Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat jugak aku
menghabiskan tingkatan 6 STAM sehingga ke akhirnya. Sangat tak sangka akhirnya
aku amik jugak STAM walaupun sejuta halangan sering bertandang menguji tahap keimananku.
Memang banyak sangat ujian yang selalu membuatkan aku rasa nak fedup dengan
STAM. Bermula dari pendaftaran sampailah last paper Quran Tajwid saat yang
berlalu sangat indah dan manis dengan dugaan2 dariMu. Sejujurnya, masa first
time aku kat stam aku rasa kekok dan memang nak cabut on that time jugak. Rasa
macam tak mampu nak teruskan stam. Kena hafal banyak giler dalam bahasa arab
pulak tu. Dengan syllabus semua baru yang tak pernah aku dengar pun. Dengan
suasana pembelajaran yang baru. Dengan kawan2 dan ustaz ustazah yang baru.
Memang benar2 memerlukan penyesuaian diri yang lama. Amat menyulitkan!
Alhamdulillah,
Allah lebih tau tahap kemampuan aku. Walaupun aku tak berminat dan rasa macam
tak mampu je nak stay stam, tapi Allah tau tahap kemapuanku dan berikan jalan
yang terbaik buatku. Memang bersyukur sangat. Aku cuba untuk mengikhlaskan hati
dan redha dengan segala-galanya. Memang senang je aku nak adapt dengan suasana
dan rasa hatinya tenang je bila stay stam. Mungkin inilah jawapan istikharahku.
Teruskan stam sampai ke exam!
Lepas
serahkan kertas Quran, aku dapat rasakan hati aku ni lapang dan merdeka. Memang
gembira sangat. Padahal aku jawap tak la berapa bagus. Balik rumah terus
singgah pasar, makan besar. Terus online facebook. Rasa macam dunia ini ana
yang punya. Tiba2 aku terbaca coretan dari ustaz aku yang bunyinya ala ala
“jangan terlalu seronok lepas habis periksa. Tetapi jadikanlah ia sebagai medan
tawakal serahkan pada Allah”
Terus
terhenti seminit kemerdekaan aku. Seminit je la lepas tu sambung balik J betul apa yang ustaz aku cakap.
Jangan gembira sangat la. Sepatutnya jangan lupakan ilmu2 yang aku dah belajar.
Lagi2 aku belajar pasal agama. Ilmu yang sangat bernilai dan berguna. Memang
rugi la kalau aku lupakan ilmu2 tu.
Ya Allah,
jadikanlah aku hambaMu yang menggunakan segala ilmu yang telah ku pelajari.
Jangan biarkan aku jahil dalam ilmuMu. Jangan biarkan aku terleka dengan
duniaMu yang sementara ini. Jadikanlah hatiku ini ikhlas menyerahkan segalanya
keranaMu. Ingatkanlah aku bila aku dibuai dengan cinta fana’ ini. Aku tak
sanggup menjadi hambaMu yang rugi di akhirat nanti. Amiiin……
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete