Tuesday, May 8, 2012

Pros and Cons...

Kalau tajuk tu salah, maafkan saya... Aku sebenarnya tak mahir bahasa penjajah ni. Bukan setakat xmahir, malah kadang2 tu benci pulak. Hahaha. Sebab tu la BI dpt C+. Padan muka...


Ok.. Tajuk tu bukan untuk dibahaskan. Masalah yang aku nak ulas ialah pro dan kontra untuk memilih masa depan.Semua yang korang pilih tu ialah yg terbaik sebenarnye.Ye la kan..Dah Allah yg tentukan.Mestila the best choice kn...


Masalahnya ialah aku. Aku yg membutakan mata untuk merenung tentang kebaikan dan keburukan itu. Matrik daftar 28 Mei. Makin lame makin dekat. Sekarang aku tengah belajar STAM dan dah mule yg syok kat sini. Tapi apalah ertinya syok tu padahal kalau dulu aku hanya sambil lewa je amik STAM.Jawapan matrik mesti diberi secepat mungkin.Dan sebenarnye aku dah tekan bukan 'terima' pun...Aku tak kenapa mase tu aku sangat ghairah untuk terima.


Hari untuk daftar matrik makin dekat. Dan, aku masih dalam dilema. Bukan aku tak buat istikharah. Tapi, gerak hati aku masih belum yakin. Nak kata mimpi pun xde la pulak.So, sekarang aku masih kebingungan.


Lebih kurang macam ni la gaya aku kalau aku confius..hodoh x???


Untuk mengelakkan kebingungan dan kekliruan ini terus menghantui hidupku, aku abaikan saje. Buat2 macam aku ni stay stam. Klau ada org tye samada nak pergi mane. Mulut dengan lancarnya menyebut " Saya tak pergi mana2.InsyaAllah sty stam." Memang mulut tak bertulang. Mudah menuturkan apa saja. Geram dengan mulut ni. Seandainya mereka2 yang bertanya ini tahu membaca isi hatiku, semestinya mereka cakap aku tipu. Sebab di hati lain, di mulut lagi lain...


Apa gunanya kalau aku stay stam semata-mata kawan. Atau hanya disebabkan xnak dok jauh dari umiabi and family. Memang menempah maut...Tapi, aku SAYANG sangat dengan kawan2 stam yang ceria, comel, baik, sporting dan suka layan aku bercakap. Dan yang paling aku sayang kat mereka ialah mereka sanggup tumpukan perhatian pada aku daripada cikgu kt depan mase aku bercerita..hahahaha...ini kawan yang memesongkan....


Bagi aku, ada baiknya kalau aku amik matrik. Sebab melatih aku berdikari susuk jauh dari mak bapak. Aku pernah mimpi, mak aku marah gler mase aku nak daftar matrik. Lepas daripada mimpi ngeri tu, hati aku langsung xtenang kalau cakap pasal matrik. Apakah petanda ini???? Adakah ini hidayah daripada Allah? Mungkin ya!!!


Dan diploma tu.....aku malas nak komen sebab memang aku dah reject. Tapi kadang2 sayang pulak. ARGHH... Memang hati dah lame menjerit bila fikirkan benda ni...


Serahkan jiwa dan ragamu ketika menghadapNya..


Pokoknya, aku pasrah dalam istikharah..Semoga aku diberi hidayah oleh Allah walau di mana jua aku berada...Pimpinlah hambaMu yang hina ini di jalan yang engkau redhai...Amiiin..


Yakinlah dengan petunjuk daripada isstikharah itu...Allah lebih tahu..


p/s: kat fb sekarang, semue kawan2 tgh bingung...hahaha...kite serupe la...apapun, semoge kawan2 aku memilih kos yang terbaik la. yang pentingnya ialah, bersungguh-sungguh walau kat mane pun....

No comments:

Post a Comment