Sunday, June 5, 2011

Majlis Perkahwinan Kakak Kembarku...

Kalau cuti sekolah bermula je, mesti Abi dan Umi dapat kad jemputan kenduri banyak sangat.Kalau tahun2 lepas, aku hanya ikut saje umi dan abi pergi kenduri kat mana2.Tapi, tahun ni aku pulak yang kenduri.Masa majlis tengah berlangsung, boleh pulak terfikir macam mimpi je rasanya jadi tuan rumah untuk majlis yang besar macam ni.ececeh...Kalau majlis perkahwinan mestilah banyak acaranya.Antaranya,...

1)Majlis Akad Nikah

Tanggal 3 Jun 2011 kakak kembar tercintaku telah mengakhiri zaman bujangnya dengan jayanya.Majlis akad nikah dijalankan dengan penuh meriah dan sederhana.Masa ni aku hanya tengok secara intai2 je sebab waktu tu kat surau ramai sangat orang.Tapi dapat la jugak tengok majlis tu walaupun sekejap sangat sebab masa tu Hayati Rahim tengah datang.Tetamu tetap kena disambut walaupun dalam keadaan sibuk yang teramat sangat.hehehe.

2)Majlis Perkahwinan Belah Perempuan

Majlis perkahwinan belah perempuan ni makudnya kat rumah aku la.Ini merupakan majlis pertama untuk keluarga kami, so jumlah tetamu yang hadir agak diluar jangkaan sikit la.Ingat kan yang datang macam biasa je, rupa-rupanya sampai tak menang tangan umi melayan.Aku ditugaskan oleh umi untuk memberi berkat kepada tetamu2.So, memang tak tipu penat gilerrrrrrrr.Kaki aku ni sampai nak tercabut kot.Walaupun aku telah diberi tugas yangsibuk macam tu, tapi aku tetap menyempatkan diri untuk jadi photographer percuma wakil tunggal untuk keluarga aku.hehehe...Ceritanya amat panjang kat acara ni, tapi kalau nak diceritakan semua memang tak mampu la aku nak menaip.Nanti kalau ada rezeki, aku cerita kat entry yang akan datang ye..

3)Majlis makan2...

Majlis ni bukanlah majlis yang formal.Saja je makcik2 belah abi nak buat acara ni supaya dapat berkenalan la kononnya.Pengantin2 memotong kek dan kami ada bakar2 sikit.Ala2 BBQ la sebenarnya.Tapi, semua kerangnya yang dibakar hangus sampai isi dalamnya dah tinggal sekeping je.Nasib baik, pencicah sos yang diorang buat enak.Ada jugak yang sponsor ais krim untuk dimakan tapi bila macam2 sangat makanan, aiskrimnya tak disentuh pun.Cadang, lepas makan2 tu nak bukak hadiah, tapi semuanya dah syahid di medan katil.Maka tak jadi la bukak hadiah.Sampai sekarang hadiahnya tak terbukak.

4)Majlis Bertandang Yuunah

Since, Yuunah dapat dengan orang satu kampung je, maka majlis untuk yuunah dibuat pada keesokan harinya iaitu pada 5 Jun 2011.Majlis ni dibuat di Dewan Sri Bernam.Memang hangat sangat majlis ni.Tak nak komen banyak2 sangat la.

Sedih sangat sebenarnya bila kakak kita dah kahwin.Dulu masa kakak2ku semua masih bujang, nak sangat supaya kakak2ku cepat kawin.Rupa2nya tak best pun sebanarnya.Baru aku rasa sekarang ni.Apapun, tahniah untuk Yuunah dan Yuuyoh.Semoga berbahgia sampai ke syurga dan dirahmati Allha selalu.Semoga menjadi isteri yang mentaati suami dan anak yang solehah.Buatlah apa jua kerana Allah semata-mata.Kepada Yuunah, sabarlah diatas ujian hidup ini.Wa tau Yuunah mesti keliru kan????Semoga Yuunah diberi kekuatan iman dan semangat.InsyaAllah, Allah bersama dengan orang yang sabar.Kepada Yuuyoh, Semoga diberi kekuatan iman dalam meneruskan dugaan hidup.

1 comment:

  1. takde gambo ke kak ? slalu rajin hang post gambo ;p

    ReplyDelete