnab kesayanganku yang cute sgt2.Sebenarnya arnab aku bukanlah arnab jenis Anggora yang mempunyai telinga yang besar dan panjangnya luar biasa atau mempunyai bulu yang kembang cantik.Arnab aku baka biasa saja.Arnab baka Malaysia yang mempunyai saiz badan yang kecik,telinga yang tak panjang sangat. Bulunya mengembang sebab tak pernah dimandikan dan yang penting ciri2nya ialah muka yang amat cute.Suka sangat tengok arnab masa peringkat baby dan kanak2.Bahagia sangat bila tengok arnab2 yang cute tu lari2 sesama adik-beradiknya.Tapi agak tak suka bila arnab itu dah menginjak ke tahap remaja.Tahap ini merupakan tahap bermulanya aktif yang teramat sangat.Bila nampak orang nak kasi makan , cepat2 Anggora2 yang cute itu serbu depan pintu.Nampak sangat kebulur arnab2 aku ini walaupun dah dikasi makan penuh.Memang dasar binatang kan.Tak pernah puas.Aku rasa kalau dihadapkan seguni makanan arnab dalam masa sehari, sudah boleh habis makanan tu.LAHAP!!
Lepas tu, arnab2 ni tak macam kucing yang suka sangat menunjukkan kealimannya dihadapan tuannya( alim-alim kucing) terutama bila nampak tuannya bawa whiskers.Arnab2 yang cute ni, kalau nampak tuannya yang cute ni nak kasi makanan, dia akan meluru ke pintu masuk dan akan gigit baju tuannya.Kalau yang kecik gigit, tak rasa langsung.Tapi, kalau mama dan papa Anggora yang gigit, rasa macam nak tumbuk biar sampai jadi cekodok.SAKIT!!!
Baru2 ini, mama angora 1 dan mama Anggora 2 telah melahirkan 6 dan 4 ekor anak arnab masing2.Cute sangat.Mama Anggora 1, anak2nya dah besar sikit.Dah boleh tidur luar.Dah boleh makan dan minum sendiri.Dah kurang nenen susu mamanya.Kalau mama Anggora 2, anaknya masih mentah.Baru belajar nak tumbuh bulu.Tidur pun masih dibawah bumbung yang sama dengan aku(dalam rumah la).Mama Anggora 2 amat ganas.Bila aku angkat mama untuk paksa mama kasi susu kat baby, mama akan bertindak dengan ganasnya.Tangan inilah yang selalu terima cakaran daripada kuku yang tak pernah dipotong atau gigitan daripada gigi yang tak pernah dibasuh.Lepas tu, bila mama dah rasa bosan sebab paksa dia kasi susu kat baby2nya, dia akan sedaya upaya untuk melarikan diri.Kadang2 dia akan mengeluarkan suara marahnya seakan2 harimau yang kelaparan( over je).Kak Kina yang selalu cakap macam itu sebenarnya.
Memang kadang2 tension layan arnab Anggora tiruan yang cute ni.Lebih2 lagi bila seharian kat sekolah.Balik terus kena hadap aksi terlalu ganas dan over aktif ni.Tapi, aku tak boleh marah.Sebab aku yang cari penyakit ini.Hehehe.Apapun, kadang2 gelagat Anggora tu menghiburkan hati ini apabila sedang diuji denga dugaan.Anggora juga akan setia menemani aku bila aku kesunyian.Walaupun Anggora tak akan faham hati dan perasaan ini, tapi aku tetap mengiktiraf Anggora sebagai kawan aku.Kerana Anggora juga perlukan penghargaan itu juga sebenarnya (mengikut firasat aku semata).
Ku Berbicara, Terima kasih Anggora sebab sebab sudi jadi kawan aku...(kalau Anggora boleh baca ni, mesti Anggora akan menangis keharuan)...
Ayam Mutiara nak berkawan dengan Anggora hitam

Anggora tengah makan lobak...

No comments:

Post a Comment