Friday, March 25, 2011

Angkara Cuti

Seperti biasa, pelajar sekolah amat peka dengan tarikh dan waktu cuti persekolahan terutamanya bagi pelajar yang malas sepertiku.Pada awal cuti, beria-ia aku merancang pelbagai aktiviti yang berfaedah yang boleh aku lakukan sepanjang cuti agar cutiku lebih bermakna.
Aku tak pernah pun merancang untuk memasukkan aktiviti jalan2 bersama keluarga di dalam perancangan masa cutiku.Kerana aku sudah masak dengan perangai anggota keluargaku ayng sentiasasibuk dengan tugas dan tanggungjawabnya.Sejak aku berada di bangku sekolah rendah lagi, aku amat jarang dibawa melancong ke merata tempat.Memang aku akui, kebosanan sering kali menerjah ke dalam diri ini.Dan setiap kali kebosanan itu hadir, pasti aku seakan ingin memberontak untuk menunjukkan keadaan diri ini agar umi abi tahu keinginan anaknya yang pelik ini.
Tetapi, kadang-kadang aku pujuk hati ini agar reda dengan takdir ini.Bila buka sekolah semula, aku akan menjadi pendengar yang setia untuk kawan2ku yang akan menceritakan pengalamannya sepanjang cuti persekolahan.Ada yang pergi balik kampung, pergi melancong dan sebagainya.Aku cemburu dengan mereka.Aku tak boleh nak balik kampung sebab kampung kedua-dua umi abi kat sekitar Sabak Bernam jugak.Itulah keburukan kahwin dengan orang dekat2 ni.Memang boleh untuk aku duduk di kampong dalam tempoh beberapa hari, tetapi hubungan aku dengan saudara-maraku dan nendaku yang amat dingin sekali menyebabkan aku berat hati untuk pergi ke kampong.
Bila umur sudah semakin banyak dan perangai juga semakin matang, aku semakin berfikiran terbuka dengan situasi ini.Lagipun, alah bisa tegal biasa.Semenjak kakak2ku semakin besar panjang, aku semakin kerap pula untuk bercuti walaupun sekadar pergi ke KL.Tetapi bagiku itu sudah cukup beruntung dan dapat juga menghilangkan bosan.
Oklah, bila segala planner aku sudah buat pada permulaan cuti, pada pengakhiran cutinya aku ingin melihat hasilnya.Tetapi, hampeh yang aku dapat.Kerja rumah satu pun aku tak buat.Nak ulangkaji pelajaran jauh panggang dari api.Walaupun aku tak pergi melancong yang menelan hari yang agak banyak, tetapi aku tetap tak Berjaya untuk membuat kerja rumah.Aku pun tak tahu kenapa..
Angkara cuti kerjaku tidak menjadi.Angkara cuti, aku menjadi sangat malas nak buat apa2.Aku jadi tak ada mood.Aku tak belajar. Aku semakin suka berkhayal.
Astaghfirullah…..Kalau tak di bagi cuti sibuk marah2.Bila dah di bagi cuti, sibuk membebel pulak.Slahkan cuti macam2.
Cuti memang tak salah, tapi kita yang salah dalam mengendalikan cuti.Di amana ada kemahuan disitu ada jalan….  Wallahua'lam..   

Inilah keje aku sepanjang cuti..Dok sibuk melayan kerenah aranab yg pelik2...Apapun, aku tetap sayang arnab yg comel....

No comments:

Post a Comment