Wednesday, October 24, 2012

habis suda


Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat jugak aku menghabiskan tingkatan 6 STAM sehingga ke akhirnya. Sangat tak sangka akhirnya aku amik jugak STAM walaupun sejuta halangan sering bertandang menguji tahap keimananku. Memang banyak sangat ujian yang selalu membuatkan aku rasa nak fedup dengan STAM. Bermula dari pendaftaran sampailah last paper Quran Tajwid saat yang berlalu sangat indah dan manis dengan dugaan2 dariMu. Sejujurnya, masa first time aku kat stam aku rasa kekok dan memang nak cabut on that time jugak. Rasa macam tak mampu nak teruskan stam. Kena hafal banyak giler dalam bahasa arab pulak tu. Dengan syllabus semua baru yang tak pernah aku dengar pun. Dengan suasana pembelajaran yang baru. Dengan kawan2 dan ustaz ustazah yang baru. Memang benar2 memerlukan penyesuaian diri yang lama. Amat menyulitkan!

Alhamdulillah, Allah lebih tau tahap kemampuan aku. Walaupun aku tak berminat dan rasa macam tak mampu je nak stay stam, tapi Allah tau tahap kemapuanku dan berikan jalan yang terbaik buatku. Memang bersyukur sangat. Aku cuba untuk mengikhlaskan hati dan redha dengan segala-galanya. Memang senang je aku nak adapt dengan suasana dan rasa hatinya tenang je bila stay stam. Mungkin inilah jawapan istikharahku. Teruskan stam sampai ke exam!

Lepas serahkan kertas Quran, aku dapat rasakan hati aku ni lapang dan merdeka. Memang gembira sangat. Padahal aku jawap tak la berapa bagus. Balik rumah terus singgah pasar, makan besar. Terus online facebook. Rasa macam dunia ini ana yang punya. Tiba2 aku terbaca coretan dari ustaz aku yang bunyinya ala ala “jangan terlalu seronok lepas habis periksa. Tetapi jadikanlah ia sebagai medan tawakal serahkan pada Allah”

Terus terhenti seminit kemerdekaan aku. Seminit je la lepas tu sambung balik J betul apa yang ustaz aku cakap. Jangan gembira sangat la. Sepatutnya jangan lupakan ilmu2 yang aku dah belajar. Lagi2 aku belajar pasal agama. Ilmu yang sangat bernilai dan berguna. Memang rugi la kalau aku  lupakan ilmu2 tu. 

Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang menggunakan segala ilmu yang telah ku pelajari. Jangan biarkan aku jahil dalam ilmuMu. Jangan biarkan aku terleka dengan duniaMu yang sementara ini. Jadikanlah hatiku ini ikhlas menyerahkan segalanya keranaMu. Ingatkanlah aku bila aku dibuai dengan cinta fana’ ini. Aku tak sanggup menjadi hambaMu yang rugi di akhirat nanti. Amiiin……


1 comment: