Saturday, April 30, 2011

Hari Kecemerlangan Pelajar dan Majlis Graduasi(HKP dan MG)

Pada 24 April 2011, sekolahku telah berjaya melaksanakan hari bersejarah iaitu HKP dan MG.Tahun ni ada yang special sikit sbbnye ada pelajar2 STAM yang dah habis sekolah.Pelajar STAM kan macam Pra-universiti.So, Majlis Graduasi tu macam Majlis Konvokesyen kecil-kecilan la.Semua protocol nak buat macam konvo.kesian cikgu2nya la yang penat kena buat persiapan yang amat rapi untuk HKP dan MG ni.
Memang aku tak tipu, rumit sangat cara2nya.Daripada kena tunduk atas pentas sampailah turun lepas tu duduk semula kat kerusi.Semua tu bagiku sesuatu yang menyusahkan.Bukan saja bagi firasat ku tapi barangkali bagi firasat kawan2 dan guru2.Sekali lagi aku kesian sangat dengan warga pendidik SAMM Pekan Sabak ni sbb terpakse terjerit terlolong untuk memanggil anak2 muridnya yang degil ni.
Pelajar2 STAM yang diraikan sedang diarak masuk...

Before bertolak ke sekolah, aku agak moody  sebabnye masa tu Ali adikku ingin dilawat oleh umiabi.Alasannya, pening la, tension la and macam2 lagi alasannya.Aku pun sedih la sebab umi tak boleh nak tengok aku ambik hadiah.Aku bukannya nak  perhatian yang rapi daripada umiabi tetapi aku akan lebih bersemangat sekiranya abiumi kasi aku perhatian.Maklum la, abiumi kan merupakan  tonggak bagi kejayaan aku.hehe..Aku pun mengalah la demi adik tercinta.Tapi, abang aku nampak pula kraut wajah kecewa aku dan dia amat memahami kekecewaan aku.
“Umi pergi la Samm1, biar Najwa semangat sikit nanti”.Yes…Aku telah disokong oleh abangku.Gembira sangat masa tu…Rasa dihargai pulak..
“Umi tak kesah la pergi mana2 pun”..Alhamdulillah, Allah telah mengemabalikan mood ceria aku dengan jawapan positif umi..
 So, seperti yang telah Umi janji.Umi pun datang la bersama Yudibah lagi nak tengaok anaknya amik hadiah walaupun dapat anugerah yang cikai2 je.Tahnks Umi dan Yudibah coz sudi datang..Im very appreciated with u...Tapi, aku pulangkan kesyukuran aku ini kepada Allah semula..Aku rasa seronok pulak HKP tahun ni kalau nak dibandingkan dengan tahun2 sebelumnya.. Sebabnya aku pun tahu kenapa..


Inilah hadiah yang aku dapat...

Monday, April 25, 2011

Kenangan Semalam...

Hari ini aku terlebih rajin.Tiba2 aku terrajin nak selongkar buku2 yang dah berhapuk kat rak buku rumah tu.Mula2 aku cadang nak belajar Prinsip form 4.Tiba2 tangan ni tergerak nak ambik buku2 rampaian yang ada kat rak buku tu.Tiba2 aku terambik buku SMA tahun lepas.
Terus memori aku menyinggah pada kenangan semalam.Tahun lepas,pada tahun 2010  aku berada di tingkatan 4.Tahun lepas telah mengajar aku erti kedukaan dan kehampaan.Tahun lepas jugak aku mengenal erti perpisahan yang amat menyakitkan.Aku mengenal nilai redha dan sekaligus mengajar aku untuk menjadi seorang yang pasrah.Masa tu aku agak hilang tujuan dan kawalan.Sebab aku rasa dunia ini penuh dengan dugaan yang melemaskan aku.Aku hampir fedup masa tu.
Aiman,Ain,Me...

