Monday, October 10, 2011

TRANS-SPI 2011

Jumaat hari tu, aku dan kawan2ku dijemput oleh Dato' Seri Najib utk memeriahkan lagi majlis TRANSFORMASI SISTEM PENGURUSAN ISLAM yang diadakan julung kalinya di PWTC.hehehe...sebenarnya, Najib pun tak sedar dengan kehadiran kami yang datang jauh2 ni.~tak apa la...abaikan je~

aku sampai pukul 6 pagi kat sekolah.sembahyang subuh pun kt sekolah sebab takut tertinggal bas.bertolak ke sana, aku tak perasan pukul brapa.tapi, kami selamat sampi lebih kurang pukul 9 pagi.lebih kurang 15 minit tercongok dalam dewan, datanglah barisan tetamu kehormat.antaranya PM kita yang keenam (dah sedia maklum kt atas)..

aku sebenarnya tak tahu pun kebendenya program ni.aku tak pernah pun ambik pusing pasal politik2 negara.since, aku dah dijemput utk ke majlis ni (perasan sokmo)...so, nak tak nak ke tau jugak la serba sedikit...masa ucapan Dato' Abdullah Md zin, aku masih boleh tahan lagi mata ni drpd terpejam.tapi aku tak ingat apa yang dia cakap la...terasa diawang-awangan je masa ni.bila tiba giliran PM berucap....memang terus berada dialam lain.berat gile mata ni.tersengguk-sengguk aku...buat malu je...

lepas kami diajak masuk ke pameran ape tah..jalan2 kt situ dengan faiz.cikgu ckp "tepat pukul 12, semua mesti ada kat luar dewan ni semula"...' ok cikgu'..so, aku pusing2, jalan2, tengok2 kat satu pameran tu.faiz nak sangat kutip belon yang bersepah kt situ sampaikan yang kat atas utk ditayangkan pun dia nak ambik.aku pun layan kan saje.

sampai kat booth BSN.
 "akak, nak belon kat atas tu boleh tak.nak warne oren.". ayat lebih2 kurang macam ni la.
" boleh adik.tapi, adik dah buat akaun BSN?" kakak BSN yang setia melayan karenah pelanggan seperti kami.
"dah" faiz jawab
"belum lagi" aku pulak jawab
"boleh la daftar.perlukan RM 10 je." kakak BSN memberi cadangan
layan kan saje..... aku pun keluarkan duit, ic..lepas tu daftar..

sedar tak sedar, dah pukul 12.15...tengok henset, tengah ada org call.patut la aku tak sedar, td dlm dewan mesti silentkan.lepas tu lupe nak activate semula..rupa2nya, teacher suhada, guru pembimbing kami telefon.suruh keluar sekarang.semua orang dah tunggu..
hanya jawapan 'ok' sahaja yang mampu aku beri sebab tengah cuak..akhirnya, pukul 12.30 baru la selesai proses pendaftaran akaun BSN dibuat.keluar dewan je mmg takut giler...muka semua tegang...
SORI SEMUA....

alhamdulillah, tepat pukul 4.15 petang aku sampai semula dekat kampung halamanku, sg besar..

selepas berakhirnya ucapan dan majlis yang mengantukkan...
like this situation at the back v.much..

No comments:

Post a Comment