Sunday, July 22, 2012

Allahumma Balighna Ramadhan

Alhamdulillah...syukur yang tak terhingga kerana Allah masih beri aku peluang untuk berada dibulan berkat, maghfirah dan rahmat ini. Alhamdulillah jugak kerana masih diberi kesempatan untuk puasa di rumah bersama umiabi dan adik beradik tercinta.

Banyak nikmat diberikan oleh Allah yang selalu membuatkan aku lupa tentang erti syukur. Jika tahun lepas, kitorang terpaksa solat terawikh kat bawah khemah. tahun ni, surau tu dah siap dengan peralatan yang serba lengkap. Alhamdulillah.....

Tapi ramadhan tahun ni, aku dan rakan seperjuangan terpaksa, nak tak nak kena lalui trial STAM. memang amat mencabar. semoga Allah mempermudahkan segalanya...

semoga ramadhan tahun ini lebih bermakna daripada tahun-tahun lalu. Ya Allah, sampaikanlah aku ke ahkir ramadhan dengan kesihatan yang baik....amiiin...

P/S : marilah bersama-sama membuat kebaikan di bulan ramadhan ini....

No comments:

Post a Comment