Tapi, Alhamdulillah.Allah temukan jalan yang lurus kepada aku untuk kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat.Sokongan dan dorongan umi abi, adik-beradik ,kawan2, dan guru2 telah menyedarkan semula aku untuk meneruskan hidup demi kehidupan yang akan datang.Disebabkan masalah ini jugak, aku semakin pendiam dan terus menyepi.Mula2 aku berdiam diri sebab nak fikirkan masalah yang menghantui jiwa raga ini.Tapi, lama2 aku makin selesa dengan keadaan ini.
Aku ingat lagi, awal tahun 2010, masa tu semua orang tengah sibuk bercakap pasal pindah sokmo.Masa tu aku memang memasang niat untuk tak nak pindah.Tapi, lama2 bila tengok sorang2 kawan aku mengangkat kaki daripada SAM 1, aku punya hati dah bereblah bahagi.Ditambah pulak gesaan dan pertanyaan kawan2 yang lebih memeningkan kepala aku ini.Jadi, aku ambik kesimpulan untuk pindah.Tetapi, takdir Allah itu lebih tahu dari segala-galanya.Aku tidak punya rezeki untuk meninggalkan sekolah ini.Mungkin sekolah ini masih memerlukan tenaga aku barangkali….hehehe..Betul la kata buku motivasi yang aku baca hari tu, hidup ini ibarat catalog, kita akan dapat apa yang kita pesan.Aku memang dah pesan nak stay kat sekolahku syurgaku ini.So, memang itulah yang aku dapat.
Mula2 nak terima hakikat ini susah sangat.Hanya Allah sahaja yang tahu.Masa ni aku tak ada kawan.Kawan2 yang aku rapat semua dah pindah.Yang tinggal semuanya yang dah tak best.Yang tinggal semuanya yang biasa2 je.Aku tak suka sangat2.Tapi, aku positifkan diri.Aku tak ada semangat nak datang sekolah.Aku tak suka SMA.Dah mula menyampah dengan Prinsip Akaun.Aku main2 je belajar SMA.Hinggalah sampai pertengahan tahun, aku temui semangat baru daripada seseorang untuk belajar bersungguh-sungguh pada SMA.Kata2nya selalu berlegar-legar dekat ingatan  bila aku rasa malas nak menghafal.Sampailah satu ketika, aku menghafal sebab janji aku dengan si dia semata.
Aku ingat lagi bagaimana aku belajar SMA dalam keadaan separuh semangatku tiada.Masa aku bukak buku2 tulis BAA1,BAA2,T/F, T/H, tiba2 aku rindu sangat2 dengan pembelajarn SMA.Walaupun agak susah nak kene hafal semua tajuk, tapi rasa gembira sebab subjek ni dalam bahasa syurga.Aku ingat lagi macamana tertekannya apabila nak masuk dewan periksa, tapi, banyak lagi belum hafal.Masa ni memang redha dan tawakkal sahaja la yang mampu.Sekalrang ni, bila dah 4 bulan aku meninggalkan dunia SMA ni, aku rindu sangat2 dengan memori suka duka SMA.Rasa nak hafal betul2 dan buat betul2 sampai dapat mumtaz.Tapi, tinggal kenangan…Sekarang ni aku kene struggle utk SPM pulak.
Kenangan bersama kawan2 pd tahun 2010....

Cahaya Bisikan Rahsia Berbisik : Baru2 ni aku dapat semangat untuk buat SPM betul2 lepas tengok result si dia yang berderet-deret A+ dia.Subhanallah.Rezeki sahaja tu..Semua tu milik Allah.

Tuesday, April 12, 2011

Bersaranya seorang guru..

Ucapan seorang guru...

Hari Jumaat yang lalu merupakan hari terakhir ayahanda tercinta menjadi seorang guru di SMK Seri Bedena.Tapi Abi seorang yang gamble.Walaupun hari tu satu sekolah raikan Abi, tapi Abi tetap simple dengan pakai baju biasa dan bermotosikalnya.
Abi menjadi pendidik lebih kurang 30 tahun lamanya.Abi menyara 11 orang (termasuk abi dan umi) dengan gaji bulanan seorang guru.Mungkin cukup gaji sebanyak tu untuk tanggung kami sekeluarga tapi,untuk kesenangan hidup anak2 tercinta, Abi pergi mengusahakan kebun dan sawah untuk menstabilkan ekonomi keluarga.Abi memang seorang yang bersungguh-sungguh dalam buat apa jua pekerjaan.Semasa Abi memegang tugas sebagai Guru Penolong Kanan Kokorikulum, amat jarang aku dapat jumpa muka Abi dalam sehari tu.Mana taknye, Abi pergi sekolah pukul 7 pagi memandangkan jarak rumah ke sekolah Abi jauh masa tu.Abi balik pukul 7 malam.Kadang2 malamnya Abi pergi balik kampong.Dan disebabkan itu aku tak berapa rapat dengan Abi.
Aku ingat lagi macamana Abi nak menyara 9 orang anak2nya yang ketika itu semuanya masih sekolah.Abi bawak kami adik-beradik pergi ke kebun sawit untuk tolong Abi.Ataupun Abi bawak kami pergi bendang untuk baja atau cabut padi angin.Aku akui, aku tidak suka pergi ke kebun lagi2 bab pasal sawit dan pisang.Tapi, Alhamdulillah..Berkat daripada itu juga aku menganl erti kepayahan.Kalau dalam kelas tu aku rasa mengantuk, aku akan teringat jasa baik Abi yang bersusah payah demi anak2nya.Air mata aku akan mengalir dengan automatiknya bila teringat peristiwa itu.So, aku pun akan cuba untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.
Tapi itu peristiwa sebelum aku pindah ke Panchang Bedena la.Lepas aje aku pindah, aku tak payah pergi kebun sebabnya kebun tepi rumah aje.Bila kebun sekitar rumah aje, senang la kan.Boleh pergi bila2 masa aje.Bila penat, balik rumah bukak peti sejuk.Kalau kebun jauh, penat ke tak penat ke, kena dahaga jugak sebab tak ada air.Sebab tu kalau dulu aku nak pergi kebun, mesti Umi suruh aku isi air guna botol besar.Kadang2 tu malas nak tunggu bekas air tu penuh, pass je kat adik.
Abi bersara masa umurnya 56 tahun.Bila Umi suruh Abi bersara umur 58 tahun, Abi tak nak.Alasannya Abi nak bergiat aktif dalam bidang pertanian pulak.Tak apelah Abi….Apapun yang Abi buat, aku akan doakan yang terbaik untuk Abi.
Abi diraikan kecil-kecilan oleh kawan2 gurunya.Jadi, ada bebarapa hadiah la yang Abi dapat.So, anak2nya yang over excited ni yang beria-ia bukak hadiah tu sampai dah pukul 12 malam tak sedar.Abi tak ambik pusing pun pasal hadiah tu.
Upacara menyuap pulut kuning oleh Unah.
Tapi aku tahu, Abi amat appreciated mereka2 yang kasi hadiah seikhlas hati tu.Aku bagi pihak Abi mengucapkan ribuan terima kasih banyak2.Abi mengajar kat SMK Seri Bedena tu dah lama sebenarnya .Masa tahun 2009, masa tu aku di ting 3, kakakku mendaftar di sekolah yg sama sebagai seorang guru Kimia dan Sains.Memang dunia ni kecik sangat.Masa first time aku dgr berita secara kebetulan ni, aku terkejut giler.Dan rasa amat2 kelakar..hahahaha…
Abi bersama hadiah2nya...

Aku nak juga bergambar dengan hadiah...

Friday, April 1, 2011

Aduhai Adikku....

Aku ade 2 org adik.Both of them is boy.My siblings ramai girls than boys. So, aku merupakan anak perempuan yg terakhir la kan..Semestinya aku dpt lyanan spesel sikit drpd my parents(sebenarnya tak ade pon, juz berangan je dpt).

Aku nak cerite perihal adik2ku yang bermacam kerenah. Adikku yg first, diberi nama Zaid.dia sekarang dh F3.dah besar panjang dah.dah pandai bercinta-cintun.dah pandai bajet.dah matang suaranye tapi perangainya still mcm bdk2 tahun 3.zaid satu sekolah ngan aku.tapi, die dok asrama.aku ulang-alik.Org ramai pertikaikan "kenapa adik duduk hostel, kakak yang besar gedabak ni tak dok?" jawapannya simple, lantak aku la...hihihi..

tapi, aku selalu jd acaii kpd die.bile dia tertinggal barang kt rumah, die suruh la bawakkn esoknya and then suruh aku jumpe die kt kelas die.banyak hensem muke ko.Senang hati je.orang dah susah2 bawakkan, tolongla amik sendiri..datang kls kakak.susah sangat ke??tapi, aku dengan penuh rase kesabaran dan kegeraman, tetap jumpe dia nk kasi barang demi adik tercinta..Demimu, aku sanggup buat ape je...(ciri2 kakak yg baik kn)

Zaid dengan gaye peliknye..

berkisah pulak tentang adik aku yg kedua.Dia ni dh ting 1 dan dok asrama.adik aku ni lagi pelik.perangai nye tak ubah macam kanak2 prasekolah..dia selalu sgt suruh my parentz lawat die..kdg2 tu, bukan sekadar lawat, suruh bawak die balik outing ke rmh pulak..tapi, bile balik rumah, tak mau dengar kitorg membebel kt die..sibuk terus bukak laptop nak main game..bile umi marah, mula la buat muka 1 sen die..adoyai Ali..cukup2lah menyusahkan umi abi..

boleh dikatakan, every week abi umi lawat die.kadang2 tu, seminggu tu sampai 3/4 kali..pd hari rabu yg lps, Ali telefon rumah suruh lawat die sbb die demam lepas main ragbi..Alhamdulillah, ade Yupapa tau..so, tak payah susah2 ganggu abi nak gi bendang..untuk menyembuhkan demam Ali, umi suruh yupapa belikan KFC supaya die cpt sembuh..Bile dh habi semua KFC die lantak, die nak balik pulak sebab die cakap die sakit gler..abi tak kasi..tapi, dgn menggunakan aura suara kasihan die, abi benarkan die balik tapi die kene uruskan sendiri jumpe warden..

maka, dgn susah payah die pergi telefon warden..aku rase semua warden dh kenal die kot..mana taknya, mase die cakap kt warden tu nak kebenaran balik sbbnya demam, wardennya boleh cakap ni " Ali demam ke?pagi tadi saye nampak die kt dewan.ok je" ambik ko..nampak sgt Ali sbnarnye ok tapi mungkin pening sikit2 je..akhirnya, ali pun dpt jugakl kbnaran balik..memang memeningkan!!!

Apapun, Ali ni comel sgt gerak geri die.lagi2 bile tgk die menangis tak siapkn keje sekolah.ataupun mase die nk balik hostel..nak banjir rasenya SBPI tu kalau die nangis..

Ali dgn gaye machonye..

Seburuk2 mereka pun, mereka tetap adikku yg amat aku cintai..Mereka tetap jd peneman tika diri ini bosan..mereka tetap dapat menggembirakan hati ini.Aku hargai mereka..

Zaid : belajar sungguh2.jgn dok bercinta, berkhayal je..ingat PMR..jadi pelajar terbaik sekolah..buktikan namamu akan terpampar di ppn blkang dewan tu..istiqamahlah dlm beribadah..rajin2kan qiam dan berdoa kpd Allah..Ingat jasa2 abi umi..

Ali : belajarlah mematangkan diri..kuatkan semangat..jgn mudah mengalah hanya disebabkan perkara yg kecil..ingat Allah selalu..rajin2lah berdoa..
Yu uwa akan mendoakanmu..

Aku dan adik2 tercinta...