Tuesday, April 12, 2011

Bersaranya seorang guru..

Ucapan seorang guru...

Hari Jumaat yang lalu merupakan hari terakhir ayahanda tercinta menjadi seorang guru di SMK Seri Bedena.Tapi Abi seorang yang gamble.Walaupun hari tu satu sekolah raikan Abi, tapi Abi tetap simple dengan pakai baju biasa dan bermotosikalnya.
Abi menjadi pendidik lebih kurang 30 tahun lamanya.Abi menyara 11 orang (termasuk abi dan umi) dengan gaji bulanan seorang guru.Mungkin cukup gaji sebanyak tu untuk tanggung kami sekeluarga tapi,untuk kesenangan hidup anak2 tercinta, Abi pergi mengusahakan kebun dan sawah untuk menstabilkan ekonomi keluarga.Abi memang seorang yang bersungguh-sungguh dalam buat apa jua pekerjaan.Semasa Abi memegang tugas sebagai Guru Penolong Kanan Kokorikulum, amat jarang aku dapat jumpa muka Abi dalam sehari tu.Mana taknye, Abi pergi sekolah pukul 7 pagi memandangkan jarak rumah ke sekolah Abi jauh masa tu.Abi balik pukul 7 malam.Kadang2 malamnya Abi pergi balik kampong.Dan disebabkan itu aku tak berapa rapat dengan Abi.
Aku ingat lagi macamana Abi nak menyara 9 orang anak2nya yang ketika itu semuanya masih sekolah.Abi bawak kami adik-beradik pergi ke kebun sawit untuk tolong Abi.Ataupun Abi bawak kami pergi bendang untuk baja atau cabut padi angin.Aku akui, aku tidak suka pergi ke kebun lagi2 bab pasal sawit dan pisang.Tapi, Alhamdulillah..Berkat daripada itu juga aku menganl erti kepayahan.Kalau dalam kelas tu aku rasa mengantuk, aku akan teringat jasa baik Abi yang bersusah payah demi anak2nya.Air mata aku akan mengalir dengan automatiknya bila teringat peristiwa itu.So, aku pun akan cuba untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.
Tapi itu peristiwa sebelum aku pindah ke Panchang Bedena la.Lepas aje aku pindah, aku tak payah pergi kebun sebabnya kebun tepi rumah aje.Bila kebun sekitar rumah aje, senang la kan.Boleh pergi bila2 masa aje.Bila penat, balik rumah bukak peti sejuk.Kalau kebun jauh, penat ke tak penat ke, kena dahaga jugak sebab tak ada air.Sebab tu kalau dulu aku nak pergi kebun, mesti Umi suruh aku isi air guna botol besar.Kadang2 tu malas nak tunggu bekas air tu penuh, pass je kat adik.
Abi bersara masa umurnya 56 tahun.Bila Umi suruh Abi bersara umur 58 tahun, Abi tak nak.Alasannya Abi nak bergiat aktif dalam bidang pertanian pulak.Tak apelah Abi….Apapun yang Abi buat, aku akan doakan yang terbaik untuk Abi.
Abi diraikan kecil-kecilan oleh kawan2 gurunya.Jadi, ada bebarapa hadiah la yang Abi dapat.So, anak2nya yang over excited ni yang beria-ia bukak hadiah tu sampai dah pukul 12 malam tak sedar.Abi tak ambik pusing pun pasal hadiah tu.
Upacara menyuap pulut kuning oleh Unah.
Tapi aku tahu, Abi amat appreciated mereka2 yang kasi hadiah seikhlas hati tu.Aku bagi pihak Abi mengucapkan ribuan terima kasih banyak2.Abi mengajar kat SMK Seri Bedena tu dah lama sebenarnya .Masa tahun 2009, masa tu aku di ting 3, kakakku mendaftar di sekolah yg sama sebagai seorang guru Kimia dan Sains.Memang dunia ni kecik sangat.Masa first time aku dgr berita secara kebetulan ni, aku terkejut giler.Dan rasa amat2 kelakar..hahahaha…
Abi bersama hadiah2nya...

Aku nak juga bergambar dengan hadiah...

1 comment: