Wednesday, February 6, 2013

Duhai Anak


Anak sangat la payah untuk menjaga seorang ibu atau bapa. Tetapi, mengapa ibu bapa sangat la menjaga anak2nya dengan penuh kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh. Besarnya kasih ibu bapa. Subhanallah!

Kenapa susuh sangat nak mengorbankan masa, tenaga, duit, kesihatan, kelapangan, keseronokan hanya untuk ibubapa yang sangat la banyaknya jasanya pada kita. Hingga tak mampu untuk diungkapkan dengan kata2. Tak nak cakap diri orang lain, cukuplah menilai diri sendiri bagaimana kita melayan ibubapa kita.

“ kamu kerja tak?” seorang ustazah memulakan bicaranya ketika aku berjumpa dengannya di sekolah.

“ tak kerja” hatiku seakan mengetahui apa yang cuba disampaikan.

“ kamu nak kerja tak?” aku memandang tepat ke arah matanya untuk mencari kepastian dan kebenaran. Ustazah seakan tahu maksud pandanganku.

“ ustazah serius ni. Sebelum kamu nak terbang ke mesir, kerja la dulu. Cari pahala. Cari duit.” Benar kata2 ustazah tu. Tapi ayat ‘ sebelum terbang ke mesir ’ membuatkan aku jadi ketawa sendiri.

“ teacher ---- dia nak cari maid untuk jaga mak ayah dia sakit. Senang je kerja kamu. Hanya kasi makan ubat je kat mak ayah dia.” Senang????? Memang la senang. Tapi sebabnya kena jaga mak ayah yang dah uzur amat la menuntut kesabaran yang maha tinggi. Kalau macam aku, yang hanya kesabarannya sebesar biji sawi ni? Layakkah untuk menjaga? Sabarkah aku? Sempat aku berfikir sebelum menjawab.

“ tak tahu lagi la, ustazah. Saya kena bagitahu mak ayah saya dulu.” Sepantas kilat aku melarikan diri untuk tidak mahu ditanya lagi berkaitan ini. Sesungguhnya, tawaran kerja ini amat la merimaskan aku!

Firman Allah Taala : dan sembahlah Allah dn jgnlah kamu mmpersekutuknNya dgn sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua org tua, karib kerabat, anak2 yatim, org2 miskin, tetangga dekat dan jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya yg kamu miliki. Sungguh allah tidak suka org yang sombong dan membanggakan diri. ( surah an-nisa’ : 36)

Allah telah menjelaskan bahwa setiap anak hendaklah berbuat baik sesama org tuanya dahulu. Kemudian barulah org2 lain di sekeliling kita. Kenapa Allah memerintahkan untuk kita mentaati ibubapa selepas allah menyuruh kita menyembahNya? Ini menunjukkan tahap ketaatan kepada ibubapa di tangga kedua selepas Allah. subhanaAllah! Maha suci Allah! Agungnya ibubapa itu.

Bukan tak nak berbakti untuk orang tua. Tapi, aku pun ada mak ayah. Aku pun bertanggungjawab menjaga ibubapaku sendiri. Walaupun mereka masih sihat walafiat, tetapi mereka juga perlukan perhatian seorang anak. Untuk saat ini, akulah satu2nya anak yang setia di rumah. Yang lain semua ada tanggungjawab lain. Biarlah….

Hati seorang ibubapa makin tua makin sensitive. Mereka sedih sebenarnya bila terpaksa berjauhan dengan anak2 tercinta. Tapi, nak buat macamana. Takdir tertulis sebegitu. aku selalu dengar, sapa2 yang jaga mak ayahnya mesti ada aja rungutannya. Bagi mereka yang tak mengerti, senang saja mengecop orang itu macam2.

Aku tahu macamana menjaga hati ibu yang semakin tua. Dengan anak2 dan cucu yang jauh. Seringkali membuat perbezaan. dia rajin. Dia pandai. Dia peramah. Dia kuat. Dia kreatif. Dia suka kucing. Dia suka kasi makan rabbit. Dia suka gardening. Dia bla bla bla dan bla. Ye la tu! Aku tahu, umi  rindukan anak2nya, sebab tu segala kebaikannya disebut. Selalu umi cerita tentang nasib anak2nya. Ada yang baik dan ada yang kontra. Bila umi cerita yang kontra, hanya Allah saja yang tahu hati ini. Memang la rasa nak nangis. Sedih sangat bila si ibu menceritakan isi hatinya yang sukar dimengerti oleh si anak. Duhai insan bergelar anak, fahamilah dan selamilah hati ibubapamu!

Memang rumit untuk menjaga sekeping hati ibu. Tapi, ketahuilah ianya nikmat bagi yang menghargai. Selalu sangat hati ni tak puas hati dengan cadangan, pilihan, keinginan, citarasa, perasaan umi. Hanya mampu bersabar. Dan terus bersabar. Semoga Allah memberikan kesabaran buatku. Tapi, pernah jua aku memberontak. Lepas dah puas memberontak, menyesal sungguh! Rasa macam akulah tanggang. Nau’zubillah.

Oleh tu, hargailah orang tuamu selagi mereka masih hidup. Ini nikmat buat kalian. Bagi siapa yang sudah tidak punyai ibubapa, doakanlah buat mereka. Sesungguhnya, doa anak yang soleh dan solehah akan diterima oleh Allah.  

 
Nota BR : aku banyak fokuskan kepada umi sebab biasanya umi lebih sensitive daripada abi. Apapun, umi abi WAJIB kita jagai, hormati, patuhi, sayangi, tolongi, cintai dan macam2 ‘i’ lagi…..

No comments:

Post a Comment