buat mereka yang tak tahu, ni la sijil STAM...gambar hiasan
Bila sebut je pasal STAM, aku akan teringat macamana
perasaan, harapan dan keinginan aku first2 aku masuk. Sampai la bila dah kuar
result SPM, aku rasa nak cabut. Rasa sangat la tak mampu menampung almost 20
madah yang mantop2 semuanya. Dengan kawan2 seorang2 dah angkat kaki dari STAM,
memang la sangat mencabar kesabaran aku. Ikutkan hati, saat dan minit tu jugak
aku nak cabut. Tapi, demi harapan umi abi tersayang aku gagahkan, tabahkan,
kuatkan, sabarkan diri ini untuk bertahan dan terus bertahan hinggalah ke
akhirnya. Alhamdulillah, kekuatanMu dan pertolonganMu sentiasa kunikamati di
setiap perjunganku.
Meneruskan pelajaran dengan hati yang agak terpaksa memberi
aku impak dan tamparan yang sangat besar pada natijah2 imtihan aku. Dari ujian hinggalah
PAT, ada aje madah yang aku dapat rasib. Memang malu! Kesian kat umi abi. Masa
trial, memang aku cuba untuk meluluskan kesemua madah. Terasa macam itu satu
bebanan yang menyesakkan saluran pernafasanku dan menghentam kepalaku. Memang
sangat la susah, bila dah last minit baru nak pulun semua buku. FUHHHH!
Firman Allah S.W.T : maka sesungguhnya bersama kesulitan
ada kemudahan…. ( surah al-insyirah :5,6 )
Benar, janji Allah itu pasti. Dia akan membantu hamba2Nya
yang kerdil ini dengan pertolongan Yang Maha Hebat yang turun tanpa disangka. Subhanallah!
Allahuakbar!
Tapi, ujian Allah sentiasa ada untuk meningkatkan tahap
kesabaran dan keimanan hambaNya. Masa trial, aku seakan-akan menghampiri rasib
sekali lagi. Tu pun ada extra markah. Dapat la jugak aku rasa jayyid. Ustazah2
semua dah risau dengan aku. Macam2 yang ustazah cakap. Pekakkan telinga dan
keraskan hati.
Masa tu aku tekadkan hati untuk mulakan pecutan terakhir.
Lari selaju-lajunya. Struggle and more
struggle and most struggle. Namun, apalah dayaku untuk buat itu semua dalam
masa less than 2 month. Untuk mengcover 20 madah. Untuk menjawab ratusan kertas
soalan tahun2 lepas. Untuk membaca
ribuan muka surat. Untuk
menghafal jutaan malah mungkin billion ayat2 dan perkataan2 bahasa arab.
Sangat la tak mampu! Pulak tu, kawan2 aku semuanya hard belajar. Masa aku baru
nak bukak buku, mereka dah hafal puluhan mukasurat. Masa aku baru terkial-kial
jawab soalan, mereka dah jawab berhelai2 kertas. Sangat la menduga. Tapi,
sebenarnya mereka inspirasiku. Mereka memaksa aku untuk bersaing. Mereka
membantu aku untuk terus melangkah dan bangkit. Syukran kathiran a’la kullihal,
ya sodiqi. Jasamu dikenang. Sayang u allllll!
Sangat la sakit berjuang di saat akhir. Lepas ni tak nak
buat lagi! Alhamdulillah, walaupun usahaku hanyalah sedikit dan di saat akhir,
Allah tetap berikan aku keputusan yang agak baik. Justeru, sangat la berbesar
hati untuk aku merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada mereka2
yang membantu secara langsung dan tisak langsung ( sori, ayat skema sekali lagi
)
·
The most important, my
parents yang memberikan aku kepercayaan untuk ambik STAM. Yang sabar layan
karenah aku. Pergi berhantar, balik berjemput. Thanks very much, abi umi. Akan
anakmu ini balas jasa baikmu itu.
·
Sejuta terima kasih kepada
adik beradik tercinta yang selalu memberi kata2 semangat untuk terus bangkit
dari terjatuh. Memberiku tunjuk ajar yang sangat banyak.
·
Kepada ustaz ustazah yang
istiqamah mendidik anak2 murid sepertiku. Yang sangat la malas untuk hafal dan
baca buku. Yang selalu mendoakan yang terbaik buat anak2 didikmu. Halalkan ilmu
yangdi berikan.
·
Kawan2, sahabat2, teman2
seperjuangan yang bergandingan bahu menuju mumtaz sofi. Walaupun gagal
memeperolehinya, tetapi syukurlah dengan natijah itu. Sesungguhnya, itulah yang
selayaknya untuk kita. Terima yang tak terhingga di atas tunjuk ajar kalian. Di
dalam kelas yang sama, sekolah yang sama, rehlah sama2 dan tekad yang sama
iaitu belajar kerana Allah. Kenangan itu sangat la indah dan tak akan aku
lupakan saat itu. Mabruk a’la natijah antum, antunna sekalian. Luv u all!
Sekarang, aku dah mula nak isi2 borang upu. Tapi, konon2nya
nak ke timur tengah. Ntah la…..Ya Allah, berilah aku petunjuk dalam kehidupanku
ini..
No comments:
Post a Comment