Monday, April 25, 2011

Kenangan Semalam...

Hari ini aku terlebih rajin.Tiba2 aku terrajin nak selongkar buku2 yang dah berhapuk kat rak buku rumah tu.Mula2 aku cadang nak belajar Prinsip form 4.Tiba2 tangan ni tergerak nak ambik buku2 rampaian yang ada kat rak buku tu.Tiba2 aku terambik buku SMA tahun lepas.
Terus memori aku menyinggah pada kenangan semalam.Tahun lepas,pada tahun 2010  aku berada di tingkatan 4.Tahun lepas telah mengajar aku erti kedukaan dan kehampaan.Tahun lepas jugak aku mengenal erti perpisahan yang amat menyakitkan.Aku mengenal nilai redha dan sekaligus mengajar aku untuk menjadi seorang yang pasrah.Masa tu aku agak hilang tujuan dan kawalan.Sebab aku rasa dunia ini penuh dengan dugaan yang melemaskan aku.Aku hampir fedup masa tu.
Aiman,Ain,Me...

Tapi, Alhamdulillah.Allah temukan jalan yang lurus kepada aku untuk kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat.Sokongan dan dorongan umi abi, adik-beradik ,kawan2, dan guru2 telah menyedarkan semula aku untuk meneruskan hidup demi kehidupan yang akan datang.Disebabkan masalah ini jugak, aku semakin pendiam dan terus menyepi.Mula2 aku berdiam diri sebab nak fikirkan masalah yang menghantui jiwa raga ini.Tapi, lama2 aku makin selesa dengan keadaan ini.
Aku ingat lagi, awal tahun 2010, masa tu semua orang tengah sibuk bercakap pasal pindah sokmo.Masa tu aku memang memasang niat untuk tak nak pindah.Tapi, lama2 bila tengok sorang2 kawan aku mengangkat kaki daripada SAM 1, aku punya hati dah bereblah bahagi.Ditambah pulak gesaan dan pertanyaan kawan2 yang lebih memeningkan kepala aku ini.Jadi, aku ambik kesimpulan untuk pindah.Tetapi, takdir Allah itu lebih tahu dari segala-galanya.Aku tidak punya rezeki untuk meninggalkan sekolah ini.Mungkin sekolah ini masih memerlukan tenaga aku barangkali….hehehe..Betul la kata buku motivasi yang aku baca hari tu, hidup ini ibarat catalog, kita akan dapat apa yang kita pesan.Aku memang dah pesan nak stay kat sekolahku syurgaku ini.So, memang itulah yang aku dapat.
Mula2 nak terima hakikat ini susah sangat.Hanya Allah sahaja yang tahu.Masa ni aku tak ada kawan.Kawan2 yang aku rapat semua dah pindah.Yang tinggal semuanya yang dah tak best.Yang tinggal semuanya yang biasa2 je.Aku tak suka sangat2.Tapi, aku positifkan diri.Aku tak ada semangat nak datang sekolah.Aku tak suka SMA.Dah mula menyampah dengan Prinsip Akaun.Aku main2 je belajar SMA.Hinggalah sampai pertengahan tahun, aku temui semangat baru daripada seseorang untuk belajar bersungguh-sungguh pada SMA.Kata2nya selalu berlegar-legar dekat ingatan  bila aku rasa malas nak menghafal.Sampailah satu ketika, aku menghafal sebab janji aku dengan si dia semata.
Aku ingat lagi bagaimana aku belajar SMA dalam keadaan separuh semangatku tiada.Masa aku bukak buku2 tulis BAA1,BAA2,T/F, T/H, tiba2 aku rindu sangat2 dengan pembelajarn SMA.Walaupun agak susah nak kene hafal semua tajuk, tapi rasa gembira sebab subjek ni dalam bahasa syurga.Aku ingat lagi macamana tertekannya apabila nak masuk dewan periksa, tapi, banyak lagi belum hafal.Masa ni memang redha dan tawakkal sahaja la yang mampu.Sekalrang ni, bila dah 4 bulan aku meninggalkan dunia SMA ni, aku rindu sangat2 dengan memori suka duka SMA.Rasa nak hafal betul2 dan buat betul2 sampai dapat mumtaz.Tapi, tinggal kenangan…Sekarang ni aku kene struggle utk SPM pulak.
Kenangan bersama kawan2 pd tahun 2010....

Cahaya Bisikan Rahsia Berbisik : Baru2 ni aku dapat semangat untuk buat SPM betul2 lepas tengok result si dia yang berderet-deret A+ dia.Subhanallah.Rezeki sahaja tu..Semua tu milik Allah.

No comments:

Post a Comment